Ciri Penilaian Bisnes Networking - Part 2

4:39 PM adam 0 Comments

Ada beberapa perkara penting yang ingin saya perjelaskan dan tokok tambah bagi short artikel saya yang lepas berkenaan ; " Penilaian Bisnes Networking". Ini sangat penting unutk anda nilaikan, DEMI MASA DEPAN BISNES ANDA.

1. Produk bisnes anda adalah produk "consumable" atau "1 time sales" sahaja?
- Produk consumable adalah produk yang sentiasa digunakan, atau lebih mudah, wujud pembelian produk berulang. Bila produk dah habis digunakan, pelanggan akan membeli lagi. Sebenarnya dengan ini akan membina residual income anda. Berbanding dengan produk 1 time sales, di mana, anda kena bergantung pada pencarian orang baru @ mencari downline unutk menjana pendapatan...bukan mencari pengguna produk...Contohnya menjual penapis air. Penggguna beli penapis air bukan tiap-tiap bulan. Saya harap agar anda faham maksud saya ini, kerana ramai yang beranggapan network bisnes adalah mencari downline dan menaja...TIDAK...networking bisnes adalah berkongsi pengalaman @ benefit @ peluang dengan orang sekeliling @ secara skop lebih luas boleh berkongsi secara global menggunakan internet atau laman social.

2. Ada tak RISIKO yang produk tersebut akan dijual di pasaraya?
- Rakan kena ambil tahu perkara ini, kerana anda kena tahu bahawa apabila kita telah sign-up sebagai rakan niaga sebuat network biz, kita adalah 'partnership' syarikat tersebut.
- Sebagai partnership, anda bersetuju untuk menggunakan produk syarikat dan berkongsi kelebihan serta benefit produk dengan orang lain. Manakala syarikat pula bersetuju unutk support kita dari segi pengeluaran produk serta memberi reward pada kita berdasarkan effort kita. Ini lah "win-win situation" yang wujud dalam kerjasama ini.
- Kita sebagai partnership, kita yang akan membentuk pasaran serta pelanggan. Dan effort ini juga akan dibayar oleh syarikat.
- Ada sesetengah syarikat, apabila pasaran dah berkembang, dan terdapat banyak permintaan, mereka akan menjual produknya di pasaraya besar dan jual secara runcit.
- Ini akan memberikan persaingan yang lebih hebat pada kita sebagai partnetship syarikat tersebut. Jadi pilihlah syarikat yang menggunakan jualan secara langsung terus ke pengguna ( Kilang ke pengguna) dan dibantu oleh independent distributor seperti anda.

3. Penghantaran produk
- Kita kena nilai sendiri, isu ini kerana, kos untuk menghantar produk akan mengurangkan pendapatan kita. Dan ianya juga selalu terbatas dari segi geografik.
- Kini kebanyakkan syarikat yang bertanggungjawab unutk menghantar produk ke pelanggan, tak kira di mana mereka berada, tanpa memotong bonus kita.

Oleh itu rakan-rakan, saya berharap agar anda mendapat sesuatu ilmu hari ini, bagaimana nak pilih satu perniagaan networking yang menepati citarasa ramai orang.

0 comments: