Teknik Memujuk Awek Merajuk

3:13 PM adam 13 Comments



Tengah syok-syok dating  tiba-tiba awek korang buat muka halimah jongang, muncung dia dah panjang sejengkal, bijik mata pulak  jeling sana jeling sini tapi tak pulak pandang kat korang. Pendek kata awek korang tu dah merajuk ler.. Tau ker korang camner nak “mengayat” mood awek korang kepada keadaan asal balik? Kalo tak tau, korang baca ler tip kat bawah  neih.. Huhu..Jadi ke tak terpulang kat cara korang guna.. Hhehe!

SENYUM 
sebelum merajuk mesti start gaduh-gaduh dulu kan? Takkan tengah gelak lak kot..So, time dia tengah marah tu korang buat selamber jer senyum. Kalau boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. Jadi macamkartun pun takpe. Nescaya awek korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu. Dengan muka ala-ala nak merajuk awek korang akan cakap alaaa... I baru nak merajuk.. ”U pulak wat muka seposen.. Tak jadi i nak merajuk..” Haaa.. Nampak tu.. Kan dah selesai..

BUAT LAWAK
Hah! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis awek korang tu dulu. Jangan main redah je.Tak pasal-pasal kepala korang kena ketuk dengan kasut tumit tinggi awek korang.. Hehehe.. Kalau  betul time dan keadaan, awek korang yang merajuk tu akan  ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.. So selesai..

BELI HADIAH 
Buat korang yang berkemampuan boleh ler cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidam-idamkankan oleh awek korang yang tengah  merajuk tu. Confirm lepas tu terus tersengeh dier bila tengok korang hadiahkan dier BMW 7 series. Siap dia pulak cakap kat korang . “ U memang pandai jaga hati I.. Ni yang I sayang sangat-sangat kat U”.. hahaha.. Kalau Adam, Adam  pura-pura merajuk lak.. Pastu mintak dia beli helicopter.. Ahaks!

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS 
Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dier tengah merajuk. Bagi dia cool sket.. Pompuan ni dalam sebulan mesti ada hari angin diorang tak betul.. Faham-faham sendiri yer.. Agak dier dah cool sikit, korang ambik handfon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/mms/voice sms korang tu.

BUAT BODOH
Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler try tip ni. Bila awek korang tu marah, korang buat bodoh, bila awek korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. Confirm awek korang tu fed up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dier. Hehehe!

MERAJUK BALIK
Tip ni paling berkesan dalam  memujuk awek yang suka merajuk. Nak tau sebab apa? Sebab bila korang pulak merajuk dah  tentu  ler dier pulak kena pujuk korang.. Tapi kalau dier pulak pakai tip “buat bodoh” kat atas ni??.Korang pikir la sendiri.. Huahuahuahua! 

KLIK BAWAH YER

13 comments:

a.c.o.m said...

skodeng sini

haha menarik :)

EiZaRaZiErYa said...

ahahha...entry yang menarik~
nk sruh myl0ve bace nih~ ahaha.. wink3 >_<

kalau lelaki merajok?
perghhh
gila payah nak pujok ni
=P

adam said...

hahaha.. xsusuah pun syakirah... yang penting kita mengenali pasangan. So kalau kita kenal, kita akan tahu mana kelemahan dia.. senang sket nak pujuk...

| schaza | said...

mesti adam bieber slalu buat kat awex die.. :)

adam said...

of coz ler... adam bieber melawak jer.. terus dia ok balik. hahaha

hahaha..menarik entry ni...wawa nak post entry ni dalam page wawa la....hehehe...dengan izin yaa tuan hamba...

adam said...

boleh jer.. tapi bagi ler kredit kat adam yer... Tak pun bagi pizza sekeping.. hahaha

Unknown said...

haha! kalau Tia yang merajok , Tia takkan dipedulik .. nguu

Anonymous said...

maj0x2 ta gne gk sbb dia buat bod0h jerk...lg skt aty d bwatnye...aduhai,malang bt0i nasib...

merajuk balik....
nie la yang selalu terjadi kat aku..geraaaammmm..huh...tk pernah lagi rasa dipujuk..asyk aku ja yang nak kena pujuk..hurmmmm..tapi smpai bila erk nak jadi mcm tu?tapi untuk lelaki juga...tolong la beralah sikit erk...jangan pompuan je nak kena pujuk lelaki...

adam said...

Ye ker.. Kalau dalam keadaan mcam ni zaitun kena berterus terang apa kehendak dalam perhubungan.. Adam dengan pasangan selalu gunakan konsep terbuka.. Maknanya kalau sorang merajuk sorang kena pujuk.. Sebab kami sentiasa meluahkan apa yang dirasakan akan jejaskan perhubungan.. Tambah-tambah hubungan jarak jauh..Lagi banyak dugaan..

CikHanis said...

haha.nice :)