Sistem Francais - Sumbangan Dan Perkembangannya Di Malaysia

10:05 AM adam 8 Comments


1.0       PENGENALAN

Industri perniagaan berkonsepkan francais merupakan suatu konsep perniagaan yang agak baru dan masih lagi berkembang dalam skop yang tidak meluas. Namun begitu, kajian pasaran menunjukkan bahawa sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global. Berdasarkan hal ini, kerajaan telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1993, di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara melalui pelbagai dasar ekonomi turut menyemarakkan lagikerancakan bidang perniagaan di Malaysia. Ini menyebabkan negara kita dilihat amat berpotensi untuk membangunkan sistem perniagaan francais. Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai suatu badan di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan untuk mengatur pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif.

Bahagian Francais dan Vendor telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais) merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah dari Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri (MITI).Perpindahan kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Pada 09 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) telah dibubarkan dan fungsi Bahagian Pembanguan Francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya ditukar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tujuh strategi utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan. Latihan ilmiah ini secara khusus akan membincangkan perkembangan sistem francais di Malaysia. Ini termasuklah dari aspek sejarah, kemajuan, hala tuju serta masa depan sistem perniagaan ini pada masa depan. Perbincangan juga turut menyentuh aspek cabaran dan halangan serta program-program penambahbaikan untuk memajukannya.

2.0       SEJARAH PERNIAGAAN FRANCAIS PERINGKAT GLOBAL DAN  MALAYSIA

Menurut  Awalan Abdul Aziz,Setiusaha Agung Persatuan Francais Malaysia, Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, franco yang bermaksud kebebasan.Pada ketika itu, seseorang francaisi adalah merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai.

Konsep dan pendekatan ini akhirnya digunakan di dalam sektor swasta dan komersial. Sistem francais kemudiannya menjadi popular dan dianggap sebagai satu konsep perniagaan baru yang mampu melangkaui individu dan sempadan negara.

2.1       Francais Moden

McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an.Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais di awal 1900-an.

Senario ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika telah mengunjungi Restoran McDonalds sekurang-kurangnya sekali dan sekurang-kurangnya 8% daripada mereka sedang atau telah menikmati hidangan McDonalds untuk hari ini.

Melalui operasinya yang telah mencecah 100 buah negara di seluruh dunia, McDonalds telah menghasilkan nilai jualan tahunan AS$30 bilion dengan pendapatan bersih melebihi AS$1.4 bilion.Syarikat berkenaan hanya menguruskan sendiri 15% daripada lebih 20,000 restorannya di seluruh dunia, dengan 85% selebihnya diuruskan oleh 4,500 francaisi dan rakan kongsi.

Pada masa yang hampir sama juga, Kolonel Harlan Sanders mempelopori Kentucky Fried Chicken, diikuti oleh rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti Burger King, A&W, Pizza Hut dan lain-lain.

Meskipun, perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera

Hari ini, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pusat Sumber Sedunia Pembangunan Global, Persatuan Francais Antarabangsa, terdapat lebih daripada 15,000 sistem francais di seluruh dunia dengan lebih 1 juta francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira AS$1.4 trilion.

2.2       Francais di Amerika Syarikat

Perkembangan pesat sistem francais di Amerika Syarikat bermula selepas Perang Dunia Ke-2, lantaran terdapat peningkatan semangat keusahawanan dan permintaan yang semakin popular terhadap barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 1994 sahaja, didapati 35% daripada nilai jualan runcit di Amerika Syarikat adalah merupakan jualan yang dihasilkan menerusi rangkaian perniagaan francais.
Dengan kata lain, bagi setiap 3 dolar yang dibelanja oleh rakyat Amerika, sekurang-kurangnya 1 dolar digunakan untuk membeli barangan dan membayar perkhidmatan yang ditawarkan oleh rangkaian perniagaan francais.

Menerusi kajian tersebut juga didapati nilai jualan tahunan berjumlah AS$800 bilion telah terhasil daripada 2,200 syarikat francaisor dengan lebih 550,000 unit outlet di seluruh negara berkenaan. Outlet-outlet ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 8 juta penduduk di negara tersebut.

2.3       Francais di negara-negara lain

Berdasarkan kajian Persekutuan Francais Eropah pada tahun 1998, terdapat 3,888 sistem francais di 13 negara Eropah yang menjadi ahli persekutuan tersebut, dengan bilangan outlet menjangkau 167,432 unit dan menyumbangkan nilai jualan tahunan sebanyak kira-kira RM400 bilion.

Di Jepun, terdapat 890 sistem francais dengan lebih 190,000 francaisi dengan nilai jualan kira-kira RM375 bilion setahun.

Sementara Australia mempunyai 747 sistem francais dengan 46,100 francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira RM153 bilion. Di New Zealand yang mempunyai hanya kira-kira 4 juta penduduk, terdapat 250 sistem francais dengan bilangan francaisi di sekitar 5,000 dan menyumbangkan nilai jualan sebanyak RM13 bilion setahun.

Singapura mempunyai bilangan sistem francais yang hampir sama dengan New Zealand dan kerajaan negara berkenaan menerusi Lembaga Produktiviti dan Piawaian telah membantu membangun dan melancarkan 56 produk francais tempatan baru yang mewakili 460 outlet francais di seluruh negara tersebut.

Sementara Lembaga Pembangunan Perdagangan Singapura pula aktif di dalam membawa syarikat francais tempatan ke pasaran antarabangsa.

2.4       Francais di Malaysia

Umumnya, perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan.Namun pertumbuhan pesat perniagaan ini lebih ketara apabila restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini di sekitar tahun 70-an dan awal 80-an.

Senario ini berterusan dengan pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain.

3.0  KEPENTINGAN PERNIAGAAN SISTEM FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI

Apabila melibatkan perniagaan, perkara yang paling utama akan dihadapi oleh usahawan adalah berkaitan risiko. Melalui sistem francais risiko bisnes dapat diminimakan dan diuruskan dengan lebih berkesan terutama bagi usahawan yang baru menceburi dunia bisnes. Pengurusan risiko ini melibatkan perkara-perkara yang terdedah kepada risiko seperti lambakan produk, stok lapuk, pusingan kakitangan, penjenamaan yang lemah, produk dan kualiti yang tidak berkualiti, kecairan tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor, stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih cekap serta dioptimakan. Berbanding jika membuka rangkaian (outlet) sendiri, francaisor juga tidak perlu membuat pelaburan yang tinggi untuk membuka rangkaian (outlet) di merata lokasi.Bagi bisnes yang baru bermula atau tiada kekuatan jenama, rangkaian francais memberi kelebihan untuk usahawan memasuki pasaran baru kerana di lokasi-lokasi tertentu tuan punya lot kedai atau pihak pengurusan bangunan lebih berminat dan yakin untuk menyewa lokasi atau lot kedai kepada bisnes berangkaian (chain business) ( Gary Amstrong, 2011).

Kepada francaisor, rangkaian francaisi memberikan peluang kepada jenama francaisor berada di lokasi-lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat dimasuki kerana dalam keadaan-keadaan tertentu, francaisi mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pemilik dan pengurusan lokasi strategik atau lebih mengenali lokasi yang ingin diterokai.Diperingkat permulaan terdapat francaisi yang tiada keupayaan untuk mengajikan kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan untuk membantu dalam operasi harian bisnes. Tetapi melalui konsep francais, francaisor dapat memberi panduan dan khidmat nasihat operasi bisnes secara berterusan kepada francaisi.  Pada masa yang sama, francaisor dapat memberi sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan perakaunan) secara berkala (berjadual) kepada francaisi pada kadar yang sangat minima ( Min Chen, 2004 ).

Suasana ekonomi yang semakin mencabar telah menyebabkan kos bahan mentah, utiliti dan kadar upah semakin meningkat. Ini memberi kesan kepada margin keuntungan bisnes dalam semua industri. Untuk meningkatkan harga jualan produk dan perkhidmatan dalam suasana ekonomi pada hari ini adalah sesuatu yang sangat sensitif malahan dikhuatiri memberi persepsi negatif pelanggan terhadap imej bisnes.  Melalui sistem francais, kecekapan bisnes dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kos dapat diurus seterusnya diminimakan. Dengan adanya rangkaian francaisi yang aktif,  francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah, membeli secara pukal, berkongsi kos untuk aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang kakitangan mengikut keperluan, membina jenama dalam pasaran untuk menarik perhatian pelanggan dan seterusnya memindahkan kesemua penjimatan kos ini kepada rangkaian francaisi.

4.0       TAHAP PEMBANGUNAN SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA

Sejak pertengahan tahun 1993, kerajaan telah menerima pakai pendekatan pembangunan francais sebagai salah satu cara untuk meningkatkan bilangan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang merupakan antara agenda terpenting di dalam Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru.Rentetan daripada itu, satu bahagian khusus yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Francais telah ditubuhkan di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, Program Pembangunan Francais (PPF) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994.Oleh yang demikian, dari segi sejarah, penubuhan Bahagian Pembangunan Francais dan pelancaran PPF dibuat sebelum diwujudkan Kementerian Pembangunan Usahawan, yang kemudiannya menjadi penaung kepada kedua-duanya mulai 8 Mei 1995.

Perniagaan francais diasaskan kepada hubungan menang-menang di antara dua entiti usahawan, iaitu francaisor dan francaisi. Hubungan ini secara amnya menghasilkan satu bentuk perkongsian pintar di mana kedua-dua pihak memperoleh manfaat dan kelebihan masing-masing.Bagi francaisor, di antara kelebihan sistem francais kepada mereka aialah menerusi rangkaian sistem francais, francaisor dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan operasi dan menikmati skala ekonomi melalui pembelian secara pukal serta perkongsian kos pengiklanan dan promosi secara berpusat. Ini memungkinkan rangkaian berkenaan menawarkan harga barangan yang lebih kompetitif serta melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi dengan lebih agresif;

Francais juga memungkinkan francaisor menembusi pasaran yang luas dengan lebih cepat dan efektif (termasuk pasaran luar negara) tanpa melibatkan modal yang besar, kerana sebahagian besar pelaburan ditanggung oleh francaisi. Menerusi francais juga, francaisor dapat menikmati rangkaian pemasaran produk dan perkhidmatannya yang lebih besar serta memungkinkan peningkatan pengeluaran dan pengedaran yang lebih pesat. Melalui sistem francais, francaisor juga dapat mengelak daripada mengadakan struktur kakitangan yang besar, termasuk membayar gaji pengurus dan kakitangan cawangan yang ramai. Tempat mereka diganti dengan francaisi-francaisi yang merupakan pemilik dan pengusaha perniagaan mereka sendiri yang pastinya mempunyai motivasi dan semangat juang yang lebih tinggi. Hal ini bermakna francaisor dapat memindahkan sebahagian tanggungjawab menjalankan kajian berdaya maju, pemilihan lokasi, latihan kakitangan, pengiklanan tempatan dan lain-lain kerenah pentadbiran kepada pemilik dan pengusaha tempatan, iaitu francaisi.

5.0       SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS

Walaupun perniagaan francais kelihatan mudah namun hakikatnya jika tiada perancangan yang teliti, usahawan yang terlibat juga boleh kecundang. Namun, bagi memastikan pertumbuhan pesat industri francais Malaysia untuk menyumbang kepada pencapaian Wawasan 2020, Model Baru Ekonomi dan kejayaan Program Transformasi Ekonomi, satu Pelan Induk Pembangunan Farancais Nasional telah diwujudkan.

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi membangunkan sektor industri francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya saing, efisien dan mampu memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais negara. Pelaksanaan strategi ini mengambil kira faktor jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang serta garis masa bagi mempercepat dan menyusun rancangan pelaksanaan yang berkesan dan memasukkan sasaran sementara indikatif untuk memudahkan dan menilai proses perancangan. Dalam hal ini, objektif-objektif pelan ini adalah seperti berikut :

  1. menilai pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk utama seperti penyertaan francaisor dan francaisi bagi perkembangan industri francais tempatan dan sumbangan industri francais kepada ekonomi negara;
  2. mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa; dan
  3. menentukan hala tuju industri francais negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang 2020.

Pelan Induk ini mempunyai matlamat untuk meluaskan tumpuan dalam pembangunan francais daripada sektor campuran yang lebih pelbagai disasarkan, termasuk beberapa sektor niche yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya secara sistem francais, seperti pelancongan perubatan, eco-tourism, perkhidmatan dan produk pematuhan syariah serta produk dan perkhidmatan hijau. Sasaran ini bertepatan dengan agenda pembangunan negara seperti yang telah digariskan melalui Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Wawasan 2020.

5.1       Sokongan Dari Aspek Kewangan

Selain berbekalkan  modal permulaan dengan menggunakan wang daripada simpanan bakal usahawan, terdapat juga sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). KPDNKK telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.Pada tahun 2009, peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

Di bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta.Dalam pada itu, terdapat banyak agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman secara tidak langsung untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).Panduan kepada usahawan untuk memilih perniagaan francais adalah sebelum mengambil keputusan untuk memilih sesuatu perniagaan francais, beberapa perkara perlu diambil kira dan dipertimbangkan supaya pemilihan yang dilakukan adalah tepat dan seterusnya boleh menguntungkan francaisi dalam jangka panjang. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti bakal francaisi perlu menentukan apakah jenis perniagaan yang ingin diceburi dan pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan minat dan kemahiran yang ada ( Ismail Mohamad, 2013 ).

Kejayaan Perniagaan Francais sebenarnya banyak bergantung kepada hubungan yang baik antara francaisor dengan francaisi.Hal ini sangat penting kerana perniagaan francais yang telah terbukti mempunyai peratusan kadar kejayaan yang tinggi akan memberi peluang terbaik untuk francaisi turut berjaya dalam perniagaannya.Ini termasuk juga kadar pertumbuhan perniagaan, iaitu kadar pertumbuhan perniagaan yang boleh diukur dengan bilangan ‘outlet’ yang telah dibuka oleh francaisor tersebut. Ia merupakan petunjuk yang baik untuk menilai keuntungan dan potensi peluang francais yang disediakan oleh francaisor.Keuntungan syarikat juga merupakan sistem sokongan yang mampu memajukan lagi sistem francais. Kedudukan kewangan syarikat francais boleh dilihat dari laporan tahunan yang dikeluarkan dan syarikat yang menunjukkan keuntungan yang tinggi dan berterusan memberi jaminan bahawa francaisi akan mendapat sokongan berterusan.

Selain itu, pengalaman perniagaan juga berfungsi sebagai sistem sokongan penting kepada perniagaan francais. Perkara ini sangat penting kerana pengalaman perniagaan adalah elemen utama untuk meminimakan risiko pelaburan. Ini bermakna perniagaan francais yang hendak dipilih perlu mempunyai rekod kejayaan dan pertumbuhan yang baik untuk beberapa tahun.


6.0       CABARAN DAN HALANGAN SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA

6.1       Modal keseluruhan.

Pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi bidang ini. Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan khidmat bantuan dari francaisor juga adalah tinggi. Diantara kos tetap yang perlu ditanggung oleh francaisi adalah;
i.       Yuran Francais dan modal permulaan.
ii.       Royalti Bulanan.      
iii.     Yuran Iklan.

6.2       Tidak memberi kebebasan kepada francaisi.

Penglibatan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Untuk menjaga keseragaman, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi dan francaisi juga terikat kepada perjanjian francais dan perlu mematuhi sistem operasi yang telah ditetapkan. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya. Selain itu, tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais;
i.                     Pemilihan Lokasi.            
ii.                   Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan.
iii.                  Penjualan Produk dan Perkhidmatan.              
iv.                 Operasi Perniagaan.             
v.                   Hak Wilayah (Territorial Rights).

6.3.      Pemilihan Francaisor perlu dilakukan dengan teliti.

Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.

6.4.     Perlu komitmen yang tinggi daripada francaisi.

Francaisi bukan sahaja sekadar perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi. Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa menjalankan penyelidikan. Francaisi juga diminta agar berusaha membangunkan sendiri pasaran perniagaannya, meningkatkan penguasaan pasaran, memaksimakan keuntungan serta bersaing dengan pesaing terdekat dalam pasaran.

6.5.     Penamatan dan pembaharuan kontrak

Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui dan tiada jaminan atas pembaharuan kontrak.

7.0       MASA DEPAN SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA

Sistem perniagaan secara francais mempunyai masa depan yang amat cerah di Negara kita. Perkembangan pesat dalam sistem ejonomi negara turut memajukan lagi perniagaan secara francaisi. Namun begitu, sistem perniagaan yang berkembang pesat dan melibatkan pihak berkepentingan pasti akan menimbulkan pelbagai masalah dan satu daripada penyelesaian terbaik adalah dengan mewujudkan akta atau garis panduan khas sebagai panduan. Seperti sistem perniagaan lain, sistem francais di Malaysia turut dilindungi oleh undang-undang iaitu Akta Francais 1998 bagi memastikan industri berkenaan ditadbir dengan berkesan dan beretika. Akta yang bertujuan untuk menyediakan proses lengkap bagi pendaftaran dan peraturan berhubung industri francais bagi memastikan berkembang secara sistematik untuk jangka masa panjang. Pengenalan peraturan ini adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam industri francais. Dalam masa yang sama dapat memperolehi maklum balas industri. Selain itu, akta berkenaan turut mengandungi dasar melindungi usahawan tempatan kerana untuk mereka bersaing dengan jenama luar negara dalam tempoh yang singkat adalah amat mustahil dan memastikan golongan berkenaan tidak tertipu dengan mana-mana skim francais yang ditawarkan di pasaran.

Secara umumnya, akta berkenaan merangkumi keseluruhan elemen dalam sistem francais bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat secara adil dan untuk jangka masa panjang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pihak yang terlibat dengan sistem ini perlu peka dan memahami setiap aspek sistem francais, antaranya tiga elemen paling penting iaitu Hak Harta Intelek, sistem operasi dan sistem sokongan berterusan. Hak Harta Intelek adalah jenama yang akan digunakan dalam sesebuah perniagaan francais yang akan menjadi aset penting dan mampu mewujudkan pelanggan setia. Semakin terkenal jenama berkenaan semakin besar potensi pernigaan. Contohnya seperti McDonald's, KFC, NIKE, ADIDAS,Smart Readers dan lain-lain. Elemen seperti sistem operasi dan sistem sokongan berterusan adalah perlu kerana akan membuktikan keberkesanan model perniagaan dan kelangsungan pertumbuhan pada masa depan. Peraturan dalam Akta Francais dilihat mampu memberi impak positif kepada francaisor dan francaisi.

Kesemua perjanjian antara kedua-dua pihak tersebut akan didokumenkan dan dibawah Akta Francais terdapat beberapa elemen yang perlu dijelaskan dalam perjanjian berkenaan antaranya pendaftaran, hak, sistem operasi, tempoh masa, penamatan perjanjian dan pelbagai lagi. Secara keseluruhannya, undang-undang dalam sistem francais bukan hanya diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, cuma berbeza mengikut keperluan sesebuah negara.

8.0       PENUTUP

Jika dilihat secara keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang maju di Malaysia. Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais telah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan francais juga mampu menyediakan peluang pekerjaan, kerana umumnya perniagaan kecil dan sederhana lebih mudah dan cepat dari segi pengambilan tenaga kerja.


Sistem perniagaan Francais juga dapat melahirkan usahawan yang mahir dengan aspek-aspek pengurusan, iventori dan sebagainya  Ianya juga dapat membuka pelbagai ruang pekerjaan kepada masyarat setempat seterusnya menjana ekonomi kepada masyarakat.


8 comments:

doll said...

salam sejahtera. term kasha sebab beri idea until penulisan mengenai francois di Malaysia

Apakah Anda mencari pinjaman untuk memulai bisnis atau proyek yang sesuai keinginan Anda? Di KARINA ROLAND LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan untuk semua individu yang membutuhkan pinjaman seperti "pinjaman pribadi, pinjaman investasi, pinjaman rumah dan perusahaan pinjaman di seluruh dunia, suku bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan saran keuangan dan bantuan kepada klien dan pelamar kami. Jika Anda memiliki proyek yang baik atau ingin memulai bisnis dan memerlukan pinjaman untuk segera membiayainya, kami dapat membicarakannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

Hubungi KARINA ROLAND LOAN COMPANY hari ini untuk mata uang yang Anda inginkan.

Kategori Bisnis

Bisnis Merchandising.
Bisnis manufaktur
Bisnis Hibrid.
Kepemilikan tunggal
Kemitraan.
Perusahaan.
Perseroan terbatas.
pinjaman pribadi.
pinjaman investasi.
Pinjaman Hutang.
Kredit Pemilikan Rumah.
Pinjaman hipotek
Laon otomatis.
Pinjaman pelajar.

PERUSAHAAN PINJAMAN KARINA ROLAND

Kebutuhan keuangan Anda Hubungi kami melalui Email:
Email: karinaloancompany@gmail.com atau WhatsApp saja +13128721592.

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang meliputi: Perancangan Perniagaan, Perdagangan dan Pembangunan Kewangan, Hartanah dan Gadai Janji, Pinjaman Penyatuan Hutang, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah dengan kadar faedah yang rendah setiap tahun untuk individu, syarikat dan badan korporat. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga anda dan memiliki rumah impian anda serta skim Pinjaman Umum kami. Pemohon yang berminat perlu menghubungi kami melalui

W/A::[+60]1123759663
W/A:(+44) 7480 729811
Tel....(+44) 7480 729811
Email:(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

JERRY said...

Assalamualaikum, saya JERRY ANDI sangat senang karena saya mendapat pinjaman kedua dari Anthony Yuliana Lenders dan kali ini saya mendapat pinjaman sejumlah Rp 330 juta setelah saya diminta melakukan pembayaran untuk biaya asuransi pinjaman dan biaya transfer, semua pujian ditujukan kepada ALLAH, saya mendapat pinjaman sebesar Rp 330 juta dari Anthony Yuliana Pemberi Pinjaman semoga ALLAH memberkati mereka semua, saran saya kepada mereka yang mencari pinjaman di situs ini bahwa mereka harus sangat berhati-hati karena ada banyak pemberi pinjaman pinjaman palsu , Anthony Yuliana Lenders adalah salah satu kreditur pinjaman online terbaik untuk pinjaman 100%, hubungi
(anthony.yulianalender@gmail.com)
atau whatsapp +1 (323) 4026088
kirim email ke saya{jerryandi843@gmail.com}

walid said...
Ricky said...

Wow. It is a very trending topic. I read many articles on this topic. But, selecting words in this articles is very good. A visa for Turkey from US is especially for the US Citizen. It is a fast and secure way of visa for USA Citizens.

carry john said...
This comment has been removed by the author.
Davis Scott said...

Your given information is very useful for us... This is exactly what I am trying to find... The Kenya evisa processing is easy and fast. You can get your visa within a few days after completing the process.