Cerpen : Pesanan abadi buat kekasihku

11:15 PM adam 8 Comments

 

Suasana yang tenang di pejabat dikejutkan dengan bunyi ganggang telefon di hempas. “Argh!! Lelaki semua sama.Tak pandai langsung nak jaga hati perempuan”, bentak Diana. Rakan-rakan sepejabat saling berpandangan. “Ape kena dengan minah tu”,bisik Aiman pada Khairul. Khairul hanya mengelengkan kepala. Sambil membebel seorang diri Diana menuju ke pantry pejabatnya. “Kenapa kau ni Diana? Kau datang bulan ke ape?” soal Zana teman sepejabat Diana. 

“Ish mulut ko ni zana, takde insurans yer. Aku tengah bengang ni, ko jangan tambah panas aku ni”. Zana tersipu-sipu melihat gelagat rakan karibnya. “Apa masalahnya ni. Cer citer..Cer citer.”Zana cuba melawak dengan mengajuk dialog filem Hantu Kak Limah.

“Si Akim tu la. Asyik busy je memanjang. Meeting laa, jumpa clien laa. Macam-macam.. Silap haribulan bukan meeting tapi dating. Lagipun ramai betul pompuan suka kat dia. Dia ingat aku ni tunggul kayu ke ape. Takde hati, takda perasaan. Tadi aku tengok kat Facebook dia, ramai jer pompuan duk komen-komen. Mentang-mentanglah aku ni kat Perak, dia kat Melaka. Kalau dekat-dekat dah lama kena penampar aku. Geram aku. Gerammm”,luah Diana dengan muka yang cukup serius.

“Kau ni Diana…Kau tak boleh cemburu sangat. Kau jangan fikir negatif sangat. Akim kerja kuat-kuat pun untuk masa depan korang berdua jugak. Yang kat FB tu, mungkin mereka tu kawan-kawan Akim jer. Biasa lah kalau komen-komen kat Fb. Ada ke kau nampak ke dia komen bersayang-sayang dengan kawan-kawannya? Soalan Zana menambahkan kemarahan Diana. “Kau ni kenape? Kau kan kawan baik aku. Kenapa kau nak bela sangat si Akim tu? Kau pun suka juga ke kat dia?. Kalau kau suka sangat kau ambik laa. Baik aku single daripada sakit hati macam ni”, dengus Diana sambil berlalu keluar dengan muka mencuka. Zana hanya mampu memerhati gelagat kawannya itu sambil tersenyum sendiri. “Cemburu buta. Dengan kawan sendiri pun nak jeles.Pelik betul perangai minah ni.”

Pertengkaran Diana dan Akim petang itu rupanya betul-betul serius. Sedar tak sedar dah 3 minggu perkara tu berlaku. Sejak peristiwa tu Akim dan Diana masing-masing mendiamkan diri. Tiada lagi panggilan telefon, tiada lagi SMS. Keadaan itu menyebabkan Diana menyesali sikapnya yang terlampau cemburu. Namun dia tetap dengan egonya. “Kalau Akim sayang kat aku,biarlah dia yang telefon aku. Jangan harap aku yang nak mengalah dulu” ngomel Diana sendirian.

Sewaktu Diana sedang berkemas untu pulang,tiba-tiba telefonnya berbunyi. “Sapa pula yang telefon ni”. Diana tertanya-tanya sendirian sambil menyeluk beg tangannya. “Haaaaaaa, Akim rupanya. Nak memujuk la tu”. Diana meloncat gembira.

 “Hell..o..o.. Sa..yang, a..bang mintak ma..af”.Kedengaran suara Akim yang lemah sayup-sayup di hujung talian. Kegembiraan Diana bertukar kerisauan “Abang..abang, kenapa ni? Jangan takutkan sayang..Abang!!!” Panggilan Diana tidak bersahut. Diana tak keruan. Yang bermain difikirannya adalah bagaimanakah keadaan kekasihnya.

Deringan telefon awal pagi mengejutkan Diana yang sedang nyenyak tidur. “Sapa yang telefon pagi-pagi ni, tak tahu ke orang tengah syok tidur ni”. “Assalamualaikum.. Cik Diana ke ni”.Kedengaran suara seorang wanita dan daripada pengamatannya Diana yakin wanita itu berusia lingkungan 50-an. “Ye makcik. Makcik ni siapa? Nak apa pagi-pagi ni?.”Soal Diana.

“Cik Diana,makcik ni mak Akim”
“Owh, yeke. Saya mintak maaf makcik.Kenapa makcik?”

“Makcik nak jumpa Diana. Ada urusan yang amat mustahak.Penting sangat-sangat Diana.Ni pasal Akim. Kalau boleh makcik nak Diana datang ke Melaka hari ni.” Permintaan Puan Zabedah, Ibu Akim membuatkan Diana menjadi serba salah.

“Tapi saya tak ada transport nak ke sana makcik”,balas Diana lembut.

“Tak apa Diana, kakak Akim, Siti pun bekerja kat Perak. Jadi dia boleh tumpangkan Diana pergi dan balik nanti. Boleh yer Diana. Makcik berharap sangat”. Kesayuan suara puan Zabedah membuatkan Diana tak mampu menolak. Diana menghantar SMS kepada bosnya memaklumkan dia terpaksa mengambil cuti kecemasan.

“Kenapa penting sangat kak sampai auntie berharap sangat nak jumpa saya”, soal Diana kepada Kak Siti, kakak Akim sewaktu dalam perjalanan ke Melaka.

“Tak ada apa-apa Diana.Akak pun tak tahu sangat”. Jawapan itu menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada Diana kerana kakak Akim menjawab dengan wajah yang sugul.
Diana terus melayan perasaannya dan akhirnya tertidur kepenatan kerana perjalanan yang jauh selain sukar tidur memikirkan panggilan Akim semalam.

“Diana..Diana. Bangun,kita dah sampai ni”. Panggilan kakak Akim mengejutkan Diana dari lena. “Yeke kak,terima kasih. Tapi.. kenapa ramai orang sangat ni kak? Ada kenduri ke?”. Soal Diana. “Tak apa Diana, nanti Diana tahu”. Jawapan kak Siti serta alunan bacaan Yassin yang kedengaran membuatkan perasaan Diana berdebar-debar. 

“Apa yang dah jadi kat Akim?” hati Diana makin laju berdetik.

“Ya Allah.. Akimmm..” Diana bagaikan terpaku. Serentak itu air mata jernih mencurah dari pipinya. Diana cukup mengenali susuk tubuh yang sedar terbujur kaku di tengah ruang tamu rumah itu.
“Akim.. Diana mintak maaf. Diana sayangkan akim.Kita dah janji untuk hidup bersama. Kenapa Akim tinggalkan Diana.. Kenapa”. Raungan Diana membuatkan semua hadirin terkedu dan turut sama mengalirkan air mata.

“Sabar Diana.. Sabar ye nak.” Pelukkan puan Zabedah tidak mampu menenangkan hati Diana. “Kita semua sayangkan Akim, tapi tuhan lagi sayangkan dia. Sabar Diana. Ni semua ketentuan.” Puan Zabedah cuba menenangkan Diana.

Akhirnya selepas solat Asar, jenazah Akim selamat disemadikan. Jenazahnya terpaksa disemadikan dengan cepat berikutan keadaan jenazah yang uzur.

Malam itu Diana bagaikan masih dalam khayalan. Dia masih belum dapat menerima hakikat yang Akim sudah tiada lagi di dunia ni. Selepas semua jemaah masjid pulang dan majlis tahlil berakhir, puan Zabedah merapati Diana. “Diana,jom kita ambik angin kat beranda”. Diana cuma menuruti tanpa banyak soal.

“Diana menyesal makcik. Diana menyesal. Menyesal sangat-sangat. Diana memang sayangkan Akim, tapi Diana selalu sakitkan hati Akim.” Sendu tangisan Diana mula kedengaran.

“Diana tak salah pun. Semua tu dah takdir sayang. Kita kena teruskan hidup kita. Kalau arwah masih ada mesti dia tak suka Diana sedih macam ni”. Puan Zabedah memeluk erat Diana.

“Diana, makcik ada sesuatu nak tunjuk kat Diana. Jom ikut makcik”.
“Bilik sapa ni makcik?”
“Ni la bilik Akim. Cuba Diana tengok betul-betul gambar siapa kat sini.”

Diana mengamati segenap ruang bilik tersebut sehinggalah matanya tertumpu pada sekeping potret pada dinding bilik. Diana cukup mengenali potret itu kerana potret itu adalah potretnya.
“Diana,makcik rasa Diana jer yang boleh simpan ni”. Puan Zabedah menghulurkan sebuah diari dan juga sekeping kertas bertulisan tangan.

Diana membaca diari itu satu persatu sehinggalah dia berhenti pada satu halaman.

13 Januari 2010.
Hari ni kita gaduh lagi. Penat jugak gaduh-gaduh ni. Tapi abang cukup mengenali perangai sayang. Marah sekejap je kan.. huhuhu.. that’s why abang sayang kat sayang. Itulah.. cemburu sangat. Cemburu ni tak elok tau sayang. Abang cakap camtu sebab abang dulu pun kuat cemburu. Abang tak nak hubungan kita berlandaskan cemburu. Sayang selalu cakap hubungan kita berlandaskan cinta, kejujuran dan kepercayaan. Tapi betul ker?. Kalau saling percaya,mesti sayang tak cemburu kan. Tapi takpe abang faham dan jadi tanggungjawab abang untuk membimbing sayang. Love u so much sayang…

14 Januari 2010.
Dah sehari abang tak dengar suara sayang. Gelak tawa sayang. Rindu rasanya. Tapi ape boleh buat, sayang pun tak call abang.Abang bukan tak nak call sayang, bukan abang ego, tapi abang nak sayang sedar dengan kesilapan sayang. So benda ni tak berulang lagi. Yakinlah kat abang. Cinta abang, kasih abang hanya pada sayang. Datanglah jelitawan mana pun, abang tetap pilih sayang. Kenapa? Kerana abang diri sayang yang sebenarnya. Sayang adalah wanita terbaik untuk menjadi ibu kepada anak-anak abang.Itu yang abang Nampak. Bagi abang sikap cemburu sayang hanya luaran jer.. Love u sayang. Miss u so much.

Diana membaca satu persatu diari Akim. Air matanya tidak mampu ditahan lagi. “Zalimnya sayang pada abang? Kenapa sayang ego sangat pada abang”,rintih Diana
.
3 FEBRUARI 2010
Dah tiga minggu kita gaduh sayang. Sayang diam seribu bahasa. Abang SMS pun sayang tak reply. Abang call sayang tak angkat. Sayang dah benci kat abang ker. Atau sayang dah temui seseorang yang lebih baik untuk sayang. Abang dah tak boleh tunggu sayang. Rindu kat hati ni dah tak tertahan. Besok abang dah apply untuk kerja separuh hari sayang.Campur cuti dapatlah 3 hari abang jumpa sayang kat sana.Lepas balik kerja abang akan terus ke Perak. Abang nak jumpa sayang. Abang nak buat surprise untuk sayang. Sayang suka bunga mawar putih kan? Tanda cinta suci. Nanti abang beli untuk sayang ye. Rinduu… huhuu. Selamat malam sayang. Semoga pagi cepat menjelang dan semoga ada esok untuk abang…

Diana meraung sendirian. Kekesalan dalam diri Diana bukan kepalang. Dia tahu mengangis air mata darah sekalipun Akim takkan kembali semula. Setiap ceruk bilik, Akim abadikan dengan potret, dan gambar Diana. Diana masih ingat yang Akim pernah mengatakan bahawa hanya maut yang memisahkan mereka. Kini kata-kata itu tergiang-ngiang dan benar-benar menjadi realiti.

Diana cuba menahan emosinya sedaya upaya namun tak berjaya.Kenangan yang di abadikan bersama arwah muncul satu persatu. Diana tidak tahu bagaimana kehidupannya selepas ini. Sukar untuknya menjelaskan dengan kata.

Dalam sendu tangisan Diana cekalkan hatinya untuk menatap sekeping kertas yang bertulisan tangan. Sememangnya itu adalah tulisan Akim..

Diana,
Abang tahu kita selalu bertengkar. Kita selalu berselisih faham. Kita selalu berbeza pendapat. Tapi itu bukan ukuran cinta kita,bukan penanda aras kasih kita, bukan parasit hubungan kita kerana cinta kita berdasarkan keluhuran hati, kebaikan pekerti, kejujuran abadi dan kepercayaan sesama sendiri. Andai abang tiada  janganlah sayang tangisi pemergian abang kerana itu bukan kehendak kita. Jangan kesali kerana sayang tak pernah melakukan kesilapan pada abang.
                                                                                                 
                                                                                                Kekasihmu
                                                                                                     Akim

Diana hanya mampu menitiskan airmata. Semoga roh Allahyarham Mohd Hakim Daniel ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sekian... 

Thanx pada semua yang sudi membaca cerpen yang Adam buat ni. Tak tahu la ok ke tak.. Sebab ni first time Adam tulis cerpen.. Tetiba ada idea buat cerpen dan berjaya di siapkan dalam masa setengah jam. Korang komen-komen la yer supaya Adam boleh improve untuk masa akan datang.

8 comments:

as salam. time kasih sudi jenguk blog. wahh, rajinnye buat cerpen ^^

Aida Azryn said...

rajin betol buat cerpen ye. :)

adam said...

thanx yer Khalila n aida sebab comment. Xda la rajin sangat pun.. cuma waktu tu rase nak buat cerpen dan idea datang... so siap ler cerpen ni.. huhuhu

abiey said...

nice blog....blogwalking jokegurl

adam said...

thanx yer abiey coz singgah sini..

namia cinta said...

sedih cerita nieh tapi sangat menarik .. buat lah lagi boleh baca ...

thank sudi komen blog saya

adam said...

thanx mia..insyaallah kalau ada idea..

Anonymous said...

ceritara ny sedih la.. np perlu akim mati?? kesian sgt kt diana.. lum sempat die perbaiki kesilapan ny.. hope sgt alee xkn tempuhi dlm dunie realiti alee sendiri.. buat la sambungan apa jadi pd diana.. myb akn lbh menarik :)