5 Ciri Penilaian Bisnes Networking

4:32 PM adam 0 Comments

Secara ringkas dan mudah, networking @ rangkaian adalah perkongsian idea dan pendapatan antara satu sama lain. Dan bila terjemahan ini di masukkan "Network Marketing" secara mudahnya, kita boleh menafsirkan sebagai, perkongsian idea, pendapatan serta membantu penyelesaian masalah dari seseorang dengan orang lain, secara tak langsung mewujudkan perhubungan dan tak wujud langsung "penjualan" tetapi mewujudkan "referral" dalam konsep ini.

Anda mungkin tertunggu-tunggu penilaian bisnes networking. Atau anda dah pun dapat maklumat penilaian bisnes ini. apa-apa pun saya nak share juga apa yang saya perolehi dari internet.

Penilaian 1 : Adakah bisnes yang anda ingin ceburi ini berada dalam pasaran yang sedang meningkat?
- Anda mesti tentukah arah masa depan anda dengan bisnes yang semakin meningkat naik atau yang sedang mendapat sambutan atau permintaan. Analisis diperlukan supaya tak nanti diseparuh jalan anda berhenti kerana bisnes tersebut terus merundum. Ok, untuk pasaran masa kini, dan akan datang, permintaan kepada industri kesihatan serta kecantikan amat tinggi, dan yang paling penting adalah, trend industri kesihatan adalah, lebih kepada " Vitamin" disebabkan gaya hidup yang pantas masa kini.


Penilaian 2 : Berapa yang kita perlukan untuk memulakan Bisnes networking?
- Saya suka pada pesanan mentor saya, network marketing business diwujudkan kepada kita yang mempunyai kehidupan biasa-biasa aja, bukan seorang yang mempunyai modal yang berjuta-juta dan yang banyak duit. Kerana anda tak perlu modal untuk setup kedai, anda tak perlu gajikan pekerja, anda tak perlu simpan stok jualan. Apa yang anda perlukan adalah menggunakan produk tersebut sebagai penggunaan harian anda! malah turut gunakan unutk keluarga anda sendiri!
- Ianya lebih nampak bisnes yang sah, kerana, produk ini akan memberi kesan/benefit pada diri anda dan famili anda!
- Apabila anda dah guna, dan merasai benefitnya, mulalah bercerita dengan orang lain atau rangkaian anda seperti saudra mara, jiran dan rakan-rakan anda, bukankah ini lebih manis daripada anda cerita yang gempak-gempak tetapi anda tak rasai result apa yang anda katakan?

Penilaian 3 : Perlukah saya simpan stok produk untuk jualan?
- Seperti yang saya beritahu pada anda tadi, network marketing adalah berkisar pada menyampaikan produk kepada pelanggan atau network anda. Anda tak perlu simpan stok atau jadi dealer untuk mengedar produk ini, kan ini memerlukan anda kos yang tingi? Apa yang anda perlu buat, adalah, guna produk itu sendiri, dan ceritakan pada network anda, apa yang anda perolehi daripada produk tersebut?
- Jika anda ingin ceburi bisnes yang anda kena jadi dealer, simpan stok unutk jual semula ataupun kena beli beberapa akaun, anda pertimbangkan lah dulu untuk sertainya...
- Dalam koyoworld, anda beli produk untuk kegunaan ANDA SENDIRI atau UNTUK KEGUNAAN KELUARGA ANDA. Secara tak langsung, peluang unutk anda terhidang dengan ceritakan benefit @ pengalaman anda menggunakan koyoworld pada seluruh network anda (jiran, saudara, rakan). Mudah bukan?...

Penilaian 4 : Masa kerja yang PATUT anda lakukan dengan Network Marketing Biz?
- Ramai yang tanya saya, kena keluar malam ker unutk promote?, kena cari orang ker?. Dalam network marketing, saya dah ceritakan seperti di atas, anda perlu cerita pengalaman anda guna produk tersebut pada network anda, jiran ker, rakan ker, saudara anda ker...caranya mungkin berbeza, rakan sekerja anda boleh bercerita di masa kerja atau makan tengahari, jiran-jiran anda boleh bercerita pada waktu petang dan malam atau selepas anda balik dari surau (bagi beragama Islam), pada saudara, anda boleh gunakan telefon, atau datang berziarah kerumah mereka. Tak perlulah anda ambil masa yang panjang untuk buat bisnes ini hingga berhenti kerja.
- So, mudah dan senang dilakukan, MALAH, dengan Koyoworld, anda dapat mencapai rangkaian baru dengan menggunakan internet. Apa yang anda boleh ceritakan atau share secara offline, anda boleh bawa ke online. Tapi jika anda macam saya dulu, tak tahu caranya...start dengan offline dan pelajari cara online!

Penilaian 5 : Ada bantuan dari MENTOR?
- Network marketing business adalah "people helping people" dan setiap orang membantu orang lain nutk berjaya (kecualilah diri sendiri yang tak mahu dibimbing dan ego unutk belajar).
- Bisnes ini adalah bisnes kerja sama, iaitu, setiap orang membantu orang yang lain untuk maju. Bukan anda buat kerja anda seorang diri...Saya bantu anda maju, secara tak langsung saya sendiri akan maju...

Ok lah rakan-rakan, saya berikan 5 point yang pada saya paling bermakna unutk anda ketahui. Dan mungkin saya akan temui lagi point-point yang 'best' dan menarik yang boleh saya kongsikan dengan anda?

0 comments: