Benarkah orang lelaki susah untuk buat bisnes?

11:52 AM adam 2 Comments


Saya akhirnya akur dengan kenyataan yang orang lelaki sangat susah untuk fokus berniaga. Satu kenyataan yang agak “sensetif” bagi lelaki, tetapi itu hakikat yang terpaksa dihadapi.

Sepanjang saya melakukan perniagaan dalam tempoh lebih dari 5 tahun, termasuk berskali kecil atau besar, melibatkan tenaga seorang diri dan ramai, melibatkan 100% dihadapan komputer dan 100% melibatkan hubungan dengan manusia, saya boleh simpulkan yang orang lelaki sememangnya payah untuk benar-benar fokus dalam proses memburu impian dalam perniagaan.
Sejauh mana kebenarannya?

Contohnya, cuba kita bayangkan, seorang lelaki ingin mempromosi satu barangan, dan ia memerlukan penerangan yang panjang lebar. Katakan pada masa tersebut, prospek atau future customer adalah kawan sendiri. Jangkaan saya, jika perjumpaan berlaku dalam masa satu jam, hanya 5 minit diambil untuk berbicara soal produk, yang lain akan bercakap tentang politik, wanita, kereta dan sebagainya.
Fokus tidak ada, dan pada masa sama, suka berbicara soal lain yang lebih ‘seronok’. Bila ditanya “buat apa sekarang?”, “Bisnes” jawapnya. Tetapi agaknya berapa lama masa dihabiskan untuk benar-benar fokus kearah itu?

Dan bayangkan, jika kita mahu menegur atau memberi nasihat untuk menjadi sorang usahawan yang lebih cemerlang, saya fikir, hanya 1-2% sahaja usahawan lelaki akan menerima nasihat dengan hati yang terbuka. Yang lain, mereka lebih suka meninggikan ego dan tidak mahu berfikiran positif. Mungkin bagi mereka normal untuk bersikap begitu hanya disebabkan mereka lelaki. Jadi tidak ada masalah untuk bersikap keras hati.

Sebenarnya, saya pernah diberitahu oleh seorang Jutawan mengenai kekuatan mental seseorang untuk melakukan bisnes. Katanya, kalau anda mencari orang yang benar-benar serius untuk mencari rakan partner, carilah seorang wanita, kerana mereka lebih mudah untuk berbicara soal produk, mudah berbicara dengan orang yang tidak dikenali dan paling penting, mereka boleh di bentuk dengan mudah untuk menjadi seorang usahawan berbanding lelaki.

Pada awalnya saya kurang percaya….

Tetapi sekarang ia telah terbukti.

2 comments: