Kenapa Mahasiswa Perlu Menjadi Usahawan? …..Part 1

11:55 AM adam 0 Comments

Secara jujur, dulu sewaktu masih kecil (dan pelajar zaman sekarang), kebanyakan dari kita memang di dokterin dengan pelbagai motivasi untuk berusaha belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Ramai di kalangan masyarakat terutama ibu bapa meyakinkan anak-anak agar tidak putus ada untuk mencapai matlamat mendapat “A” yang banyak. Lagi banyak A yang diperoleh, lagi cemerlanglah pelajar bekernaan. “Belajar sungguh-sungguh nak… dah besar nanti dapat KERJA BAGUS!”.

Yang menariknya, bagi saya sendiri “Kerja Bagus” dengan keputusan pelajaran tinggi yang dimiliki sudah tidak relevan pada masa sekarang. Lihat sahaja begitu ramai calon SPM contohnya mendapat keputusan yang sangat memberansangkan, tetapi tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana. Hingga ada pernah kawan sewaktu di zaman sekolah biarpun dengan ‘result’ peperiksaan 10A, beliau tidak dapat tawaran belajar ke mana-mana pun!

Itu kes SPM, kita lihat pula bagaimana graduan univerisiti sekarang. Saya yakin dan percaya, ramai yang masuk ke univerisiti atas satu jaminan. Kebiasaannya, universiti yang akan memberikan jaminan yang kadang kala bagi saya amat berat sebelah (berat ke arah mereka semata-mata untuk buat wang melalui univerisiti. Maaf saya katakan) Jaminan mereka…

“80% graduan daripada universiti ini mendapat pekerjaan selepas 6 bulan!”
Subanallah…hanya dengan perpandukan statistik universiti masih tidak mencukupi. Ya, memang 80% (kalau betul) mendapat kerja PADA TAHUN TERSEBUT. Bayangkan jika adik-adik yang baru sahaja melanjutkan pelajaran. Sekarangpun sudah berpuluh ribu yang menganggur, apatah lagi lagi 4 tahun selepas mereka selesai kuliah? Di mana janji-janji manis tadi?

Saya juga cukup terkesan apabila ramai graduan yang belajar nya lain, kerjanya pula lain. Yang menyedihkan lagi, ada pernah saya berjumpa dengan beberapa orang teman yang memiliki “master” tetapi bekerja dengan gaji “degree”. Ada juga yang lulusan “ijazah sarjana muda” bekerja dengan gaji diploma.
Adakah ini adil?

Tepuk dada tanya hati. Keadilan tak semestinya kita peroleh apabila orang lain cuba “fight” untuk kita, kalau tak dapat kerja bukan salah universiti atau salah MPP universiti, tetapi kitalah yang bertanggungjawab keatas diri kita sendiri. Renungkan!

0 comments: