TIPS CINTA - Bila cinta terputus..

8:37 AM adam 3 Comments


Orang kata cinta itu indah. Semua mengasyikkan. Adam percaya, ramai diluar sana amat sukakan perasaan apabila dilamun cinta. Tapi jika berlakunya perpisahan, adakah perasaan itu masih hangat? Umpama kata bila cinta sudah berkarat, gula batu rasa kelat.. Kan3...

Orang kata perpisahan itu memeritkan. Semua menyakitkan. Apa benar semua itu? Percayalah, ramai diluarkan yang sedang menghadapi suasana memeritkan itu. Samada mereka cuba menerimanya, belajar memaafkan ataupun meneruskan kesakitan itu tanpa rela.
Berikut Adam cuba kongsikan tips untuk mengelak dari dibelenggu perasaan sedih tatkala terluka.
1.     Cuba lakukan sesuatu, jangan biarkan diri anda terasa sunyi. Kesunyiaan itu mampu membuatkan anda teringat kembali kisah kisah lama bersama si dia.
2.     Bergembiralah bersama teman mu. Tebuslah kembali masa riang mu bersama teman teman yang telah hilang sejak kamu bersama si dia.
3.     Kembali kepada hobi mu. Mungkin anda seorang yang meminati aktiviti memancing, ayuh! habiskan masa minggu mu dengan memancing jauh dari kesibukan kotaraya. Amat mendamaikan?
4.     Elakkan dari mengunjungi tempat yang pernah kamu bersama si dia.
5.    Jika perlu, sembunyikan barang pemberian sidia dari pandangan matamu. Ia boleh menyebabkan kenangan itu kembali. Jika perlu kembalikan kepada si dia semula.

Ayuh, teruskan hidupmu. Jangan biarkan hidup kamu menderita kerana si dia.

3 comments:

Unknown said...

amboi. dr cinta sekarang ye bang.hehe

adam said...

Hahaha.. Xda la Rozuan.. Saje jer wat entry macam ni...

Anonymous said...

Sya bru je singgah blog ni.... Not bad ;-)