Apa Beza Cinta , Kasih dan Sayang??

9:02 PM Adam Narzuan 6 Comments


Cinta, kasih dan juga sayang adalah 3 perkara yang berbeza tetapi saling berkaitan..Setiap satunya juga membawa maksud yang tersendiri.Namun ramai di antara kita sebenarnya menyangkakan ketiga-tiga perkara ini membawa maksud yang sama.. Salah sama sekali telahan mereka. Kasih didefinisikan sebagai perhatian yang lebih dari biasa. Sayang adalah perhatian yang dibalut rasa. Cinta dimaknakan sebagai perasaan intim.

3 perkara ini tidak boleh terpisah dan tidak boleh terasing jika mahukan hubungan yang kekal, harmoni dan suci.Banyak pasangan bercerai cepat ni sebab hanya sayang dan belum kasih. Cinta jauh sekali ataupun terus cinta dan sayang masih belum lagi. Maka kasih pun entah kemana. Tengok kata-kata Dr Tuah ni:


"kalau nak bercinta pastikan dulu anda benar-benar kasih dan benar-benar sayang."
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj


maknanya..kene beri perhatian, sanggup ambil kisah, dan larat ambil tahu. lepas tu kalau nak balut sikit dengan rasa sayang tu, dah kira patut da. Pupuk, siram, baja. lama-lama, dia akan membesar dan timbul rasa. Hasilnya jadi intim. Itu namanya cinta. Lepas tu baru la boleh bercinta. Rasulullah s.a.w menegaskan,


"Tidak beriman seseorang itu melainkan dia kasih kepada saudaranya yang lain."

Jadi, kalau nak bercinta , biar betul-betul sanggup dan jujur..Yang paling penting kita mesti menepati apa yang kita janjikan dengan pasangan.. :)

6 comments:

hurm..
kadang2 sukar utk memupuk rasa cinta.. sbb hanya sayang je yg hadir..

Adam Narzuan said...

sebab tu biarlah adunan ketiga-tiga elemen ni sebati.. Barulah dinamakan cinta sempurna..

yea...sayang senang diungkapkan..cinta satu perasaan yang lebih mendalam...

CINTA ni suatu yg unik n sbjektif... sbaik2nya Cinta seseorg tu bmula pd AKHLAK n Agamanya...bukan tletak pd Paras Rupa n Hartanya...CiNta tnpa iman n taqwa, akn mudah goyah n hanyut....Renung2kn...=)

kemboja said...

cinta daan kasihkan Allah dahulu baru cinta dan kasihkan manusia.. jangan cinta dan kasihkan manusia melebihi cinta dan kasihkan allah.. hehe salam blogwalking

btul tu kemboja.... Cinta pd yg Maha Esa akn kekal wt selamanya selagi kita berada d lndasanNya...=)