ASHLEY QUALLS MILLIONAIRE BERUSIA 17 TAHUN

9:19 AM adam 1 Comments

Personaliti jutawan kali ini ialah seorang remaja wanita yang telah menempa nama dalam bidang internet dengan mengejutkan dunia di mana pada usia beliau 17 tahun beliau telah mengumpul 3 juta hasil daripada perniagaan internet yang tidak di sangka menjadikan beliau antara jutawan termuda dunia…
kini beliau menduduki rangking yang ke24 dunia jutawan muda..
11 – Kevin Rose – Digg – 30 – $31 juta
12 – Robert Small – MiniClips – 24 – $23 juta
13 – Ryan Block – Engadget – 25 – $20 juta
14 – Aodhan Cullen – Stat Counter – 24 – $18 juta
15 – Tom Fulp – Newgrounds – 29 – $15 juta
16 – Rishi Kacker and Matt Pauker – Voltage – 24 – $12 juta
17 – Markus Frind – Plenty Of Fish – 29 – $10 juta
18 – Catherine and David Cook – My Year Book – 17 & 19 – $10 juta
19 – Fredrik Neij – The Pirate Bay – 28 – $10 juta
20 – DAVID LEVICH – Iced Out Gear – 25 – $10 juta
21 – David Hauser & Siamak Taghaddos – GotvMail – 24 – $8 juta
22 – Jermaine Griggs – Hear and Play – 23 – $5 juta
23 – Jay Westerdal – Domain Tools – 29 – $5 juta
24 – Ashley Qualls – What Ever Life – 17 – $3 juta
25 – Mario Lavandeira – Perez Hilton – 29 – $3 juta
26 – Ben Way – Rain Makers – 27 – $2.2 juta
27 – Lauris Liberts – Frype – 25 – $2 juta
28 – Alex Tew – Million Dollar Homepage – 22 – $1.6 juta
29 – Rob Benwell – Blogging to the Bank – 23 – $1.2 juta
30 – Matt Wegrzyn – Bodis – 19 – $1 juta

Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu whateverlife.com
Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.


website whateverlife.com yg telah menjadikan Ashley Quall seorang jutawan~!
2007 – Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.
Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.

Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri