Syarikat Multi-Level MLM

9:17 AM adam 0 Comments

Direct Selling (Jualan Langsung)
Direct Selling atau Jualan Langsung merujuk kepada penjualan barang kepada pelanggan dengan cara bersemuka dengan pelanggan di luar premis syarikat oleh jaringan pemasaran atau ahli syarikat jualan langsung tersebut. Ahli-ahli dibayar mengikut komisen mengikut tahap jualan ahli sendiri dan juga berdasarkan jumlah jualan semua ahli dalam rangkaian mereka.
Syarikat jualan langsung terbahagi kepada dua jenis: pemasaran satu tingkat (single level) atau pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing).

Single level Marketing
Single Level Marketing (Pemasaran Satu Tingkat) bermaksud kaedah pemasaran barang oleh syarikat jualan Langsung oleh agen atau ahli yang direkrut secara langsung oleh syarikat. Ahli atau agen tidak dibenarkan menaja lebih ramai ahli dibawah mereka. Komisen yang diterima oleh ahli berdasarkan usaha ahli itu sendiri iaitu dari penjualan yang dilakukannya sendiri. Contoh syarikat jualan langsung satu tingkat yang popular adalah Tupperware dan Avon yang menghantar jurujual mereka dari rumah ke rumah.

Multi Level Marketing
Multi Level Marketing (Pemasaran Berbilang Tingkat) pula merujuk kepada syarikat jualan langsung yang menggunakan sistem penajaan ahli yang berbilang tingkat iaitu ahli juga dibenarkan menaja ahli lain didalam rangkaian mereka. Dalam kes syarikat jualan langsung berbilang tingkat, komisen ahli berdasarkan dua faktor iaitu tingkat jualan yang dilakukan oleh ahli itu sendiri dan juga tingkat jualan rangkaiannya.

Beza MLM dengan Sistem Piramid
Sistem piramid merujuk kepada skim di mana seorang ahli yang memasuki skim tersebut melabur sejumlah yang tertentu dan membawa beberapa kawan untuk memasuki skim tersebut dengan membuat pelaburan yang sama. Ahli yang masuk skim piramid dibayar mengikut jumlah ahli dalam kumpulan mereka ataupun jumlah pelaburan yang berjaya di dalam rangkaiannya. Skim piramid tidak sah disisi undang-undang dan kerana ianya bukan berdasarkan penjualan produk.
MLM pula melibatkan penjualan produk kepada pelanggan. Sekiranya penjualan tidak dilakukan komisen adalah sifar.Dalam skim piramid, biasanya orang yang masuk terlebih dahulu akan mendapat untung yang besar manakala orang yang masuk lambat akan kerugian. MLM pula berdasarkan penjualan, maka mereka yang masuk lambat selagi ada menjual tidak akan kerugian. Justeru, oleh kerana komisen bergantung kepada usaha, seseorang ahli boleh memperolehi pendapatan yang lebih banyak dari individu yang menaja mereka (upline).

Skim piramid adalah salah di sisi undang-undang, manakala MLM pula sah di sisi undang-undang.

0 comments: