Bagaimana Untuk Elak Perkataan ‘Tidak’ Ketika Menaja

9:21 AM adam 0 Comments

Prospek berkualiti memang sukar dicari.
Jika anda perasaan, perkataan ‘tidak’ adalah satu perkataan yang tidak mahu didengar oleh usahawan MLM. Lebih-lebih lagi ketika mereka sedang berusaha untuk menaja seseorang. Tahukah anda bahawa ayat ‘tidak’ ini biasanya mendorong kepada situasi yang negatif?
Sebagai contoh…

“Aku TIDAK berminat dengan peluang perniagaan”

“Aku TIDAK berminat dengan produk”

“Aku TIDAK mempunyai masa untuk buat bisnes ini”

Dan banyak lagi.

Bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan perkataan tidak ini. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda praktikkan bagi menangkis ayat ‘tidak’.

Tindakan #1 – Memahami Dengan Siapa Anda Bercakap

Teknik berkomunikasi adalah penting dalam perniagaan MLM. Tindakan pertama yang perlu anda lakukan ialah memahami siapa yang anda mahu taja. Siapakah mereka?
Dengan memahami prospek anda lebih mendalam, ia akan memudahkan anda untuk mengetahui ‘killer point’ supaya mereka berasa sukar untuk berkata tidak dalam apa jua yang anda sampaikan.
Sebagai contoh, Abu (bukan nama sebenar) mengalami masalah kewangan dimana beliau dibebani hutang akibat meminjam wang daripada Ah Long untuk membayar duit sewa rumah, kereta dan sebagainya.
Maka anda boleh jadikan poin ini sebagai ‘killer point’ untuk mewujudkan emosi dalam diri Abu supaya beliau memikirkan sedalam yang mungkin untuk menerima sebarang tawaran daripada anda seperti bersetuju menjadi downline atau membeli produk yang akan menyelesaikan masalah mereka.

Tindakan #2 – Untuk Memahami, Kita Harus Mendengar

Tindakan pertama yang kita bincang sebentar tadi adalah tentang memahami prospek anda. Persoalannya sekarang ialah… Bagaimana untuk kita memahami prospek jika kita baru sahaja berkenalan dengan mereka?
Dalam kes Abu tadi, ia hanya akan berlaku jika prospek tersebut rakan baik anda. Dimana anda mampu untuk mengenali diri mereka dengan lebih rapat.
Jika anda baru sahaja berkenalan dengan prospek, maka ia memerlukan sedikit masa untuk memahami diri mereka dengan lebih mendalam menggunakan satu teknik yang berkuasa iaitu… Mendengar. (Listening)
Proses mendengar juga harus disertakan dengan soalan yang baik supaya jawapan yang anda terima sesuai untuk dijadikan sebagai ‘killer point’.

Tindakan #3 – Jangan Tabur Janji Manis!

Memandangkan situasi perniagaan MLM semakin teruk dimana ramai orang berprasangka buruk tentang bisnes ini, maka anda seharusnya jaga mulut sebaik yang mungkin. Rata-rata usahawan MLM yang baru seringkali melakukan kesilapan dengan memberikan janji-janji manis seperti kemewahan dan material kepada prospek.
Ada sesetengah mereka berpendapat bahawa teknik ini berkesan. Tetapi pandangan saya berbeza. Kita tidak seharusnya menjanjikan sesuatu yang kita tidak boleh tunaikan. Ia hanya akan mendorong kepada kekecewaan kepada prospek dan apa yang paling menyedihkan ialah hilangnya kepercayaan mereka terhadap diri kita.
Untuk meyakinkan prospek dengan lebih baik (tanpa taburkan janji manis), kita boleh tawarkan mereka kerjasama yang berterusan seperti mengadakan perjumpaan setiap minggu bagi membincangkan strategi perniagaan dan juga bantuan dari segi pemasaran dan jualan.

Jika Mereka Masih Kata Tidak?

Tidak dinafikan bahawa segala usaha yang telah kita lakukan akan berakhir dengan kekecewaan. Jika perkara tersebut berlaku, maka anggaplah diri anda sudah berusaha sebaik mungkin dan peluang itu mungkin tidak sesuai dengan prospek anda.
Carilah prospek yang baru dan sentiasa yakin rezeki itu ada dimana-mana. Patah tumbuh, hilang berganti. Prospek berkualiti memang sukar dicari

0 comments: