Tips Menawan Hati Wanita

8:46 AM adam 0 Comments

Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) sebenarnya tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka. Mungkin kedengaran agak pelik tetapi ini lah realiti..
Lelaki:         “KFC?”
Perempuan: “Ermm ,boleh jer.”
Lelaki:         “Mc Donald?”
Perempuan: “Ermmm, tak tahu..Mana-mana je laa”
Lelaki:         “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati pasangan anda.Kerana pada hakikatnya mereka tahu apa yang mereka inginkan tetapi mahu melihat anda membuat keputusan.Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Cuba renungkan tips di bawah..Mungkin berguna untuk anda.
Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri. Jangan sesekali anda menjadi orang lain kerana padah yang menanti.. Bayangkan anda seorang yang tidak romantik tetapi berpura-pura romantik.. Percintaan memanglah akan menjadi hangat tetapi apabila berkahwin pastinya keadaan akan berubah..Jadi, pokok pangkalnya jadilah diri sendiri dan biar pasangan anda menilai berdasarkan siapa diri anda yang sebenarnya.
Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.
Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada.Mereka mahu anda menenangkan mereka. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu. Seandainya keadaan agak kritikal, ambil masa yang mencukupi sebelum membuat apa-apa kerana sebarang keputusan dalam keadaan emosi yang terganggu biasanya menghasilkan keputusan yang negatif. Sebagai lelaki, fahami bahawa ‘angin’ wanita bergantung kepada pelbagai faktor.
Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja. Tetapi bukanlah nakal yang keterlaluan. Cukuplah sekadar anda ni jenis yang sempoi dan tahu bagaimana untuk buatkan si dia tersenyum dengan keletah anda.
Selamba dan Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda akan nampak lebih matang dalam menguruskan situasi dan hubungan.
Ambil Perhatian
Setiap wanita pastinya paling suka pada lelaki yang bijak mengambil perhatian padanya. Jadi anda harus tahu bagaimana untuk memberikan perhatian padanya dan membuatkan si dia berasa dihargai. Bertanya khabar dan keadaannya pun sudah pasti akan membuatkan si dia rasa dihargai.Tetapi jangan pula terlebih memberikan perhatian kerana si dia mungkin menyangka anda memantau gerak geri dan cuba mengongkong mereka.
Yakin dan Bertanggungjawab
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Selain itu setiap keputusan yang di ambil harus disusuli dengan perasaan tanggungjawab. Ini akan membuatkan bahawa anda adalah “Mr Right” di dalam hidup mereka. Buangkan keegooan dan limpahkan dengan perhatian.
P/S: Ini hanyalah pandangan peribadi Adam. Kalau korang rasa sesuai share dengan kawan-kawan yer.

0 comments: