Di Sebalik Kesempitan Ada Kesempatan

3:03 PM adam 1 Comments

As-salam semua.. Petang ni ada nak kongsikan dengan anda tentang suatu artikel motivasi karya Razzi Armansur. Artikel ni di harap dapat mengembalikan semangat kita semua untuk terus melaksanakan impian kita..

ADAKAH anda memeriksa tayar kereta anda pagi tadi? Jika tayar kereta anda jenama Goodyear, sekarang anda perlu tahu bahawa tayar kereta itu dicipta ketika dalam kesempitan. Charles Goodyear telah dipenjara kerana gagal untuk membayar cukai. Adakah beliau mengeluh ketika di dalam penjara? Adakah keluhan dan rungutan boleh mengubah keadaan? Charles Goodyear menggunakan masa yang banyak terluang di dalam penjara itu untuk membuat kajian yang lebih mendalam terhadap potensi getah asli. Hari ini tayar Goodyear terhasil dari kajian Charles Goodyear yang suatu masa dulu berada di dalam kesempitan.

Dalam kesempitan sentiasa ada kesempatan.John Reed yang bekerja di Citibank mendapati bank itu mengalami kerugian. Sesuatu mesti dilakukan. Terciptalah mesin ATM. Satu tarikan baru untuk menarik lebih ramai penyimpan. Dalam kesempitan ada kesempatan.

Frank McNamara, suatu malam mengajak kawan-kawanya makan malam. Sungguh memalukan kerana dompet Frank telah hilang pada malam itu. Dari insiden itu terciptalah Diners Club.

Cerita-cerita tadi membuktikan dalam kesempitan bukan sahaja ada kesempatan tetapi dalam kesempitan juga boleh terhasil produk baru, idea baru yang memberi kemudahan orang ramai.

Jadi, jangan melihat kesempitan sebagai kesempitan. Lihat dan cari hikmah yang tersembunyi di sebalik kesempitan. Soalnya, ramai di antara kita yang hanya memberi tumpuan kepada kesempitan itu, memikirkan kesempitan-kesempitan yang telah, sedang dan akan dilalui. Bila seluruh masa digunakan untuk memikirkan kesempitan maka apa yang diperolehi hanya kesempitan yang berterusan. Ini kerana sejak dahulukala, terbukti sudah bahawa anda akan mendapat apa yang menjadi tumpuan. Yang menjadi fokus itulah yang diperolehi. Yang sempit menjadi bertambah-tambah sempit. Yang buruk bertambah-tambah buruk.

Bagaimana kura-kura melepaskan diri dari dimakan oleh musang yang bodoh sombong? Mudah. Kura-kura memberitahu untuk melembutkan badannya yang keras itu, ia mestilah direndam terlebih dahulu. Musang menolak kura kura ke dalam air supaya badan kura-kura menjadi lembut. Kura-kura ketawa dan mengucapkan selamat tinggal. Dalam kesempitan ada kesempatan. Sejarah di dunia ini terbukti sudah bahawa dalam setiap kesempitan ada banyak kesempatan.

Semoga dengan artikel motivasi ini kita dapat meneruskan kehidupan harian kita dengan lebih bersemangat. Hidup tanpa putus asa.

1 comments:

bermotivasi btl baca ni..... Anyway baca ni....

http://ayuejean.blogspot.com/2012/03/dah-dapat-dah.html