SMS Memujuk Awek / Pasangan..
Short Messeging Service (SMS) boleh menjadi alat yang tepat untuk menyampaikan rasa sayang dan rasa cinta anda kepada pasangan anda. Terlebih jika anda adalah seorang yang pemalu. Sms adalah cara yang jitu untuk menyampaikan isi hati Anda. Anda tidak perlu berhadapan dengannya, cukup menekan keypad saja dan pesanan anda pun dihantar.
Kadang-kadang rayuan ataupun pujukan juga penting untuk meluluhkan hati pasangan anda. Faktanya bahawa sebahagian besar wanita gembira jika dipujuk. Memujuk tidak semestinya dengan membelikan hadiah yang mahal, cukuplah dengan menghantar SMS. Berikut ini Contoh-contoh SMS pujukan lucu, semoga membantu ;)
• Titisan keringat penarik beca yang menghantarku dari Kuala Lumpur ke Terengganu takkan mengalahkan titisan cintaku padamu ketika ini.
• Banyak orang berkata bahawa aku telah menjadi gila, Tapi aku tidak akan marah, kerana aku bukan gila kentang tetapi kerana aku benar-benar gilakanmu..
• Sejak lama aku menunggu cintamu, sampai tubuh ini dipenuhi lumut bercacing, Apakah kamu akan tetap menjadi orang yang kejam dengan membiarkan lumut itu diambil tukang pancing untuk dijadikan umpan?
• Matahari boleh saja berhenti bersinar, Pengemis boleh saja berhenti mengemis, tapi aku tidak akan pernah berhenti mencintaimu.
• Aku tidak pernah menggunakan jam loceng semenjak berkenalan denganmu kerana ku tak mahu deringan jam loceng membuatkan mimpi indah bersama mu berlalu pergi.. hehe
• Cintaku bererti mengetahui bahawa aku akan menghabiskan 24 jam setiap hari, 7 hari seminggu, 12 bulan dalam setahun hanya untuk berfikir mengenaimu dan juga hidup bersamamu kerana inilah kemahuanku.. :)
• Seandainya boleh berkhayal, aku ingin jadi air mata. Kerana aku akan bermula di matamu, mengalir di wajahmu, dan berakhir di bibirmu (huahahahaha).
• Tertawa bersamamu adalah nutrisi yang diperlukan untuk hati dan jiwaku.
• Rasa sayangku untuk kamu seperti air untuk tanaman. Tidak boleh terlalu banyak dan tidak boleh terlalu sedikit, kerana boleh mati, yang normal saja, maka cinta kita akan tumbuh selamanya….(hehehehe)
• Aku mencintaimu bukan kerana kamu cantik. Tapi kerana aku mencintaimu , maka kamu jadi cantik. Hehe..
• Tolong carikan doktor gigi yer..kerana kamu sangat manis ;)
• Cintaku padamu bagaikan call center, selalu online sepanjang hari…hehe
• Cintaku bagaikan sebuah novel. Bahagian kesukaanku adalah ketika adegan aku jatuh cinta padamu saat pertama kali aku melihatmu….huhuhu…
• Hidupku tanpa cintamu bagaikan kopi arabika tanpa gula…pahit…peace.
4 comments:
singgah n follow kamoo^-^
kalau macam ni rmai bf/gf wat..gerenti memang cair..
hhahahahha
peace
fuhh..jiwang gile bro..haha..XD
Baru tau selama nie pakcik tu ambik ayt nk pujuk aq dkt sini.. 😂
Post a Comment