Tips Melupakan Bekas Pasangan

1:08 AM Adam Narzuan 2 Comments


Wahh.. Macam nak jadi doktor cinta Adam ni kan.. Bukan niat nak memandai pun,cuma nak berkongsi apa yang bermanfaat. Yelah, cinta ni wujud  dalam hidup semua orangkan. Begitu juga dengan sejarah putus cinta. Idea untuk entri ni bermula apabila seorang rakan bertanya pasal ni kat Adam.


Keadaan sukar untuk melupakan bekas pasangan merupakan suatu hambatan yang boleh menjadi penghalang dalam hidup. Ini terjadi kerana satu perkara yang seolah menjadi sebahagian diri kita tiba-tiba lenyap. Tiada lagi SMS.. Tiada lagi panggilan telefon dan tiada lagi gurau senda. Bagaimana caranya anda dapat menjalani hidup yang lebih baik lagi kalau masa lalu masih di terbayang di mata dan bermain difikiran? Di bawah ini ada beberapa tips melupakan bekas pasangan:

1. Yang Lalu Biarlah Berlalu
Pertama anda harus sedar bahawa apa yang anda alami adalah perkara biasa. Sukar melupakan bekas pasangan adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Jangan takut mengakui perasaanmu, kerana apa yang kamu rasakan bukan perkara yang aneh atau menjadi kesalahan.

Hampir semua orang pernah mengalami “susah melupakan bekas pasangan”. Apatah lagi kalau anda sudah berpasangan sudah cukup lama. Kenyataannya, anda mungkin tidak akan dapat melupakanya kecuali kalau tiba-tiba menghidap amnesia. Jadi kuncinya adalah bukan untuk melupakan bahawa dia pernah ada dalam hidup anda, tapi untuk menerima bahawa dia telah menjadi sejarah hidup anda, dan sekarang anda harus terus berjalan untuk melalui saat ini, dan terus menempuh masa depan, dengan atau tanpa dia.  Life must go on..

2. Jangan terlalu berusaha untuk melupakannya.
Kebiasaanya semakin anda ingin melupakannya semakin kuat ingatan kepadanya.Betul bukan? Namun janganlah sampai kamu terlampau obses dengan keadaan ini sehinggakan anda memboikot teman-teman, tidak makan, tidak minum dan sekaligus membuatkan hidup anda menjadi tidak terurus. Cuba anda berfikir secara waras, kerana si dia anda dalam keadaan seperti ini. Tetapi adakah begini juga keadaan si dia apabila putus hubungan dengan anda.. Jangan terlalu beremosi. Hadapi secara realiti. 

Kalau alasan anda tidak mampu melupakannya kerana masih sayang, cuba renungkan baik-baik. Adakah kerana anda benar-benar sayang atau anda cuma merasa kesepian.. Mungkin juga kerana rutin harian anda kini berubah. Tiada lagi sms, tiada lagi panggilan telefon. Jangan menjadi salah satu korban kesepian seperti ini.

3. Diskusikan kembali.
Sebaliknya kalau memang benar masih sayang dengannya dan “putus”nya perhubungan kerana suatu kesilapan , anda masih boleh membincangkan kembali perhubungan ini bersamanya. Cuba rungkaikan kenapa perpisahan ini terjadi. Untuk hal begini adalah lebih baik anda meminta pendapat dan nasihat daripada orang yang rapat dengan anda. Namun sekiranya hubungan anda tidak dapat diselamatkan lagi walaupun anda bermati-matian menyintainya, relakanlah perpisahan ini.Inilah yang terbaik untuk anda.Apa yang anda perlu lakukan adalah tunjukkan bahawa anda boleh hidup tanpanya.

4. Mencari pengganti baru.
Mencari pengganti baru merupakan cara yang yang dilakukan oleh sesetengah orang. Ada yang dapat melupakan bekas pasangan dengan cara ini. Namun kebarangkalian untuk berhasil adalah sangat minima. Ini kerana di saat anda masih ingatkan bekas pasangan, anda mencari orang lain untuk mengatasi perkara tersebut. Jika di lihat dari sudut kejujuran hubungan,anda seolah-olah menjadikan teman baru anda sebagai penyelesai masalah. Soal keikhlasan anda pula bagaimana?. Bayangkan apa perasaan teman baru anda sekiranya dia mengetahui anda berhubungan dengannya semata-mata untuk melupakan kekasih lama.

5. Cari Kesibukan Yang Positif.
Dengan adanya kesibukan yang positif, maka tubuh dan otak anda dipaksa untuk fokus ke tempat lain, Secara automatik anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan si dia. Jangan lupa singkirkan benda-benda yang akan mengingatkan anda kepada si dia , seperti foto-foto atau hadiah pemberiannya. Tidak perlu dibakar atau dicarik-carik, cukup singkirkan saja supaya tidak mudah dilihat (kecuali anda memang perlu untuk melepaskan emosi, nah.. lepaskan emosimu!!)

Kesukaran melupakan bekas pasangan adalah hal yang lumrah. Jadi, jangan merasa malu atau terasa diri anda aneh. Sekarang anda sudah tahu cara mengatasinya. Jalani hidup anda, dengan teman-teman dan berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan. Cubalah untuk berfikir secara rasional kerana masih banyak peluang untuk anda menemui pengganti yang lebih baik darinya. Adam doakan yang terbaik untuk kalian.


2 comments:

setuju yg bab sibukkan diri.bila diri dah sibuk,kita dah x de masa nak ingt dia

syiela said...

mula2 sibukkn diri.. pastu bila jmpa pengganti InsyaAllah sedikit demi sedikit kta mkin lupa