Punca Cemburu Wanita..

9:13 PM adam 4 Comments


Rasa cemburu dalam percintaan merupakan sebuah emosi negatif yang timbul kerana rasa tidak percaya pada pasangan. Ketidakpercayaan tersebut menghilangkan keyakinan pada diri, lalu muncul rasa cemburu. Adakalanya perasaan cemburu ini boleh dikawal dan adakalanya tidakmampu dikawal.

Apabila perasaan ini tak mampu dikawal akan memberikan impak yang besar pada hubungan dan juga pasangan. Pastinya anda tidak mahu perhubungan yang dibina terjejas gara-gara perasaan cemburu bukan?? Untuk mengendalikan rasa cemburu, tentunya anda harus mengetahui perkara yang boleh menarik picu rasa cemburu.

Keresahan dan takut ditinggalkan
Rasa takut ditinggalkan atau ketakutan hubungan tidak akan berhasil membuat rasa resah. Rasa tersebut merupakan faktor utama penarik picu rasa cemburu. Bahkan hal kecil mampu membuat rasa cemburu dan mewujudkan konflik yang besar. Cubalah untuklebih berfikiran positif dan sekiranya menghadapi masalah dalam hubungan cubalah selesaikan dengan cara yang terbaik. Jangan sesekali lari dari menghadapi masalah.

Curiga
Beberapa wanita memiliki sikap curiga yang cukup besar. Gerak-geri pasangan selalu ingin diketahui. Jika pasangan berkawan dengan wanita lain mereka cepat curiga dan cemburu. Hal ini akan menyebabkan pasangan merasakan anda tidak mempercayainya dan juga merasakan anda cuba mengawal hidupnya.

Jika demikian, anda akan membuat pasangan tidak selesa dan mungkin meninggalkan anda kerana sikap anda. Sedikit demi sedikit, hilangkan sifat curiga anda. Jangan biarkan hal itu menguasai anda kerana boleh membuat hubungan hancur di tengah jalan.

Kurangnya komunikasi
Kurangnya komunikasi adalah salah satu penyebab rasa cemburu. Contohnya jika anda dan pasangan jarang bertemu atau tidak saling mengetahui kegiatan masing-masing maka rasa cemburu mudah sekali timbul.Mulalah anda berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan anda. Berkomunikasilah dengan lancar, saling mengetahui kegiatan masing-masing sememangnya  sangat penting.

Tidak percaya
Banyak wanita yang tidak pernah percaya dengan pasangannya dan begitu juga sebaliknya. Jika Anda tidak percaya pada pasangan bagaimana hubungan boleh berjalan lancar. Cubalah untuk mempercayai pasangan, jangan selalu mempersoalkan kata-katanya. Hal itu mungkin membuatnya terluka dan hubunganlah yang akan menjadi taruhannya.



4 comments:

Unknown said...

cemburu tandanya sayang..
cemburu jugak mengajar pasangan supaya berhati2 dalam pergaulan..

adam said...

betul tu diana.. Cemburu tandanya sayang.. Namun cemburu biarlah pada tempatnya.. Jangan pula kita cemburu buta,...

hubungan berasaskan kpercayaan, IAllah akan btahan lama.. :)

suha said...

cik suha bukan pompuan yg suka cemburu (^_^)