Lima Kesalahan Besar Wanita Sebelum Berkahwin

10:59 AM adam 3 Comments


Perkahwinan yang indah tentunya menjadi impian ramai wanita. Banyak wanita yang menggantungkan harapan tinggi pada Perkahwinan tanpa melihat kenyataan. Kesalahan pun dilakukan dan kadang kala membuat rasa kecewa yang teramat..

Untuk itu, ketahui kesalahan umum kaum wanita ketika mereka akan menikah. Tentunya, agar Anda tidak terjebak didalamnya dan melakukan kesalahan yang akan memberikan kesan negatif pada kehidupan pernikahan kelak. 

1. Berfikir akan hidup bahagia selamanya. Sisi romantis wanita memang lebih besar dibandingkan lelaki. Dari kecil kita dimomokkan dengan cerita gadis yang berkahwin dengan putera raja. Suatu cerita yang romantik dan indah. Jangan menggangap pernikahan adalah penghujung kebahagiaan, tetapi sebenarnya merupakan proses pembelajaran dan saling mengenali.Mempertahankan pernikahan merupakan satu kerja keras dan memerlukan kita berfikir secara lebih realistik.

2. Percaya mampu mengubah sikap pasangan selepas menikah. Wanita memiliki kecenderungan ingin mengubah pasangannya mengikut citarasanya dan sering berfikir "Dia pasti akan berubah". Secara tidak sedar, wanita sering mengungkapkan pada calon suaminya tentang kriteria pasangan idamannya. 

Jika anda memaksa atau meminta pasangan anda untuk berubah pastinya akan menimbulkan masalah dalam hubungan. Cubalah menerima kekurangannya dan jika memang ada,biarlah dia berubah bukan kerana paksaan anda. Nasihatilah dengan cara yang lembut.

3. Kehilangan identiti. Jika anda sangat bergantung pada pasangan sebaiknya anda perlu segera mengubah sikap anda. Maksudnya di sini adalah anda perlu menjadi diri sendiri. Sikap ini berkemungkinan berkembang menjadi persoalan besar bagi kehidupan berumahtangga dan membuat anda kehilangan identiti diri. Ingatlah kalau sebuah hubungan itu saling melengkapi. Meminta pendapat pasangan memang penting tetapi tidak semua hal harus anda sandarkan pada pasangan. Cara yang mudah adalah menjadi diri sendiri supaya pasangan anda senang memahami diri anda.

4. Tidak membicarakan masa depan secara terperinci. Membicarakan masa depan secara terperinci harus dilakukan pada semua pasangan yang akan menikah. Mulakan dengan membincangkan kesalahan yang perlu dielakkan seperti berlaku curang, jumlah anak, tempat tinggal, kebenaran untuk terus bekerja, pembahagian tanggung jawab dan sebagainya. hal-hal tersebut harus disepakati sebelum berkahwin. Bicarakan juga matlamat dan hala tuju dalam membentuk rumah tangga. Usahakan, untuk memiliki target dalam 20 tahun mendatang. Hal-hal tersebut akan menentukan apakah rumah tangga anda akan bahagia atau penuh konflik.

Kebanyakkan perkara sebegini dibincangkan selepas kahwin. Ini sekaligus membolehkan suami menggunakan hak sebagai suami secara mutlak. Bermakna keputusan mungkin suami yang tentukan.

5. Menikah hanya kerana cinta. Cinta bukanlah alasan yang cukup untuk menikah, kita dapat jatuh cinta kerana bermacam alasan. Dan, belum tentu lelaki yang kita cintai akan menjadi pasangan yang baik. Anda perlu menemukan pasangan yang mampu untuk bekerjasama seumur hidup dan ketahui sejauh mana pasangan anda boleh diajak bekerjasama untuk membentuk sebuah rumah tangga.
 
Jadi bagaimana?? Setuju tak?? Marilah sama-sama kita berkongsi pendapat dan pandangan.. 



3 comments:

solomolo said...

bila nak kahwin, kena amik kira smua perkara...
yang perkara kecil pon perlu amik kira jugak...
jangan terlepas pandang...
bincang tentang kehidupan lepas kahwin dengan pasangan...
buat perancangan agar perjalanan selepas kahwin berjalan lancar...

jokergurl said...

ziarah dari bloglist jokergurl......
jom try up traffic dengan cara terbaru....hehehehee

http://jokegurl.blogspot.com/2011/06/traffic-mudah-dengan-global-auto-surf.html

sy sokong no yg kawen hanya krn cinta tu...betul la cinta tu buta..yg buruk pon nampak baik..tp at the end,merana..
nak kawen bkn senang..kena back to the very basic one..
kahwin krn agama,insya ALLAH kekal bahagia.. ;)
cheewah!cakap mcm org dah kawen je sy ni..hehe
semoga kite sume dpt jodoh yg baik dan soleh/solehah.. :)