Bagaimana Menolak Cinta Yang Tak Diharapkan
Kekadang dalam kehidupan secara tiba-tiba anda dilamar untuk menjadi pasangan ataupun kekasih.. Namun anda sama sekali tidak menjangkakan perkara ini dan juga bukan apa yang anda idamkan.. Dalam keadaan begini ibaratnya "diluah mati emak, ditelan mati bapak". Jadi apa yang harus anda ucapkan supaya penolakan anda itu tidak mendatangkan kesan yang buruk pada hatinya. Jangan pernah berbohong dan berkata anda mencintai seseorang padahal sebenarnya tidak, hanya dengan alasan takut menyakiti hatinya. Pembohongan anda hanya akan lebih menyakitinya, terutama ketika ia menyedari kebenaran isi hati Anda. Secara tidak langsung anda juga yang tidak bahagia.
Seringkali susah untuk menolak cinta apalagi dari orang yang sudah pernah berbuat baik pada kita.Namun jangan kerana terhutang budi, tergadai hati.. Antara ungkapan yang anda boleh luahkan adalah:
“Seandainya aku boleh mengucapkan perkara yang sama”
Pastikan Anda mengucapkannya dengan hati-hati. Selain menjelaskan bahwa Anda tidak memiliki perasaan yang sama dengannya, tegaskan pula posisi Anda berdua, misalnya masih tetap berkawan baik. Katakan juga dengan nada yang lembut dan jangan terlalu tertekan.
“Maaf,saya tidak punya perasaan yang sama seperti awak”
Jika anda benar-benar yakin bahawa anda tidak jatuh cinta padanya, hal terbaik untuk menempuhi perkara ini adalah jujur. Semakin dia mengetahui perasaan anda, maka semakin mudah baginya untuk menjauh dari Anda. Jangan meninggalkan harapan kosong untuknya.
“Saya tidak yakin dengan perasaan saya.”
Sebenarnya, pernyataan ini berpotensi mengundang risiko, di mana dia mungkin menganggapnya sebagai suatu harapan. 50-50. Namun, kita biasanya tidak jatuh cinta dalam waktu singkat, jadi jika si dia cukup bersabar menunggu, Anda bolah menerima cintanya di waktu yang lebih tepat.
“Aku tidak mencari hubungan berkomitmen”
Kadang-kadang,lelaki begitu cepat menyatakan cinta. Jika komitmen hubungan bukan sesuatu yang anda cari, katakan padanya. Dan jika melihatnya seperti seseorang yang mudah jatuh cinta, akan lebih baik anda menjauhkan diri.
“Sudah tidak ada kesempatan”
Jika seseorang yang tidak rapat dengan anda secara tiba-tiba mengungkapkan cinta, jadikan segala sesuatunya jelas bahwa cintanya bertepuk sebelah tangan. Memperlihatkan wajah kasihan hanya mendorong mereka untuk mengambil keuntungan dari sifat lembut anda. Berterus teranglah..
Tidak kira apa jua ungkapan anda pastikan anda berlaku jujur. Kerana apabila anda berlaku jujur, segalanya akan berjalan dengan baik. Tiada guna anda menerima cintanya hanya kerana kasihan.. Ingat kasihan bukanlah cinta..
5 comments:
kadang2 kalu dia betul2 nak...sanggup lakukan apa sahaja...sampai kita pun da naik rimas..hihi =D
kalo naik rimas kite plak yg kene bg alasan kan..ehehe
jenjalan sini :)
asyik cinta cintun je.. ade pngalaman eh?
hahhaa.. --' senang je nk jawab.. ''kalau setia tggu saya 8 thun lagi.. ok.. ermm..''
Apa2 pun sbelum buat keptusan berdoa n buat solat istikarah dulu..
tu je kut.. kbai.. ^^
Post a Comment