18Sebab Wanita Bercinta /Berpacaran
Apabila anda diajukan dengan pertanyaan mengapa anda bercinta, tentu jawapan antara satu dengan yang lain akan berbeza. Ada yang mengatakan tujuannya bercintaadalah untuk nikah, ada yang cakap hanya untuk mengisi waktu terluang(hobi), ada juga mengatakan hanya sekadar main-main aja. Nah, jawapan-jawapan ini ada yang benar dan ada yang salah. Hahaha..Untuk bacaan sahaja yer.Di bawah ini ada 18 alasan, mengapa searang wanita itu bercinta / berpacaran (kalau jawapannya keliru para wanita jangan protes ya?):
Menjaga keamanan diri, sebab lebih baik berjalan dengan kekasih dari pada sendirian, kerana apabila ada orang nakal yang mengganggu, mereka pasti berfikir dua kali.
Memupuk sikap untuk menabung, sebab biasanya kalau seorang wanita yang sedang bercinta pasti selalu belanja oleh sang kekasih, dengan demikian wangnya dapat ditabung.
Tambang teksi cukup mahal, belum lagi tips yang harus diberikan, dengan bercinta seorang gadis bakal jimat duit tambang, sebab sang kekasih bakal hantar dan jemput.
Orang tua biasanya khuatir..Oleh itu dengan bercinta dan pasangan dikenali oleh orang tua makan kerisauan orang tua akan sedikit berkurangan.
Daripada kalau menangis tanpa sebab, maka seorang gadis bercinta, supaya lain kali kalau dia menangis dapat memberi penjelasan pasti itu gara-gara sang kekasihnya.Macam ni pun boleh ke?? Hehehe..
Bercinta adalah terapi untuk sentiasa kelihatan cantik? Sebab seorang gadis yang sedang bercinta, selalu berusaha agar si kekasih melihatnya cantik, jadi ia pasti selalu menghias diri, padahal sebelumnya kurang pasal menjaga penampilan.
Bimbang menerima gelaran Andalusia.. Maka seorang gadis akan mencari cinta. Jadi bila ada kekasih tiadalah wujud gelaran Andalusia.
Bercinta akan menjimatkan kos panggilan telefon kerana apabila bercinta selalunya sang lelaki yang menelefon. Kredit telefon pun kekasih topupkan.. Betul tak??
Punya kekasih juga merupakan suatu kebanggaan, apalagi sedang bercinta dengan lelaki tampan. Hal inilah yang mendorong seorang gadis bercinta.
Menghilangkan kemalasan bangun pagi, sebab takot kantoi dengan kekasih yang dia seorang gadis yang suka bangun lambat. Hahaha..
Mengurangkan pencemaran udara terutama bau badan (bb), sebab seorang wanita yang hendak berjumpa kekasihnya pasti mandi terlebih dahulu dan memakai bedak , deodorant serta menyemburkan minyak wangi.
Juga untuk mengurangkan bau mulut, sebab itulah si gadis menjadi rajin gosok gigi, padahal sebelumnya, kadang gosok kadang tak. Hahahaha..
Bercinta juga menghindari gangguan para lelaki hidung belang, sebab kalau gadis berjalan sendiri sering disiul-siulkan oleh para pemuda, namun kalau si gadis berjalan dengan kekasih takkan nak siul lagi.. Itu cari bala namanya.. Hahaha.
Menjaga agar hal yang tidak diingin terjadi di pejabat, sebab sebagai setiausaha sering kali mendapat godaan para pegawai, namun kalau sudah berteman atau bercinta lebih aman sedikit.
Untuk membuktikan bahwa seorang wanita itu sudah dewasa, sebab biasanya kalau seseorang yang belum dewasa pasti dilarang oleh orang tua untuk bercinta.
Membantu meningkatkan pendapatan para produser filem, sebab wanita yang sedang bercinta sering kali dibawa oleh kekasihnya menonton wayang.
Bercinta juga melatih perasaan kita, kekadang seorang gadis harus menangis kerana perangai kekasih, namun juga kadang tertawa terbahak-bahak
Si gadis takut dituduh lesbian, atau tomboy. Apabila bercinta tentu kekasihnya adalah lelaki..
Hahaha..Macam mana ok tak alasan ni..Heheehe.. Jangan marah yer,.. Jom komen-komen dengan Adam..
5 comments:
nie lebeh nak kate pmpuan mate duitan nie.. ish3..
xmo kawan!
hahaha.. :)
nak panjang ke pendek tetttt
hehehe....ade ker gegirl yang suka nangis pastu berpacaran supaya bila di nangis..kira org cakap dia gaduh ngan boypren dia lah yer....
hahahaha....
panadi nyer dia carik bahan entry...mana dapat ni...kelakor jer...
hahaha..macam2..!
hahaha.. ni untuk geli gusi jer petang2... hehehe
sgt benar kenyataan itu..diulas pula dgn bahasa yg kelakar...
Post a Comment