Jangan Menikah Kerana 8 Sebab
1. Jangan menikah kerana harta
Tidak ada gunanya hidup bergelimangan harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.
2. Jangan menikah kerana perasaan asmara
Rasa tertarik, simpati, yang merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
3. Jangan menikah kerana rupa saja
Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur dimamah usia Utamakanlah kecantikan yang di dalam. Buatlah penilaian yang betul
4. Jangan menikah kerana simpati
Simpati (rasa kasihan) memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan.
5. Jangan menikah untuk kepuasan seks saja.
Memang seks suci dan penting dalam hubungan suami isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.
6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga.
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.
7. Jangan menikah kerana desakan usia
Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "pakai rembat." Hindarilah tindakan tersebut. Sabar dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda.
8. Jangan menikah untuk membalas jasa
Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan pernikahan. Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan, dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata. - Menikahlah menurut kepada rencana Tuhan -
Daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah.Kerana Tuhanlah yang menciptakan manusia sepasang-sepasang.
Tanpa persetujuan Tuhan, tidak mungkin manusia dapat bersatu !
2 comments:
kenapa aku nak kahwin ngan dia aku pun tak tau... cuma aku rasa aku boleh hidup ngan dia..boleh takcakap macam tu (T T)
hahaha.. ni masalah biase jer.. Kenapa nak kahwin tu sebenarnya atas rasa cinta... dan boleh hidup dengan dia menunjukkan anda serasi bersama pasangan..
Post a Comment