SENARAI MAKANAN BERKHASIAT

9:39 AM adam 0 Comments

[understand_healthy_food.jpg]

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI MAKANAN TAMBAHAN

*Makanan tambahan bukan pengganti makanan.sebaliknya makanan tambahan hanya menampung keperluan atau khasiat yang tidak cukup daripada makanan yang di ambil setiap hari.Oleh itu,kita perlu memperbaiki diet harian dengan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang.

*Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang membanjiri pasaran tempatan dan antarabangsa dengan kadar yang bergitu ketara.Sebaliknya ketahui keperluan diri sendiri dan jika ragu-ragu,dapatkan nasihat pakar pemakanan.

*Setiap orang mempunyai keperluan zat makanan yang berbeza.Sebelum mengambil makanan tambahan,lebih baik kenal pasti keperluan diri sendiri dengan mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan.Elakkan membeli makanan tambahan yang tiada surat perakuan (testimoni).

*Suplemen ini hanya berkhasiat kepada mereka yang betul-betul memerlukannya.Sekiranya seseorang itu mendapat sumber zat makanan yang mencukupi selain amalkan senaman,tidak mengalami sebarang tekanan dan bebas daripada bahan pencemaran,maka mereka tidak digalakkan mengambil bahan ini.

*Keperluan golongan tua terhadap pengambilan makanan tambahan biasanya lebih banyak berbanding golongan muda.Ini kerana pada tahap ini mereka lebih mudah mengalami masalah kesihatan.

*Pil makanan tambahan boleh di ambil sebelum,semasa atau selepas makan,tetapi elak memakannya ketika perut kosong bagi memudahkan penyerapan.

*Penyerapan khasiat daripada makanan dan pil adalah berbeza.Walaupun lebih baik mendapatkan khasiat ini daripada sumber makanan namun, ada sesetengah vitamin dan garam galian lebih mudah diserap dalam bentuk pil tambahan seperti selenium.

*Lambakan pelbagai jenama mungkin menyukarkan pengguna membuat pilihan.Untuk lebih terjamin,pilih jenama mantap dan disokong kajian saintifik.Selain itu,pastikan produk tersebut mempamerkan manfaat atau kesan pil makanan tambahan itu pada label.

0 comments: