Biar Lambat Berjaya, Asalkan Betul Asasnya

9:34 AM adam 0 Comments

Dr Ridha, salah seorang pengedar syarikat Multilevel Marketing menyatakan, kebanyakkan individu yang kurang berjaya dalam perniagaan ini, adalah kerana tidak mempunyai asas perniagaan yang betul.
Asas perniagaan yang beliau maksudkan bermula daripada mindset. Jika mindset kita adalah mindset seorang yang gagal, maka tidak mustahil kita akan terus gagal.
Apabila seseorang itu terlampau gilakan kekayaan dunia, atau mahu buat bisnes kerana terpengaruh dengan unsur-unsur material (kereta besar, wang banyak) semata-mata, maka golongan ini juga akan terus gagal dari perniagaan Multilevel Marketing.

Bisnes MLM Bukan Skim Cepat Kaya

Para pengedar atasan (upline), perlu sedar bahawa kita bukan menjalankan bisnes yang boleh menjadikan kita kaya raya, dalam sekelip mata.
Burke Hedges, menganggap perniagaan MLM bukan sejenis perniagaan SCAM atau lombong emas segera. Beliau menyatakan bahawa, bisnes ini adalah sama seperti bisnes-bisnes konvensional lain.
Apa yang membezakannya adalah, strategi pemasaran dan juga kaedah-kaedah bagi membangunkan bisnes.

Betulkan Mindset, Sebelum Daftar Jadi Pengedar

Bagi yang ingin memulakan bisnes MLM hari ini, kita disarankan agar tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis seperti:
  • Kereta mewah dalam masa 1 bulan atau kurang
  • Jadi jutawan tanpa perlu borak apa-apa
  • Tidak perlu menjual, tidak perlu menaja
Itu semua adalah helah si penipu, bagi mempengaruhi kita untuk merasakan bahawa bisnes MLM itu terlalu mudah. Hakikatnya, hanya  3% sahaja barisan pengedar yang berjaya dalam syarikat pengedar mereka.
Oleh itu, kita dinasihatkan supaya betulkan mindset terlebih dahulu, yakni bisnes MLM perlukan usaha dan istiqamah, sebelum mendaftar menjadi pengedar

Dipetik daripada : Aqif Azizan | dreamdiamond.net

0 comments: