Kenapa Mahasiswa Perlu Menjadi Usahawan?….. Part 2
Semasa di univerisiti, saya mempunyai rakan-rakan sebaya, ‘junior’ dah juga ‘senior’. Pada tahun pertama, saya ditempatkan dengan seorang ‘senior’ tahun ke-3 dan juga merupakan rakan sebilik . Saya terpaksa memilih untuk menjadi ‘rumate’ beliau disebabkan pada waktu itu asrama sudahpun penuh dan keutamaan diberikan lebih kepada pelajar yang sudah lama berbanding freshy. (Saya menulis hanya untuk menyedarkan, bukan untuk mengaibkan. Ampuni hambamu ini ya Allah….)
Dipendekkan cerita, teman sebilik saya tadi adalah seorang gamers. Kerjanya setiap hari adalah bermain game dari malam sampai ke pagi. Yang menariknya, semasa rakan-rakan yang lain bangun pagi untuk ke kelas, beliau bersiap-siap untuk TIDUR! Dan sewaktu rakan-rakan yang lain sedang bersiap untuk tidur, beliau baru membuka mata untuk BANGUN! Dipermudahkan penceritaan, siang hari bagi kita adalah malam bagi beliau dan malam bagi kita adalah siang bagi beliau.
Kenapa?
Ia hanya kerana satu tujuan…
Untuk menjadi “Maharaja Game Counter Strike!”
Subhanallah..Daripada cerita tadi, saya yakin, masih ramai pelajar-pelajar atau mahasiswa di universiti mengalami masalah atau amalan yang sama. Hidup lebih kepada bermain bukan untuk belajar. Jika belajar sekalipun, masih banyak masa berbaki jika tidak diisi. Maka, disebabkan ‘boring’ kehidupan hanya belajar, belajar dan belajar, pelajar akan lebih cenderung untuk memilih jalan yang salah. Contoh dengan bermain permainan video dan ada yang lebih teruk berhibur dengan cara yang tidak bermoral.
Oleh sebab itulah, saya sangat mencadangkan kenapa mahasiswa perlu menjadi usahawan. Saya yakin, sesibuk mana seorang mahasiswa, mereka pasti mempunyai masa terluang. Daripada bermain game, melepak di kedai mamak, melihat movie, adalah lebih baik diisi dengan berniaga. Walau pun perniagaan kecil, usahakan dahulu. Lama kelamaan daripada pengalaman tersebut, mungkin perniagaan itu akan bertambah besar. InsyaALLAH!
Sekurang-kurang, boleh tambah duit belanja RM300- RM500 sebulan. Pasti “OK!”
0 comments:
Post a Comment