Kenapa Mahasiswa Perlu Menjadi Usahawan?….Part 3
Ketika berada di universiti, mahasiswa biasanya lebih cenderung untuk bersuka ria bersama dengan rakan-rakan. Aktiviti sosial nombor satu adalah menghabiskan masa dari pagi sehingga petang dengan berbual kosong, menonton video, bermain game dan sebagainya (seperti yang saya sentuh dalam post kenapa mahasiswa perlu menjadi usahawan part ke-2)
Tetapi disebalik kegembiraan mereka melayari hidup sebagai mahasiswa yang bebas melakukan apa sahaja demi kepuasan diri, mereka terlupa satu perkara yakni pembangunan diri dari aspek yang lebih serius.
Pembangunan diri dari aspek modal insan sebenarnya bukan hanya dari segi minda (IQ) yang pandai. Tetapi juga dari aspek “Self Development” atau pembangunan diri.
Saya ambil contoh mudah untuk menerangkan kepentingan pembangunan diri atau dipanggil ”self development” ini. Bayangkan, semasa di universiti, kebanyakan pelajar akan diajar dan diasah ketajaman minda masing-masing berhubung dengan jurusan yang diambil. Sepanjang 4 hingga 5 tahun mereka diajar asas, logik, kemahiran teknikal, dan kemahiran menyelesaikan masalah oleh pensyarah-pensyarah yang begitu komited mengajar. Hidup mereka seolah-olah ceria mencari ilmu yang bakal digunakan satu hari nanti.
Tetapi sedarkah, dalam keghairahan mengejar cita-cita, para mahasiswa terlupa yang ada satu lagi kriteria yang sangat dipandang berat apabila selesai kuliah mereka di universiti, tidak kira untuk hidup, bekerja atau menjadi usahawan. Kriteria tersebut adalah pembangunan kendiri terutama dari segi aspek keyakinan.
Cuba kita bayangkan, mana mungkin seorang mahasiswa yang hanya menghabiskan masa dengan belajar, bermain permainan komputer, tidur disiang hari (ini biasa bagi mahasiswa) dan lain-lain aktiviti yang merugikan boleh mendapat kemahiran bercakap dengan yakin ketika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi orang yang berpengaruh.
Saya hampir yakin, mahasiswa seperti ini, bukan sahaja mempunyai keyakinan diri yang rendah, tetapi sedikit susah jika mereka ingin bekerja kelak.
Suka saya mengambil contoh semasa di sekolah dan universiti. Saya memilik ramai rakan-rakan dan sahabat seperjuangan yang sama-sama belajar, bermain, bak kata pepatah susah senang diharung bersama. Alhamdulillah..
Tetapi yang menyedihkan, ada dikalangan sahabat yang memiliki kelulusan yang sangat tinggi, tetapi tidak berjaya mendapat tempat dimana-mana hanya disebabkan mereka tidak memiliki keyakinan semasa proses interview. Subhanallah… (Ya Allah, permudahkanlah jalan sahabat-sahabatku di sekolah, di universiti dan di mana-mana. Jadikan mereka orang yang hebat, dan yakin!)
Maka, disebabkan itulah, saya sangat-sangat menganjurkan para pelajar di universiti mencuba bidang keusahawanan sewaktu di zaman pengajian. Faedahnya terlalu banyak terutama untuk proses pembangunan diri sendiri.
Pernah satu ketika saya melihat seorang pelajar yang dulu semasa membuat “presentation” tergagap-gagap dang langsung tidak mempunyai “self-confident”, ditambah pula dengan pakaiannya yang langsung tidak menampakkan imej yang hebat, dan yang paling mengejutkan, beliau adalah kaki pukul semasa di sekolah! Tetapi alhamdulillah, selepas bergelar seorang usahawan, beliau berubah 360 darjah. Magis! Dari tergagap, keyakinan melonjak, dari tidak kemas kepada terlalu tampan dan daripada kaki pukul menjadi seorang ketua, leader yang hebat. Subhanallah..
Jadi ayuh sahabatku, adik-adikku yang masih berada di universiti, cari bahagian yang “hilang” dalam dirimu yakni “self development”. Bukan susah, buatlah apa sahaja perniagaan, jumpa seramai mana orang, buat “deal” business, belajar untuk “convince” customers, jumpa orang-orang yang menjadi public figure di Malaysia, anda pasti akan terasa hebat! InsyaALLAH.
100% usahawan perlu menjadi pilihan. Saya mesti pilih!
0 comments:
Post a Comment