Gagal Sekali Tidak Bermakna Kita Harus Putus Asa
Everyone have their own failure, but the biggest difference is how they react on that mattersTidak semua manusia dilahirkan sempurna, begitu juga diri saya dan anda. Dalam buku Anthony Robbins iaitu Awaken The Giant Within, beliau seringkali menyifatkan bahawa kegagalan manusia dalam mencapai sesuatu adalah perkara biasa.
Dalam kes Tony Robbins, sebelum beliau berjaya mencapai status motivator nombor satu dunia, beliau telah menempuhi pelbagai kegagalan dan ada satu masa yang hampir membuatkan beliau putus asa untuk terus menceburi bidang tersebut.
Perbezaan yang ketara ketika kita semua menempuhi kegagalan ialah bagaimana kita bertindak daripada kegagalan tersebut.
Sebagai contoh, anda seorang usahawan MLM dan seringkali gagal untuk menaja seseorang. Dalam masa 6 bulan, anda langsung tidak dapat menaja seorang pun dan apa yang lebih menyedihkan ialah keadaan kewangan anda berada dalam keadaan kritikal.
Dalam situasi ini, anda mungkin hanya ada beberapa pilihan seperti:
- Mengaku kalah dan kembali hidup seperti biasa (Jika anda kerja waktu pejabat, maka itulah anda akan lakukan selepas mengaku kalah)
- Mencari peluang perniagaan yang lain.
- Terus bertahan dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan diri bagi meneruskan perjuangan.
Mana-mana Pilihan Anda Adalah Betul
Jim Rohn, salah seorang pakar motivasi dan juga mentor kepada Tony Robbins pernah berkata:“Mana-mana pilihan yang anda lakukan adalah betul. Tidak ada salah sama sekali kerana ia adalah pilihan anda sendiri.”
Ini jelas menunjukkan bahawa jika kita memilih untuk mengaku kalah dalam memperjuangkan bisnes MLM, maka kita tidak harus menyesal di kemudian hari kerana segala keputusan, baik atau buruk semuanya terletak dalam tangan kita. Kita memilih untuk mengaku kalah.
Sentiasa Muhasabah Diri – Baiki Kelemahan
Tahukah anda hampir 90% manusia seringkali mengulangi kesilapan yang sama? Hanya segelintir sahaja yang betul-betul memahami ayat ‘belajar dari kesilapan’.Usahawan-usahawan MLM yang telah berjaya juga bersependapat bahawa proses untuk mencapai kejayaan ialah sentiasa muhasabah diri setiap kali sebelum masuk tidur.
Dengan menilai kekurangan yang ada pada diri, kita sebenarnya sedang merangka strategi untuk memperbaikinya pada esok hari menerusi minda separa sedar (subconcious mind).
Apa yang perlu anda lakukan ialah… Muhasabah diri dan senaraikan kelemahan yang telah anda lakukan dalam bisnes MLM pada hari tersebut. Selepas itu, carilah jalan penyelesaian untuk memperbaiki diri anda menjadi lebih baik pada esok hari
0 comments:
Post a Comment