Rahsia Penggunaan Autoresponder Untuk Bisnes MLM

8:48 AM adam 0 Comments


Autoresponder adalah satu kemestian jika anda menceburi perniagaan internet

Penggunaan servis bagi tujuan pemasaran emel kini menjadi kemestian untuk setiap usahawan termasuklah usahawan MLM. Dengan menggunakan autoresponder, potensi untuk anda meningkatkan jualan dan penajaan adalah lebih tinggi berbanding menggunakan teknik offline semata-mata.
Mengikut kajian yang telah dibuat baru-baru ini, jumlah pengguna internet Malaysia bakal meningkat kepada 11 juta orang. Ini merupakan peluang yang baik bagi para usahawan MLM menggunakan kuasa internet, lebih-lebih lagi menerusi pemasaran emel atau lebih dikenali sebagai autoresponder.
Mungkin segelintir anda masih lagi tidak memahami pemasaran emel. Secara ringkasnya, ia melibatkan pemberian data daripada prospek untuk mendapatkan sesuatu secara percuma.
Sebagai contoh, anda boleh lihat laman web sistem mininiaga dimana anda perlu mengisi nama dan emel untuk mencuba demo sistem secara percuma. Dalam masa yang sama, laman web tersebut dapat mengumpul data prospek bagi tujuan follow-up, promosi, pembinaan kredibiliti dan sebagainya.
Namun begitu, bagaimana pula usahawan MLM dapat memaksimakan perniagaan mereka menerusi pemasaran emel ini?

Bina E-Kursus Bagi Tujuan Kredibiliti

Kredibiliti memainkan peranan yang amat penting untuk anda menaja prospek dengan lebih efektif. Dalam pemasaran emel, apa yang boleh anda lakukan ialah menawarkan produk informasi secara percuma seperti:
  • Ebook
  • Video
  • Audio
Ketiga-tiga medium ini dianggap sebagai e-kursus kerana ia melibatkan informasi dalam bentuk digital. Buat pengetahuan anda, dengan menawarkan e-kursus percuma yang baik, ia dapat mencerminkan diri anda sebagai usahawan yang mempunyai kredibiliti yang tinggi.
Jika anda ingin mengedarkan ebook tersebut secara percuma, maka apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
  1. Kaji topik dengan lebih mendalam (Perniagaan MLM)
  2. Tulis atau upah penulis
  3. Mempunyai desain e-cover yang cantik dan menarik
  4. Mempunyai sistem autoresponder untuk mendapatkan data seperti nama dan emel prospek
  5. Sediakan emel follow-up supaya prospek dapat menilai siapa diri anda
Berdasarkan pengalaman saya, dengan menyediakan e-kursus ini ia dapat membina jenama dengan lebih efektif dan prospek mempunyai persepsi yang positif mengenai diri anda. Cara ini juga bagus untuk mengelakkan diri anda dicop sebagai ‘scammers’.

Hantar Emel Tentang Produk dan Peluang Perniagaan

Tahukah anda bahawa pemasaran emel menggunakan autoresponder juga mampu memberikan kelebihan kepada usahawan MLM untuk mempromosikan produk serta peluang perniagaan dengan lebih efektif?
Sepertimana yang telah saya kongsikan sebelum ini, apabila anda berjaya membina jenama yang baik, maka peluang untuk anda mempromosikan apa jua produk kepada senarai emel / prospek adalah lebih tinggi dari sebelumnya.
Ini kerana mereka sudah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap diri anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah ‘blast’ emel untuk menaja atau menjual produk MLM!

Jadikan Punca Pendapatan Baru – Pengiklanan

Ketika anda sedang mengumpul senarai emel, dalam masa yang sama anda sudah membuka satu lagi peluang menjana pendapatan sampingan yang baru. Iaitu pengiklanan menerusi senarai prospek anda.
Apa yang perlu anda lakukan ialah berinteraksi dengan mana-mana syarikat atau individu yang berkait rapat dengan pasaran anda, kemudian berikan mereka statistik data prospek anda untuk mereka menilai sejauh mana kesesuaian pelaburan yang boleh digunakan untuk anda promosikan produk mereka.
Dari situ, anda boleh buat satu persetujuan pengiklanan menerusi emel. Kebiasannya ia mampu memberikan pendapatan secara pasif dalam lingkungan RM100 hingga RM500 untuk setiap kali ‘blast’ emel.
Jika anda masih lagi tercari-cari servis pemasaran emel yang murah dan berbaloi, maka saya begitu sarankan agar anda menggunakan Trafficwave sebagai permulaan.

0 comments: