Bos Baik VS Bos Jahat
Salam semua,
Kali ni Adam nak berkongsi dengan korang berkaitan bos baik vs bos jahat.. Tak kisah bos lelaki atau lady boss... Yang penting dia bos dan layak mengarah korang buat kerja.
Sebelum tu Adam nak korang faham...yang bos ni adalah ketua kepada kita( pekerja). Orang yang akan memberi arahan dan tunjuk ajar pada kita. Orang yang akan pastikan setakat mana kemampuan dan tahap kecemerlangan tugas kita, dan bos ini jugalah yang akan menjadikan kita sebagai bos, suatu hari nanti. Insyaalah...
Ada dua jenis bos.
1. Bos Besar - Biasanya bos besar ni adalah tuan punya kepada perniagaan/syarikat. Kiranya dia ada kuasa mutlak terhadap syarikatnya. Kalau dalam perkhidmatan awam pula adalah pegawai dengan pangkat yang lebih tinggi daripada bos yang menyelia kita.
2. Bos Lantikan - Bos lantikan ni banyak. Biasanya bos lantikan ini dilantik oleh bos besar untuk mengetuai sesebuah jabatan atau anak syarikat supaya segala kerja dapat diagihkan atau dipantau mengikut apa yang dirancang oleh syarikat. Kebiasaannya bos lantikan ini adalah tulang belakang atau "key man" dalam sesebuah syarikat. Kebiasaanya bos lantikan lebih ramai daripada bos besar didalam sesebuah syarikat atau organisasi. Bos inilah yang akan menyelia kita dan sentiasa bekerja bersama kita.
Okeh, Fahamkah? Apa itu bos. (Ini pandangan peribadi Adam)
Okeh meh kita tengok bos baik dan bos jahat.
Bos Baik. ( Mesti yang baik dulu,hehhe. Kalau buat jahat dulu korang tak baca )
Bos yang baik adalah bos yang,
- Mampu untuk mengawal tekanan kerja para pekerjanya.
- Tidak menggunakan kuasa nya sebagai seorang bos, untuk menekan pekerja bawahannya.
- Menegur pekerja bawahanya di tempat yang sesuai.
- Tidak menengking atau marah pekerja bawahanya dihadapan pekerja lain.
- Memberi dorongan dan sokongan.
- Bersifat terbuka dan menerima. ( kalau ok la )
- Tidak hanya mengarah, tetapi lebih kepada mendidik.
- Menjadikan diri sendiri sebagai model kepada pekerja bawahannya.
- Tidak mencari kesalahan orang lain untuk menunjukkan dirinya bagus.
- Menghargai setiap pekerja.
- Melakukan sesuatu mengikut prosedur dan bukan kaki ampu bos besar.
Bos yang jahat.
Bos yang jahat adalah semua yang berlawanan dengan sikap baik yang diatas.
Okey, boleh macam tu...heheh..
Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Ni pulak lagu bos jahat yang Nabil nyanyi dalam Maharaja Lawak
Buat tu Buat ni..
Itu yang aku dengar..
Tiap tiap hari..
sejak aku disini..
Wetter casher cleaner customer..
Semuanya aku!
Semuanya aku!
Amik anak kau balik dari sekolah pun kerja aku..
Lepas tu nak kena hantar pulak dia pergi mengaji dekat Kampung Baru..
Aku buat semua..For you!
Aku kerja semua..For You!
Aku jadi bambu..For you!
Oooooo..
Nasiblah aku ini..
Makan tidor kerja kat sini..
Kalau tak dah lama..
Ku bakar kedai ni..
Oyeyehhh..
Roslan kadir kena buang sebab diaorang curik pencukil gigi..
BOSS Jahat!
BOSS jahat!
Itulah panggilan yang patut ku bagi..
Yang patut ku bagi!
Dahlah gaji aku sikit..
Itupun kau tak pernah nak bagi..
Ikut hati aku orang macam kau ni dah lama aku..Aku..
aku bagi kaki kat muka belahhhh…
pangggggggg!!!
Hahahahahhaha…
KLIK BAWAH NIE
0 comments:
Post a Comment