Lelaki Berbohong 1,092 Kali Dalam Setahun
Ini merupakan hasil pendapat yang dilakukan Science Muzeum terhadap sekitar 3.000 responden. Berdasarkan hasil penelitian, lelaki di England rata-rata melakukan tiga kali kebohongan setiap hari dan itu sama dengan 1.092 kali dalam setahun.
Sementara itu, kaum hawa tidak separah lelaki.Kebohongan yang dilakukan wanita sekitar 728 kali dalam setahun atau rata-rata dua kali dalam sehari. Di kalangan wanita, para ibu cenderung sering berkata bohong.
Dalam data lain ditunjukkan, sebanyak 25 peratus lelaki mengaku sering berbohong kepada ibunya, tetapi hanya 20 peratus wanita yang mengaku berbohong kepada ibu-ibu mereka. Dikaitkan dengan pasangan, hanya 10 peratus responden yang mengaku cenderung berbohong kepada pacar, suami, atau isteri.
Tentang jenis penipuan, para lelaki kebanyakan berdusta kepada pasangannya soal kebiasaan mereka meminum arak. Sementara para wanita lebih kerap menyembunyikan perasaan mereka dan berkata, “Tak apa-apa, semua baik-baik saja.”
Para wanita juga mengaku sering merasa bersalah setelah mengatakan kebohongan.Sekitar 82 peratus mengatakan bahawa mereka menyesali perbuatannya. Sementara di kalangan lelaki hanya 70 peratus yang mengaku menyesal telah berkata bohong.
P/S : Dasyatnyer statement ni. Ape pendapat kawan-kawan?? Jom kongsi dengan AN
0 comments:
Post a Comment