Bina Blog Bisnes Untuk Perniagaan MLM Anda

9:23 AM adam 0 Comments

Blog is not just a medium, it is A-MUST tools for your business

Pada awal tahun 2010, kebanyakkan usahawan tempatan sudah mula sedar penggunaan blog bagi tujuan bisnes. Mereka tahu bahawa blog mampu dijadikan sebagai medium utama untuk berinteraksi dengan prospek, pelanggan dan juga mengemaskini maklumat bisnes seperti produk dan sebagainya.
Tetapi dalam dunia bisnes MLM tempatan, blog masih lagi tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Bayangkan DreamDiamond.net hanya salah satu daripada beberapa blog yang ada di Malaysia yang menyediakan tips-tips perniagaan MLM.

Branding Exposure

Tahukah anda bahawa dengan menggunakan blog, prospek akan dapat menilai diri anda. Adakah anda seorang pemimpin? Adakah anda mempunyai komitmen yang tinggi untuk berjaya?
Ini secara automatik dapat mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri prospek untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang perniagaan yang anda sediakan.

Blog Bisnes dan Peribadi Amat Berbeza

Jangan sesekali menyamakan blog bisnes dan blog peribadi anda. Ia akan menyebabkan blog anda kurang mendapat sambutan dimana prospek bercampur aduk dan menghasilkan prospek yang tidak berkualiti.

Tahu Dimana Hendak Promosi Blog

Promosi sebenarnya perkara yang mudah, cuma ia mengambil masa yang lama untuk anda peroleh hasilnya. Sebagai contoh, salah satu medium yang amat sesuai untuk mempromosikan blog MLM anda ialah menggunakan forum.
Ambil satu sahaja forum yang berpotensi. Kemudian gunakan ‘forum signature’ dengan sebaik-baiknya dan berinteraksi di forum secara konsisten.
Inilah realiti kini. Dengan adanya blog, maka ia dapat memudahkan anda untuk menjana prospek yang lebih berkualiti dimana mereka ini adalah golongan yang mahu berbisnes dengan anda.

0 comments: