Apa Itu MLM..

4:27 PM Adam Narzuan 0 Comments



 APA ITU MLM???, 
         Bila sebut je MLM mesti ramai yang terbayang, Jualan langsung, skim cepat kaya, ponzi, head hunting, skim piramid, orang tipu orang dan macam macam lagi pandangan negetif. Namun tidak dinafikan ada juga yang berpandangan positif.
         Hakikat sebenarnya MLM (Multi level Marketing) dan Jualan langsung adalah dua perkara yang berbeza, tapi itu saya akan terangkan kemudian (di post yang lain) di topik ini saya cuma akan terangkan apakah MLM yang sebenarnya dari segi syarat perundangan yang sah.
         Apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan, kajian singkat dan dan rujukan saya dari beberapa buah buku dan juga artikel di internet, jadi mungkin ada juga kesilapan. Jadi pesan saya jadikan artikel ni hanya sebagai sebahagian daripada rujukan anda, dan dapatkan rujukan dari bahan lain untuk dijadikan tambahan dan bandingan.
        MLM (Multi Level Marketing) atau juga dikenali sebagai pemasaran berperingkat telah bermula lebih dari 50 tahun dahulu, di Amerika ianya telah pun digunakan secara sah untuk para pembekal, pengeluar atau syarikat mengunakan pengedar untuk mengedar atau menjual produk mereka, dan sebagai ganjarannya pengedar akan mendapat ganjaran atau dibayar komisyen diatas usaha mereka dalam menjual produk atau perhikmatan yang disediakan oleh sesebuah syarikat tersebut.
         Cara ini (MLM) telah beberapa kali disokong oleh makamah persekutuan dan negeri sebagai satu sistem pengedaran dan cara pembayaran komisyen yang sah selagi ianya tidak terpesong dari garis panduan yang telah dibenarkan.

Antara Garis panduan yang ditetapkan ialah :
  • Objektif utama perniagaan adalah untuk menjual produk atau servis yang dapat diterima oleh masyarakat dengan harga yang berpatutan.
  • Setiap pengedar mengekalkan cara penjualan barang secara runcit biasanya kepada 10 pelanggan ataupun lebih
  • Kebarangkalian untuk mendapatkan pendapatan daripada ahli baru adalah tidak dijamin malah ada sestengah kes ianya tidak mendapat kebenaran untuk direkodkan (sesetengah ngeri di US).
  • Pengedar tidak dibayar (komisyen untuk yuran pendaftaran ahli baru) semata mata kerana mengambil ahli baru. Tetapi jika keahlian ahli baru berasas pembelian produk dengan jumlah yang ditetapkan untuk mendapatkan status ahli (bukan yuran ) maka pengedar yang mengambil ahli baru boleh mendapat komisyen dari produk yang dibeli (untuk mendapatkan keahlian) oleh ahli baru tadi.
  • Pengedar tidak digalakan untuk membeli barang lebih dari apa yang mereka mampu jual dalam tempoh sebulan, contohnya melakukan JUMP START semata mata untuk mendapatkan komisyen yang lebih tinggi atau pangkat dalam sesetegah MLM akhirnya barang tersebut tidak mampu untuk dijual.
  • Dan yang paling penting syarikat mestilah mengembalikan semula wang daripada baki produk yang tidak mapu dijual dan dari peralatan jualan, termasuklah juga yuran pendaftaran jika pengedar memilih untuk berhenti
           Oleh disebabkan cara atau sistem MLM ini adalah sah dan mempuyai potensi yang tak terhad pada syarik dan pengedar, maka konsep atau cara ini telah menarik ramai pengedar yang dinamik tapi malangnya bukan semua pengedar tersebut betul betul beretika, malah BANYAK TERDAPAT Syarikat melangar peraturan yang ditetapkan dan ini telah menyebabkan MLM mendapat TANGAPAN BURUK daripada Orang ramai dan juga media. Malah banyak juga yang telah dihadapkan ke makamah dan didapati bersalah di makamah sivil dan kriminal.
         Bagi kita yang tingal di Malaysia, MLM dilesen kan dibawah ketogori yang sama dengan Jualan Langsung ini boleh dirujuk pada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri) bagi memastikan sesebuah syarikat itu adalah syarikat yang beroperasi secara sah

Garis Panduan Permohonan Lesen Jualan Langsung di Malaysia
PERINGATAN
SEBELUM menceburi perniagaan jualan langsung, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu memahami secara jelas AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AJL 1993).
SEKSYEN 4(1) AJL 93
“Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6″.

SEKSYEN 2 AJL 93
Bagi maksud garis panduan ini :
(a) “Jualan Langsung” ertinya jualan pintu ke pintu dan pesanan pos mengikut pengertian akta ini
(b) “Jualan Pintu ke pintu” ertinya atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:
Seseorang atau mana-mana yang diberikuasa olehnya:
i) pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada satu tempat perniagaan yang tetap; atau
ii) membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.
Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu
•(c) “Jualan Pesanan Pos” ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, samada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberikuasa olehnya, denga menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.

JENIS PELAN PEMASARAN DI BAWAH PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung seperti berikut:

BERBILANG TINGKAT (MULTI LEVEL MARKETING PLAN)
i. Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
ii. Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
iii. Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).

SATU TINGKAT (SINGLE LEVEL MARKETING PLAN)
i. Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen jualan dan membayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; dan
ii. Wakil jualan/ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik/menaja wakil jualan/ejen jualan lain.

JUALAN MELALUI PESANAN POS (MAIL ORDER)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.

TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah mematuhi syarat-syarat asas berikut:

KELAYAKAN
Pemohon hendaklah terdiri dari syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

PELAN PEMASARAN
Pelan pemasaran yang dilaksanakan hendaklah mengikut ciri-ciri berikut :
Tidak menjalankan perniagaan yang melibatkan apa-apa skim atau perkiraan berbentuk piramid seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 7 AJL 1993.
Mematuhi Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Skim dan Perjalanan) 2001 yang mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2001 iaitu:

a) Penyampaian skim tidak boleh mengelirukan:
i. Dalam penyampaian sesuatu skim jualan langsung, seseorang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung tidak boleh mengelirukan peserta dengan memberi penekanan yang berlebihan terhadap bonus tinggi yang tidak seimbang .
ii. Tiap-tiap peserta hendaklah diberikan suatu kelengkapan jualan (sales kit) yang mengandungi rancangan pemasaran (pelan pemasaran) dan kod etika/tatasusila syarikat.
b) Pembayaran Insentif
Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu insentif berasaskan jumlah atau kuantiti barang atau perkhidmatan yang dijual atau diedarkan oleh tiap-tiap peserta yang diambil masuk ke dalam skim dan bukan daripada pengambilan orang ke dalam skim.

c) Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dalam harga/amaun yang tidak munasabah
Tiap-tiap peserta dikehendaki membeli barang atau perkhidmatan dalam suatu harga/amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.

d) Perjanjian
i. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis atau penyata yang mengandungi terma dan syarat perjanjian itu.
ii. Perjanjian itu hendaklah memperuntukan perkara berikut:
(a) Peserta hendaklah diberikan tidak kurang daripada sepuluh hari kerja dari tarikh pengambilan untuk membatalkan keahliannya (Tempoh bertenang/cooling off period) ;
(b) Apabila terdapat pembatalan keahliannya di bawah perenggan (a), peserta itu hendaklah dibayar semua bayaran yang dikehendaki dalam perjanjian itu;
(c) Syarikat mesti mempunyai polisi beli balik. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar; dan
(d) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan peraturan ini adalah melanggar syarat-syarat lesen.

0 comments: