Sistem Francais - Sumbangan Dan Perkembangannya Di Malaysia
1.0 PENGENALAN
Industri perniagaan berkonsepkan
francais merupakan suatu konsep perniagaan yang agak baru dan masih lagi
berkembang dalam skop yang tidak meluas. Namun begitu, kajian pasaran
menunjukkan bahawa sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling
cepat berkembang di peringkat global. Berdasarkan hal ini, kerajaan telah
mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling
cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah
menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama
untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan
Francais yang diperkenalkan pada tahun 1993, di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan
Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang
mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10).
Faktor kestabilan politik dan
pengukuhan ekonomi negara melalui pelbagai dasar ekonomi turut menyemarakkan
lagikerancakan bidang perniagaan di Malaysia. Ini menyebabkan negara kita
dilihat amat berpotensi untuk membangunkan sistem perniagaan francais. Kerajaan
Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan
untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk
menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi
mandat sebagai suatu badan di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan untuk mengatur pelan
pembangunan industri francais secara lebih komprehensif.
Bahagian Francais dan Vendor
telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai
Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit
Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais)
merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan
Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah
dari Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri (MITI).Perpindahan
kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk
memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat
mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Pada 09 April 2009, Kementerian
Pembangunan Usahawan (MECD) telah dibubarkan dan fungsi Bahagian Pembanguan
Francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya ditukar kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Tujuh strategi utama iaitu
promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan
strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan. Latihan ilmiah ini
secara khusus akan membincangkan perkembangan sistem francais di Malaysia. Ini
termasuklah dari aspek sejarah, kemajuan, hala tuju serta masa depan sistem
perniagaan ini pada masa depan. Perbincangan juga turut menyentuh aspek cabaran
dan halangan serta program-program penambahbaikan untuk memajukannya.
2.0 SEJARAH PERNIAGAAN FRANCAIS PERINGKAT
GLOBAL DAN MALAYSIA
Menurut Awalan Abdul Aziz,Setiusaha Agung Persatuan
Francais Malaysia, Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan
bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih
100 tahun yang lalu. Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis,
franco yang bermaksud kebebasan.Pada ketika itu, seseorang francaisi adalah
merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah
tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat
penilaian dan memungut cukai.
Konsep dan pendekatan ini
akhirnya digunakan di dalam sektor swasta dan komersial. Sistem francais
kemudiannya menjadi popular dan dianggap sebagai satu konsep perniagaan baru
yang mampu melangkaui individu dan sempadan negara.
2.1 Francais Moden
McCormick Harvesting Machine
Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di
dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun
1850-an.Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika
Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar
francais di awal 1900-an.
Senario ini diteruskan dengan
penemuan yang dianggap klasik, McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955,
memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Berdasarkan kajian yang
dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika telah mengunjungi
Restoran McDonalds sekurang-kurangnya sekali dan sekurang-kurangnya 8% daripada
mereka sedang atau telah menikmati hidangan McDonalds untuk hari ini.
Melalui operasinya yang telah
mencecah 100 buah negara di seluruh dunia, McDonalds telah menghasilkan nilai
jualan tahunan AS$30 bilion dengan pendapatan bersih melebihi AS$1.4
bilion.Syarikat berkenaan hanya menguruskan sendiri 15% daripada lebih 20,000
restorannya di seluruh dunia, dengan 85% selebihnya diuruskan oleh 4,500
francaisi dan rakan kongsi.
Pada masa yang hampir sama juga,
Kolonel Harlan Sanders mempelopori Kentucky Fried Chicken, diikuti oleh
rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti Burger King, A&W, Pizza
Hut dan lain-lain.
Meskipun, perniagaan francais
seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari
segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya
disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera
Hari ini, berdasarkan kajian yang
dibuat oleh Pusat Sumber Sedunia Pembangunan Global, Persatuan Francais
Antarabangsa, terdapat lebih daripada 15,000 sistem francais di seluruh dunia
dengan lebih 1 juta francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira AS$1.4
trilion.
2.2 Francais di Amerika Syarikat
Perkembangan pesat sistem
francais di Amerika Syarikat bermula selepas Perang Dunia Ke-2, lantaran
terdapat peningkatan semangat keusahawanan dan permintaan yang semakin popular
terhadap barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan harga yang
berpatutan.
Berdasarkan kajian yang dibuat
pada tahun 1994 sahaja, didapati 35% daripada nilai jualan runcit di Amerika
Syarikat adalah merupakan jualan yang dihasilkan menerusi rangkaian perniagaan
francais.
Dengan kata lain, bagi setiap 3
dolar yang dibelanja oleh rakyat Amerika, sekurang-kurangnya 1 dolar digunakan
untuk membeli barangan dan membayar perkhidmatan yang ditawarkan oleh rangkaian
perniagaan francais.
Menerusi kajian tersebut juga
didapati nilai jualan tahunan berjumlah AS$800 bilion telah terhasil daripada
2,200 syarikat francaisor dengan lebih 550,000 unit outlet di seluruh negara
berkenaan. Outlet-outlet ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada
lebih 8 juta penduduk di negara tersebut.
2.3 Francais di negara-negara lain
Berdasarkan kajian Persekutuan
Francais Eropah pada tahun 1998, terdapat 3,888 sistem francais di 13 negara
Eropah yang menjadi ahli persekutuan tersebut, dengan bilangan outlet
menjangkau 167,432 unit dan menyumbangkan nilai jualan tahunan sebanyak
kira-kira RM400 bilion.
Di Jepun, terdapat 890 sistem
francais dengan lebih 190,000 francaisi dengan nilai jualan kira-kira RM375
bilion setahun.
Sementara Australia mempunyai 747
sistem francais dengan 46,100 francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira
RM153 bilion. Di New Zealand yang mempunyai hanya kira-kira 4 juta penduduk,
terdapat 250 sistem francais dengan bilangan francaisi di sekitar 5,000 dan
menyumbangkan nilai jualan sebanyak RM13 bilion setahun.
Singapura mempunyai bilangan
sistem francais yang hampir sama dengan New Zealand dan kerajaan negara
berkenaan menerusi Lembaga Produktiviti dan Piawaian telah membantu membangun
dan melancarkan 56 produk francais tempatan baru yang mewakili 460 outlet
francais di seluruh negara tersebut.
Sementara Lembaga Pembangunan
Perdagangan Singapura pula aktif di dalam membawa syarikat francais tempatan ke
pasaran antarabangsa.
2.4 Francais di Malaysia
Umumnya, perniagaan francais di
Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat
seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan
perhotelan.Namun pertumbuhan pesat
perniagaan ini lebih ketara apabila restoran-restoran makanan segera seperti
KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini di sekitar tahun 70-an
dan awal 80-an.
Senario ini berterusan dengan
pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan
sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat
servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen
dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan
kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi,
perkhidmatan kebersihan dan lain-lain.
3.0 KEPENTINGAN PERNIAGAAN SISTEM FRANCAIS
TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI
Apabila melibatkan perniagaan,
perkara yang paling utama akan dihadapi oleh usahawan adalah berkaitan risiko.
Melalui sistem francais risiko bisnes dapat diminimakan dan diuruskan dengan
lebih berkesan terutama bagi usahawan yang baru menceburi dunia bisnes.
Pengurusan risiko ini melibatkan perkara-perkara yang terdedah kepada risiko
seperti lambakan produk, stok lapuk, pusingan kakitangan, penjenamaan yang
lemah, produk dan kualiti yang tidak berkualiti, kecairan tunai dan pengurusan
kewangan yang lemah. Kepada francaisor, stok dan sumber manusia dapat diuruskan
dengan lebih cekap serta dioptimakan. Berbanding jika membuka rangkaian
(outlet) sendiri, francaisor juga tidak perlu membuat pelaburan yang tinggi
untuk membuka rangkaian (outlet) di merata lokasi.Bagi bisnes yang baru bermula
atau tiada kekuatan jenama, rangkaian francais memberi kelebihan untuk usahawan
memasuki pasaran baru kerana di lokasi-lokasi tertentu tuan punya lot kedai
atau pihak pengurusan bangunan lebih berminat dan yakin untuk menyewa lokasi
atau lot kedai kepada bisnes berangkaian (chain business) ( Gary Amstrong,
2011).
Kepada francaisor, rangkaian
francaisi memberikan peluang kepada jenama francaisor berada di lokasi-lokasi
yang tidak pernah atau tidak dapat dimasuki kerana dalam keadaan-keadaan
tertentu, francaisi mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pemilik dan
pengurusan lokasi strategik atau lebih mengenali lokasi yang ingin
diterokai.Diperingkat permulaan terdapat francaisi yang tiada keupayaan untuk
mengajikan kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan untuk membantu dalam
operasi harian bisnes. Tetapi melalui konsep francais, francaisor dapat memberi
panduan dan khidmat nasihat operasi bisnes secara berterusan kepada
francaisi. Pada masa yang sama,
francaisor dapat memberi sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan
perakaunan) secara berkala (berjadual) kepada francaisi pada kadar yang sangat
minima ( Min Chen, 2004 ).
Suasana ekonomi yang semakin
mencabar telah menyebabkan kos bahan mentah, utiliti dan kadar upah semakin
meningkat. Ini memberi kesan kepada margin keuntungan bisnes dalam semua
industri. Untuk meningkatkan harga jualan produk dan perkhidmatan dalam suasana
ekonomi pada hari ini adalah sesuatu yang sangat sensitif malahan dikhuatiri
memberi persepsi negatif pelanggan terhadap imej bisnes. Melalui sistem francais, kecekapan bisnes
dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kos dapat diurus seterusnya diminimakan.
Dengan adanya rangkaian francaisi yang aktif,
francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah, membeli secara pukal,
berkongsi kos untuk aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang kakitangan mengikut
keperluan, membina jenama dalam pasaran untuk menarik perhatian pelanggan dan
seterusnya memindahkan kesemua penjimatan kos ini kepada rangkaian francaisi.
4.0 TAHAP PEMBANGUNAN SISTEM FRANCAIS DI
MALAYSIA
Sejak pertengahan tahun 1993,
kerajaan telah menerima pakai pendekatan pembangunan francais sebagai salah
satu cara untuk meningkatkan bilangan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB) yang merupakan antara agenda terpenting di dalam Dasar
Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru.Rentetan daripada
itu, satu bahagian khusus yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Francais
telah ditubuhkan di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana
Menteri. Seterusnya, Program Pembangunan Francais (PPF) telah dilancarkan
secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27
Januari 1994.Oleh yang demikian, dari segi sejarah, penubuhan Bahagian
Pembangunan Francais dan pelancaran PPF dibuat sebelum diwujudkan Kementerian
Pembangunan Usahawan, yang kemudiannya menjadi penaung kepada kedua-duanya
mulai 8 Mei 1995.
Perniagaan francais diasaskan
kepada hubungan menang-menang di antara dua entiti usahawan, iaitu francaisor
dan francaisi. Hubungan ini secara amnya menghasilkan satu bentuk perkongsian
pintar di mana kedua-dua pihak memperoleh manfaat dan kelebihan
masing-masing.Bagi francaisor, di antara kelebihan sistem francais kepada
mereka aialah menerusi rangkaian sistem francais, francaisor dapat meningkatkan
keberkesanan pengurusan operasi dan menikmati skala ekonomi melalui pembelian
secara pukal serta perkongsian kos pengiklanan dan promosi secara berpusat. Ini
memungkinkan rangkaian berkenaan menawarkan harga barangan yang lebih
kompetitif serta melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi dengan lebih
agresif;
Francais juga memungkinkan
francaisor menembusi pasaran yang luas dengan lebih cepat dan efektif (termasuk
pasaran luar negara) tanpa melibatkan modal yang besar, kerana sebahagian besar
pelaburan ditanggung oleh francaisi. Menerusi francais juga, francaisor dapat
menikmati rangkaian pemasaran produk dan perkhidmatannya yang lebih besar serta
memungkinkan peningkatan pengeluaran dan pengedaran yang lebih pesat. Melalui
sistem francais, francaisor juga dapat mengelak daripada mengadakan struktur
kakitangan yang besar, termasuk membayar gaji pengurus dan kakitangan cawangan yang
ramai. Tempat mereka diganti dengan francaisi-francaisi yang merupakan pemilik
dan pengusaha perniagaan mereka sendiri yang pastinya mempunyai motivasi dan
semangat juang yang lebih tinggi. Hal ini bermakna francaisor dapat memindahkan
sebahagian tanggungjawab menjalankan kajian berdaya maju, pemilihan lokasi,
latihan kakitangan, pengiklanan tempatan dan lain-lain kerenah pentadbiran
kepada pemilik dan pengusaha tempatan, iaitu francaisi.
5.0 SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS
Walaupun perniagaan francais
kelihatan mudah namun hakikatnya jika tiada perancangan yang teliti, usahawan
yang terlibat juga boleh kecundang. Namun, bagi memastikan pertumbuhan pesat
industri francais Malaysia untuk menyumbang kepada pencapaian Wawasan 2020,
Model Baru Ekonomi dan kejayaan Program Transformasi Ekonomi, satu Pelan Induk
Pembangunan Farancais Nasional telah diwujudkan.
Pelan Induk Pembangunan Francais
Nasional bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi
membangunkan sektor industri francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya
saing, efisien dan mampu memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais
negara. Pelaksanaan strategi ini mengambil kira faktor jangka pendek, jangka
sederhana dan jangka panjang serta garis masa bagi mempercepat dan menyusun
rancangan pelaksanaan yang berkesan dan memasukkan sasaran sementara indikatif
untuk memudahkan dan menilai proses perancangan. Dalam hal ini,
objektif-objektif pelan ini adalah seperti berikut :
- menilai pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk utama seperti penyertaan francaisor dan francaisi bagi perkembangan industri francais tempatan dan sumbangan industri francais kepada ekonomi negara;
- mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa; dan
- menentukan hala tuju industri francais negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang 2020.
Pelan Induk ini mempunyai
matlamat untuk meluaskan tumpuan dalam pembangunan francais daripada sektor
campuran yang lebih pelbagai disasarkan, termasuk beberapa sektor niche yang
masih belum dieksploitasi sepenuhnya secara sistem francais, seperti
pelancongan perubatan, eco-tourism, perkhidmatan dan produk pematuhan syariah
serta produk dan perkhidmatan hijau. Sasaran ini bertepatan dengan agenda
pembangunan negara seperti yang telah digariskan melalui Model Baru Ekonomi,
Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Wawasan 2020.
5.1 Sokongan Dari Aspek Kewangan
Selain berbekalkan modal permulaan dengan menggunakan wang
daripada simpanan bakal usahawan, terdapat juga sumber kewangan yang boleh diperolehi
melalui pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang
dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan
francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan
Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). KPDNKK telah ditubuhkan pada 27
Oktober 1990 bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam
negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.Pada tahun 2009,
peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan untuk merangkumi sektor
francais dan koperasi.
Di bawah PNS terdapat beberapa
skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais yang boleh dimanfaatkan oleh
bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim
Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta.Dalam pada itu,
terdapat banyak agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan
pinjaman secara tidak langsung untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan
francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha
Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).Panduan kepada usahawan untuk
memilih perniagaan francais adalah sebelum mengambil keputusan untuk memilih
sesuatu perniagaan francais, beberapa perkara perlu diambil kira dan
dipertimbangkan supaya pemilihan yang dilakukan adalah tepat dan seterusnya
boleh menguntungkan francaisi dalam jangka panjang. Perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan adalah seperti bakal francaisi perlu menentukan apakah jenis
perniagaan yang ingin diceburi dan pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan
minat dan kemahiran yang ada ( Ismail Mohamad, 2013 ).
Kejayaan Perniagaan Francais
sebenarnya banyak bergantung kepada hubungan yang baik antara francaisor dengan
francaisi.Hal ini sangat penting kerana perniagaan francais yang telah terbukti
mempunyai peratusan kadar kejayaan yang tinggi akan memberi peluang terbaik
untuk francaisi turut berjaya dalam perniagaannya.Ini termasuk juga kadar
pertumbuhan perniagaan, iaitu kadar pertumbuhan perniagaan yang boleh diukur
dengan bilangan ‘outlet’ yang telah dibuka oleh francaisor tersebut. Ia
merupakan petunjuk yang baik untuk menilai keuntungan dan potensi peluang
francais yang disediakan oleh francaisor.Keuntungan syarikat juga merupakan
sistem sokongan yang mampu memajukan lagi sistem francais. Kedudukan kewangan
syarikat francais boleh dilihat dari laporan tahunan yang dikeluarkan dan
syarikat yang menunjukkan keuntungan yang tinggi dan berterusan memberi jaminan
bahawa francaisi akan mendapat sokongan berterusan.
Selain itu, pengalaman perniagaan
juga berfungsi sebagai sistem sokongan penting kepada perniagaan francais.
Perkara ini sangat penting kerana pengalaman perniagaan adalah elemen utama
untuk meminimakan risiko pelaburan. Ini bermakna perniagaan francais yang
hendak dipilih perlu mempunyai rekod kejayaan dan pertumbuhan yang baik untuk
beberapa tahun.
6.0 CABARAN DAN HALANGAN SISTEM FRANCAIS DI
MALAYSIA
6.1 Modal keseluruhan.
Pelaburan modal permulaan
perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif
dan sukar untuk bakal usahawan menceburi bidang ini. Kos untuk mendapatkan hak
menggunakan jenama dan khidmat bantuan dari francaisor juga adalah tinggi.
Diantara kos tetap yang perlu ditanggung oleh francaisi adalah;
i. Yuran Francais dan modal permulaan.
ii. Royalti Bulanan.
iii. Yuran Iklan.
6.2 Tidak memberi kebebasan kepada
francaisi.
Penglibatan pihak francaisi dalam
perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian
perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Untuk menjaga
keseragaman, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi dan francaisi juga
terikat kepada perjanjian francais dan perlu mematuhi sistem operasi yang telah
ditetapkan. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan
innovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya. Selain
itu, tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah
beberapa perkara berkaitan perjanjian francais;
i.
Pemilihan Lokasi.
ii.
Hiasan Dalaman & Konsep
Perniagaan.
iii.
Penjualan Produk dan
Perkhidmatan.
iv.
Operasi Perniagaan.
v.
Hak Wilayah (Territorial
Rights).
6.3. Pemilihan Francaisor perlu dilakukan
dengan teliti.
Francaisi juga mudah dikhianati
oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan,
pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais
kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan
yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu
meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan
beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan
francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
6.4. Perlu komitmen yang tinggi daripada
francaisi.
Francaisi bukan sahaja sekadar
perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu
belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi. Francaisi
perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan
dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa
menjalankan penyelidikan. Francaisi juga diminta agar berusaha membangunkan
sendiri pasaran perniagaannya, meningkatkan penguasaan pasaran, memaksimakan keuntungan
serta bersaing dengan pesaing terdekat dalam pasaran.
6.5. Penamatan dan pembaharuan kontrak
Kontrak francais akan tamat
sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh
masa yang telah dipersetujui dan tiada jaminan atas pembaharuan kontrak.
7.0 MASA DEPAN SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA
Sistem perniagaan secara francais
mempunyai masa depan yang amat cerah di Negara kita. Perkembangan pesat dalam
sistem ejonomi negara turut memajukan lagi perniagaan secara francaisi. Namun
begitu, sistem perniagaan yang berkembang pesat dan melibatkan pihak
berkepentingan pasti akan menimbulkan pelbagai masalah dan satu daripada
penyelesaian terbaik adalah dengan mewujudkan akta atau garis panduan khas
sebagai panduan. Seperti sistem perniagaan lain, sistem francais di Malaysia
turut dilindungi oleh undang-undang iaitu Akta Francais 1998 bagi memastikan
industri berkenaan ditadbir dengan berkesan dan beretika. Akta yang bertujuan
untuk menyediakan proses lengkap bagi pendaftaran dan peraturan berhubung
industri francais bagi memastikan berkembang secara sistematik untuk jangka
masa panjang. Pengenalan peraturan ini adalah bagi merealisasikan hasrat
kerajaan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam industri francais. Dalam masa
yang sama dapat memperolehi maklum balas industri. Selain itu, akta berkenaan
turut mengandungi dasar melindungi usahawan tempatan kerana untuk mereka
bersaing dengan jenama luar negara dalam tempoh yang singkat adalah amat
mustahil dan memastikan golongan berkenaan tidak tertipu dengan mana-mana skim
francais yang ditawarkan di pasaran.
Secara umumnya, akta berkenaan
merangkumi keseluruhan elemen dalam sistem francais bagi memastikan semua pihak
mendapat manfaat secara adil dan untuk jangka masa panjang menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Pihak yang terlibat dengan sistem ini perlu peka
dan memahami setiap aspek sistem francais, antaranya tiga elemen paling penting
iaitu Hak Harta Intelek, sistem operasi dan sistem sokongan berterusan. Hak Harta
Intelek adalah jenama yang akan digunakan dalam sesebuah perniagaan francais
yang akan menjadi aset penting dan mampu mewujudkan pelanggan setia. Semakin
terkenal jenama berkenaan semakin besar potensi pernigaan. Contohnya seperti
McDonald's, KFC, NIKE, ADIDAS,Smart Readers dan lain-lain. Elemen seperti
sistem operasi dan sistem sokongan berterusan adalah perlu kerana akan
membuktikan keberkesanan model perniagaan dan kelangsungan pertumbuhan pada
masa depan. Peraturan dalam Akta Francais dilihat mampu memberi impak positif
kepada francaisor dan francaisi.
Kesemua perjanjian antara
kedua-dua pihak tersebut akan didokumenkan dan dibawah Akta Francais terdapat
beberapa elemen yang perlu dijelaskan dalam perjanjian berkenaan antaranya
pendaftaran, hak, sistem operasi, tempoh masa, penamatan perjanjian dan
pelbagai lagi. Secara keseluruhannya, undang-undang dalam sistem francais bukan
hanya diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, cuma berbeza mengikut
keperluan sesebuah negara.
8.0 PENUTUP
Jika dilihat secara
keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang maju di Malaysia.
Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais telah
merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada
pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran,
teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan francais juga
mampu menyediakan peluang pekerjaan, kerana umumnya perniagaan kecil dan
sederhana lebih mudah dan cepat dari segi pengambilan tenaga kerja.
Sistem perniagaan Francais juga
dapat melahirkan usahawan yang mahir dengan aspek-aspek pengurusan, iventori
dan sebagainya Ianya juga dapat membuka
pelbagai ruang pekerjaan kepada masyarat setempat seterusnya menjana ekonomi
kepada masyarakat.
8 comments:
salam sejahtera. term kasha sebab beri idea until penulisan mengenai francois di Malaysia
Apakah Anda mencari pinjaman untuk memulai bisnis atau proyek yang sesuai keinginan Anda? Di KARINA ROLAND LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan untuk semua individu yang membutuhkan pinjaman seperti "pinjaman pribadi, pinjaman investasi, pinjaman rumah dan perusahaan pinjaman di seluruh dunia, suku bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan saran keuangan dan bantuan kepada klien dan pelamar kami. Jika Anda memiliki proyek yang baik atau ingin memulai bisnis dan memerlukan pinjaman untuk segera membiayainya, kami dapat membicarakannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.
Hubungi KARINA ROLAND LOAN COMPANY hari ini untuk mata uang yang Anda inginkan.
Kategori Bisnis
Bisnis Merchandising.
Bisnis manufaktur
Bisnis Hibrid.
Kepemilikan tunggal
Kemitraan.
Perusahaan.
Perseroan terbatas.
pinjaman pribadi.
pinjaman investasi.
Pinjaman Hutang.
Kredit Pemilikan Rumah.
Pinjaman hipotek
Laon otomatis.
Pinjaman pelajar.
PERUSAHAAN PINJAMAN KARINA ROLAND
Kebutuhan keuangan Anda Hubungi kami melalui Email:
Email: karinaloancompany@gmail.com atau WhatsApp saja +13128721592.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang meliputi: Perancangan Perniagaan, Perdagangan dan Pembangunan Kewangan, Hartanah dan Gadai Janji, Pinjaman Penyatuan Hutang, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah dengan kadar faedah yang rendah setiap tahun untuk individu, syarikat dan badan korporat. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga anda dan memiliki rumah impian anda serta skim Pinjaman Umum kami. Pemohon yang berminat perlu menghubungi kami melalui
W/A::[+60]1123759663
W/A:(+44) 7480 729811
Tel....(+44) 7480 729811
Email:(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Assalamualaikum, saya JERRY ANDI sangat senang karena saya mendapat pinjaman kedua dari Anthony Yuliana Lenders dan kali ini saya mendapat pinjaman sejumlah Rp 330 juta setelah saya diminta melakukan pembayaran untuk biaya asuransi pinjaman dan biaya transfer, semua pujian ditujukan kepada ALLAH, saya mendapat pinjaman sebesar Rp 330 juta dari Anthony Yuliana Pemberi Pinjaman semoga ALLAH memberkati mereka semua, saran saya kepada mereka yang mencari pinjaman di situs ini bahwa mereka harus sangat berhati-hati karena ada banyak pemberi pinjaman pinjaman palsu , Anthony Yuliana Lenders adalah salah satu kreditur pinjaman online terbaik untuk pinjaman 100%, hubungi
(anthony.yulianalender@gmail.com)
atau whatsapp +1 (323) 4026088
kirim email ke saya{jerryandi843@gmail.com}
شركة تسليك مجاري بخميس مشيط
شركة تسليك مجاري بالطائف
شركة تسليك مجاري بمكة
Wow. It is a very trending topic. I read many articles on this topic. But, selecting words in this articles is very good. A visa for Turkey from US is especially for the US Citizen. It is a fast and secure way of visa for USA Citizens.
Your given information is very useful for us... This is exactly what I am trying to find... The Kenya evisa processing is easy and fast. You can get your visa within a few days after completing the process.
Post a Comment