Tip Memilih Barang Hantaran.

1:50 PM adam 0 Comments


As-salam semua. Kali ini kita akan berbincang lagi mengenai topik perkahwinan. Jikan sebelum ini Adam ada kongsikan kepada anda mengenai senarai barang hantaran , jadi kali ini Adam akan kongsikan pula tentang Tip Memilih Barang Hantaran. Sebab takkan kalau adam 25 senarai barang pilihan, 25 dulang yang anda nak bagi. Kalau mampu tak mengapa, tetapi kalau yang tak mampu biarlah sekadar memenuhi adat dan menyerikan majlis sahaja.

Perkara utama adalah, anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si mempelai.. 

Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran maka pihak perempuan kena balas 13 dulang. Elakkan membuat barang hantaran dalam jumlah dulang yang banyak. Kerana ada beberapa item yang anda boleh gabungkan menjadi satu dulang seperti telekung + sejadah + Al-Quran : 1 Dulang. Begitu juga dengan kemeja lelaki + seluar + set tali pinggang + tie : 1 Dulang. Ini akan menjadikan gubahan hantaran anda kelihatan mantap kerana lengkap kesemuanya di dalam satu dulang. 

Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.. 

Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran. 

Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil. 

Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, klu kerja yang tak memerlukan kasut yg formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran utk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! Tentu anda dapat bayangkan bukan? 

Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik. 

Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran. 

Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh kasut warna hitam atau tuala berwarna krim. 

Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda. 

Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat. 

Selain itu bagi menjimatkan kos kewangan anda, anda disarankan membeli apa yang anda akan gunakan selepas kahwin. Contohnya bakal suami anda bekerja sebagai mekanik. Maka tidak perlu lah anda membeli pakaian pejabat dan tie. Tetapi lebih elok sekiranya anda memberikan pakaian lelaki yang kasual.

0 comments: