Petua cari calon suami yang baik
“Mak! Peah tak nak kawin sampai bila-bila pun mak. Timah rela jadi andartu kalau tak jumpa lelaki yang sesuai!”
Pernah dengar tak kata-kata nie? Ke ada di antara korang yang pernah
mengucapkannya? Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari
calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari kekasih memang senang. Tetapi yang memiliki ciri-ciri idaman bukan senang .. hehehe..Cari laki bukan keje
main2. Bukan macam nak pilih ikan kembung ke, ikan keli ke kat pasar.
Nie soal masa depan nie. Beli ikan pun pilih-pilih kan?? Hehehehe
Sebab tulah kebanyakan wanita la nie ada yang rela tak berkahwin
sampai tua. Rela jadi andartu. Bukan nak kata memilih, tapi bende
penting, takkan nak tangkap muat jer..bangun pagi2, nampak je lelaki
pertama, ajak dia kawin terus dengan you…tak boleh jadi ni…tak boleh
jadi…
Sebab itulah, jom kita tengok beberapa petua untuk mencari bakal suami yang baik:
1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting
kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde
agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun
susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya
sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan
anak-anaknya. So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah
dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke
jalan yang betul kelak…
2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu
la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2
dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak,
seksa hidup ko nanti.
3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun
jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie
sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah,
tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi
perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua,
tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang
pakai botox…huhu :-) )
4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak. Dia hormat ke atau kurang ajar?
5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting
nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar
luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak
tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama.
6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan
masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak
diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau
semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana
tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang
membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti.
Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang
baik…:-). So, nilailah betul-betul yer.
7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya
pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki
yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada
jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana
hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana
anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang
pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)
Wah…susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie,
lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak
kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan di
tangan Tuhan belaka. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik
dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak.
Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!
2 comments:
kalau boleh nak yang sesempurna mungkin
Post a Comment