Cerita Mengenai Cinta Sejati Seorang Isteri

10:56 PM Adam Narzuan 3 Comments

Alkisah di sebuah rumah mewah yang terletak di pinggiran sebuah kota, hiduplah sepasang suami isteri. Dari sekilas orang yang memandang, mereka adalah pasangan yang sangat damai dan harmoni. Para tetangganya pun tahu bagaimana usaha mereka untuk meraih kehidupan selesa yang seperti sekarang ini. Sayang, pasangan itu belum lengkap. Dalam tempoh sepuluh tahun pernikahan mereka, pasangan itu belum juga dikurniakan seorang anak.
Kerananya walaupun masih saling mencintai, si suami berkeinginan menceraikan isterinya kerana dianggap tak mampu memberikan zuriat sebagai penerus generasinya. Setelah melalui perdebatan sengit, dengan sedih dan duka yang mendalam, si isteri akhirnya menyerah pada keputusan suaminya untuk tetap bercerai.
Dengan perasaan tidak menentu, suami isteri itu menyampaikan rancangan perceraian kepada orang tua mereka. Meskipun orang tua mereka tidak setuju, tapi tampaknya keputusan muktamad sudah diambil oleh si suami. Setelah berbincang  panjang lebar , kedua orang tua pasangan itu dengan berat hati menyetujui perceraian tersebut. Tetapi, mereka mengajukan syarat, yakni agar perceraian pasangan suami isteri itu diselenggarakan dalam sebuah sebuah majlis yang sama besarnya seperti majlis pernikahan mereka dulu.
Agar tidak mengecewakan kedua orang tuanya, maka syarat mengadakan majlis perceraian itu pun dipersetujui. Beberapa hari kemudian, majlis dijalankan. Sesungguhnya, itu merupakan majlis yang tidak membahagiakan bagi siapa saja yang hadir dalam majlis itu. Si suami tampak tertekan dan terus meminum arak sampai mabuk. Sementara sang isteri tampak terus mengelamun dan sesekali mengusap air matanya di pipinya. Di dalam keadaan mabuknya si suami berkata lantang, “Isteriku, saat kau pergi nanti. semua barang berharga atau apapun yang kamu suka dan kamu sayangi, Ambillah dan Bawalah !!“. Setelah berkata seperti itu, tak lama kemudian ia semakin mabuk dan akhirnya tak sedarkan diri.
Keesokan harinya, setelah majlis si suami terbangun dari tidur dengan kepala berdenyut-denyut. Dia merasa tidak mengenali keadaan disekelilingnya selain susuk tubuh yang sudah dikenalnya bertahun-tahun iaitu sang isteri yang ia cintai. Maka, dia pun bertanya “Di manakah aku ? Kenapa ini bukan di kamar kita ? Apakah aku masih mabuk dan bermimpi ? tolong jelaskan.”
Si isteri menatap penuh cinta pada suaminya dengan mata berkaca-kaca dan menjawab, “Suamiku, ini kerana dirumah orang tuaku. Semalam kau nyatakan didepan semua orang bahawa aku boleh membawa apa saja yang aku mahu dan aku sayangi. Di dunia ini tidak ada satu barang yang berharga dan aku cintai dengan sepenuh hati selain kamu. kerana itu kamu sekarang kubawa bersama ke rumah orang tuaku. Ingat, kamu sudah berjanji dalam majlis itu.”
Dengan perasaan terkejut setelah tersedar, si suami bangun dan memeluk isterinya, “Maafkan aku Isteriku, aku sungguh bodoh dan tidak menyedari bahewa dalamnya cintamu padaku. Walaupun aku telah menyakitimu, dan berniat menceraikanmu, tetapi engkau masih mahu membawa serta diriku bersamamu dalam keadaan apa pun“.
Akhirnya kedua suami isteri ini ini berpelukan dan saling menangis. Mereka akhirnya mengikat janji akan tetap saling mencintai hingga ajal memisahkannya.
Dalam Kisah diatas dapat kita petik makna bahawa :
Saat sebuah pernikahan bermula, bukanlah hanya bertujuan menghasilkan keturunan, meskipun diakui mendapatkan zuriat adalah dambaan setiap pasangan suami isteri. Tapi sebenarnya masih banyak hal lain yang juga perlu diselami dalam hidup berumah tangga.
Untuk itu rasanya kita perlu menyegarkan kembali tujuan kita dalam menikah iaitu peneguhan janji sepasang suami isteri untuk saling mencintai, saling menjaga baik dalam keadaan suka dan duka. 

3 comments:

alaa , tak nampak nk baca lha . terangkan sikid text tuh boleh tak ? :) hee , sory .

=,=

hai..salam perkenalan..heheh...jumpe blog ni kat blog lyssa...

~AyuyuE~ said...

nice blog!!!follow me back;)