10 jenis lelaki yang perempuan takkan jadikan suami

3:37 PM adam 5 Comments

 
1. Lelaki tak ada duit
Sangat menyakitkan hati perempuan bila si lelaki tak ada duit. Apa apa nak buat mesti perempuan yang tanggung. Time pergi makan luar perempuan kena bayar, topup perempuan keluar duit, minyak nak pergi dating pown perempuan yang tanggung. So, si perempuan pun terfikir ''lelaki cam ni ke yang nak bela aku ngan anak anak nanti? Makan nasi ke makan pasir?''.
 
2. Lelaki panas baran
Orang macam ni aku pun sakit hati. Ada benda tak kena sikit dia mula mengamuk. Kalau nampak awek dia keluar dengan orang lain mula la dia bising tak tentu pasal. Bukan nak siasat dulu ke sebagainya. Perempuan pun boleh naik menyampah dengan sikap dia.
 
3. Lelaki tak kacak
Perempuan ni sesetengahnya ada yang memilih. Kalau muka macam kambing gurun tu memang cepat cepatlah perempuan reject. Tapi salah lelaki jugalah. Dah tahu muka tu tak berapa nak market, pakailah smart smart biar perempuan terpikat. Minyak wangi, baju lawa dan seluar jean baru bukannya mahal sangat sekarang ni.
 
4. Lelaki kaki pukul
Kalau nak dibandingkan dengan lelaki panas baran, lelaki kaki pukul ni lagi hantu la. Aku pernah sendiri tengok si boyfriend belasah awek dia gila gila. Kaki, tangan, siku semua naik. Meraung macam tengah sakaratulmaut aku tengok perempuan tu. So, lelaki macam ni memang tak layak dan tak patut dipilih sebagai suami. Kalau belum kahwin dah semua naik, dah kahwin mesti si isteri jadi pelanggan tetap hospital kerajaan.
 
5. Lelaki kedekut
Berlambak kali kita dengar pasal lelaki yang tak pernah nak hadiahkan pasangan dia sesuatu sebagai tanda cinta. Bunga tak pernah bagi, coklat tak pernah bagi waima belanja makan pun tak pernah! Bagi lelaki jenis ni ''duit dia duit dia, duit aku duit aku''. Kalau macam ni lah gayanya mesti lepas kahwin semua makanan kena catu. Setahun makan ayam 3 kali,ikan 5 kali dan sayur 10 kali. Yang hari hari lain mendatang makan nasi dan kicap saja.
 
6. Lelaki pelik
Bukannya pelik dari erti kata pelik sebenar tapi dari pegi perbuatan. Bila dating je dia mula start ulas pasal benda tak patut. Sepatutnya beromantik tapi ni dia cerita pasal The Second Law of Thermodynamics, Typhoid Mary, Iraq's WMD dan Theory of Heliocentricity. Macamlah awek dia tu faham dan berminat. Perempuan tu nak kasih sayang bukannya sijil Ph.D. 
 
7. Lelaki banyak awek
Oleh kerana aku ni lelaki dan banyak memerhati so aku boleh safely kata yang 80% lelaki yang ada ramai awek ni dah banyak kali tidur dengan perempuan. Lelaki ni nafsu dia lain macam sikit. Dia bukan ikhlas nak buat awek dia tu jadi isteri pun, setakat nak main main je. So,orang macam ni memang perempuan takkan buat suami. 
 
8. Lelaki bi
Ni aku tak boleh kata semua perempuan tolak. Dah banyak aku tengok family yang aman harmoni hidup bahagia walaupun si suami tu biseksual. Si isteri yang tahu pun rasa biasa je. Tapi bagi sesetengah perempuan mereka rasa geli dengan boyfriend mereka bila si lelaki mengaku dia minat kat lelaki juga. Lelaki tu dianggap sebagai tak macho, lembut dan lain dari yang lain. Tak boleh nak kata apa la. Nak salahkan lelaki tak boleh. Tengok isi hati perempuan saja lah.
 
9. Lelaki tak matang
Apa rupanya bila bakal suami kau asyik berkawan dengan budak yang jauh lagi muda, tengok kartun memanjang, main PS2 dan makan tidur saja setiap malam? Tak boleh jadi suami langsung! Pemikiran macam budak budak. Perempuan pun mulalah terfikir ''Kalau dia la jadi suami aku, apa lah jadi anak aku nanti? Jadi manusia ke jadi hantu?''
 
10. Lelaki tak beriman
Hehe. Ni aku tak boleh kata apa sangatlah. Aku pun bukan beriman sangat tapi atas dasar neutral dalam penulisan kena tulis juga. Perempuan mahukan lelaki yang solat cukup 5 waktu sehari semalam, rajin ke surau, selalu membantu orang lain dan sebagainya. Tapi kalau si bakal suami perangai macam saudara syaitan, perempuan terus reject. Kalau ada sisa sisa kebaikan dalam diri okey lagi la tapi ni memang jahat nak mampus! 


Jadi, apa pendapat anda tentang sepuluh jenis atau sifat lelaki ini, yang akan seboleh-bolehnya mahu dielakkan oleh perempuan? atau hanya sesetengah sahaja boleh diterima lagi dan selebihnya tidak? kenapa?
 
Sumber: Email

5 comments:

mieza said...

kalau boley nak elak yg panas baran ngan lelaki bi tu..lelaki kaki pukul pn nak elak gak..sme nak elak la..hehe

fefiqah said...

terbaik~

lelaki kaki pukul patut letak no satu!..hehehe

lelaki busy body pon pmpn xsuke gk ekeke

adam said...

hehehe.. thanks sebab komen...