Cara Mendapatkan Cinta Sejati Dan Jangan Sakiti Hati Orang Lain Dengan Cinta Palsu

4:51 PM adam 3 Comments


Cinta adalah anugerah dari Tuhan yang maha esa yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Cinta antara lelaki dan perempuan telah ada sejak manusia pertama turun ke dunia hingga sekarang. Cinta merupakan penyedap hidup yang sementara ini, yang dapat memberikan kebahagiaan yang sejati.

Cinta memang dapat membawa suka dan juga dapat membawa duka bagi orang-orang yang merasakannya. Berbagai permasalahan cinta tercipta dari yang ringan hingga yang berat seperti cinta pada pandangan pertama, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta segi tiga, cinta monyet, cinta harta, cinta palsu dan cinta-cinta lainnya yang membuat dunia ini begitu menarik.

Pada pendapat Adam cinta itu adalah sesuatu yang amat kompleks dan sebaiknya anda tidak bermain-main dengannya. Bermain cinta memang menyenangkan bagi sesetengah orang. Akan tetapi kesan buruk yang dapat ditimbulkan bagi orang yang cintanya dipermainkan menjadi sangat tidak menyenangkan.

Untuk itulah kita harus menghargai cinta dan hormati cinta agar kita ataupun orang lain di sekitar kita tidak terluka kerana cinta. Berikut ini adalah tips bagaimana caranya supaya kita dapat menikmati cinta tanpa melukai orang lain.

1. Jangan jadi playboy/playgirl dan jauhi playboy/playgirl
2.Jika tidak suka atau hanya menganggap sebagi kawan jangan kita membuat perkara yang menunjukkan kita seolah-olah menyimpan perasaan padanya.
3. Katakan cinta jika kita yakin dia adalah pasangan hidup kita
4. Cinta dan nafsu berahi adalah dua hal yang berbeza (no free sex)
5. Carilah orang yang baik, setia, jujur dan cinta kepada kita
6. Jangan bercinta/menikah sebelum dewasa (21 tahun ke atas – agak mustahil)
7. Kejarlah cinta sampai ke negeri Cina, berjuanglah demi cinta
8. Berbagilah cinta dengan orang-orang di sekitar kita
9. Cinta tidak harus memiliki. Lupakan dan cuba lagi apabila gagal
10. Bina cinta yang ada hingga nafas terakhir selamanya
11. Jangan pernah sakiti orang yang kita cintai dengan alasan apapun
12. Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan wang tapi pengorbanan
13. Tuhan telah memberikan anda jodoh, temukanlah cinta anda
14. Cinta harus direstui agama, hukum, keluarga & masyarakat

Jangan sesekali menyakiti hati orang lain tidak kira lelaki mahupun perempuan kerana mereka memiliki akal fikiran, perasaan dan deria rasa sehingga mereka akan patah hati dan terluka jika kita mengecewakannya. Orang yang rapuh akal dan imannya berkemungkinan mati bunuh diri kerana cinta. Orang yang dendam dapat melakukan tindakan yang melampaui batas-batas kemanusiaan. Oleh karena itu berhati-hatilah dengan cinta.

Semoga hidup anda menjadi indah dengan cinta. Adam doakan yang terbaik untuk kalian semua. Jom komen-komen dengan Adam yer..

KLIK BAWAH NI YER

3 comments:

anGah said...

ada ke kejar cinta sampai ke negeri cina? wowwww :)

adam said...

hahaha... sebab kekasih hati ajak shopping kat guanzhou..

Unknown said...

menarik~