Belajar SEO.. Perlu ke??

7:49 PM Adam Narzuan 3 Comments


Hai semua,
Korang tau tak pa itu SEO... Ramai sangat yang pakat-pakat sebut SEO, belajar SEO, Rahsia SEO dan sebagainya.. Apa itu SEO yang sebenarnya??? Bagus ke untuk kita.. Apa kebaikannya...

SEO adalah singkatan daripada "Search Engine Optimization" adalah himpunan kombinasi teknik-teknik yang membolehkan website anda berada pada kedudukan paling tinggi dalam search engine seperti Google, Yahoo dan MSN.

Mengapa perlu berada pada kedudukan teratas dalam search engine?
Majoriti pengunjung-pengunjung website ketika ini adalah kebanyakannya 'dibantu' oleh search engine komersil seperti - Yahoo!, MSN, Google, AskJeeves dan beberapa syarikat search engine yang lain.
Berada setapak dihadapan pesaing-pesaing anda boleh menyebabkan keuntungan yang berlipat ganda. Secara logiknya, pengunjung akan klik pada keputusan teratas berbanding website yang berada di tangga kedua.9 daripada 10 pengguna search engine klik pada website yang berada di tempat teratas setiap keputusan carian..Untung kan kalau SEO menjadi...

Jika website anda tidak dapat dikesan oleh search engine atau website anda tidak berada dalam "database" mereka, anda akan terlepas satu peluang yang sangat besar yang diberikan oleh search engine kepada semua website - orang yang mahukan informasi/produk yang anda tawarkan. 

Samada website anda menyediakan isi (content), perkhidmatan, penjualan produk atau informasi am, search engine tetap menjadi pilihan utama navigasi kebanyakan pengguna Internet masa kini. Oleh itu, adalah sangat penting website anda berada pada kedudukan TERATAS atau sekurang-kurangnya 'page' yang pertama dalam keputusan search engine untuk sesuatu 'keyword'.Anda boleh realisasikannya dengan SEO atau search engine optimization.

Namun mempelajari SEO bukanlah sukar sekiranya berilmu.. Tapi tanpa ilmu pasti semuanya sukar... So macam mana.. Adam sekarang dalam mood untuk belajar pasal SEO ni... So kalau korang pandai tolong ajar yer... Hehehe..

3 comments:

diana said...

tak berapa berminat nak buat entry seo..
biasanya entry seo kurang komen..
akak lebih pentingkan komen berbanding traffic..
jadi buat masa sekarang tak rasa nak ikut seo sangt...

Kaio said...

good job. teruskan usaha. aku pun tgh belajar.

www.kaio.my

ape yg saya taw dalam entry wat simbol yang mcm nie : |