Secawan Kopi dan Pakcik

5:06 PM adam 0 Comments

Situasi:
#1. Cafe, di kelilingi oleh beberapa pelajar menengah yang sedang makan tengah hari sambil berbual mengunakan talipon bimbit.
#2. Pakcik yang berwajah iras seperti seorang yang berbangsa China sedang makan nasi bergulai.

Kejadian
Aku: ” Anak sekarang bertuah kerna kemudahan banyak disediakan” sambil menghirup secawan kopi jantan.

PakCik: “Orang Melayu dahulu susah nak dapat kerja, orang Melayu dahulu Papa Kedana” Adik tahu bagaimana perkataan Papa Kedana tu wujud?”

Aku: Diam dan geleng kepala, tanda tidak pasti.
PakCik: “Dulu orang Melayu je Papa Kedana, susah nak dapat kerja. Tu sebab perkataan Papa Kedana ini wujud dikalangan orang Melayu je, sebagai melambangkan kesusahan. Kalau dapat lulus darjah enam, bertuah dan ada peluang merasa untuk kerja di opis. Gaji RM300 tu boleh sara satu keluarga termasuk ayah-mak mertua”

Aku: Senyum dan mendergar terus cerita dari Pakcik
PakCik: “Dulu nak dapat peluang meniaga, susah. Kemudahan tiada, nak cari modal tiada orang nak pinjamkan. Orang Cina dia orang lain, dia orang saling bantu-membantu dan tanam sikap berniaga tak macam orang Melayu”. Orang Cina dahulu ada persatuan, kalau dia berbangsa Chong Hwa maka dari persatuan Chong Hwa dia akan dapat bantuan pinjaman dan sokongan”. “Orang Melayu ada bank, tapi kebanyakan Bank tu menyusahkan orang Melayu je”

Aku: Diam dan mendengar sahaja.
PakCik: “Sekarang kemudahan dah ada, orang Melayu patut ambil peluang belajar dan berusaha bersungguh-sungguh.”

Aku : Mengangguk kepala sambil mengatakan, ya.

Tammat.

Kejadian tersebut berlaku  sewaktu aku menumpang meja pakcik yang sedang enak makan sambil memerhati gelagat anak muda yang baru pulang dari sekolah berdekatan.

Kesimpulan:
Hargai dan pelajari dari sejarah yang lalu. Kenali diri dan jangan lupa asal-usul kita. Walaupun gaya luahan hati Pakcik itu kelihatan santai-tegas, aku merasakan pakcik tersebut sedikit dukacita pada orang Melayu terutamanya yang tidak tahu menilai dan belajar dari sejarah yang lepas.

0 comments: