Bahana kad kredit|golongan professional tak terkecuali

3:17 PM adam 0 Comments


Laporan Bank Negara mendedahkan hampir separuh daripada pemegang kad kredit yang diistytiharkan bankrap adalah mereka yang berusia dibawah 30 tahun. Mereka muda dan mewah, tetapi lemah pengurusan kewangan. Kad kredit hanya mengundang malapetaka jika anda tidak pandai menguruskannya dengan professional.

Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan professional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis. 15 peratus daripada hampir 40,000 individu yang menyertai program pengurusan kredit Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun.

Muda-muda lagi sudah menanggung beban hutang dan kemungkinan diisytiharkan muflis itulah bahana kad kredit jika hanya pandai guna sahaja. Jom kita ikuti kisah cerita sebenar yang pernah berlaku untuk kita jadikan sebagai iktibar dan pengajaran supaya sentiasa berhati-hati. Kita tak nak kaya dalam beberapa tahun saja tetapi biarlah dalam jangka masa yang panjang.

Kisah Tuan Z
Di bawah akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah Rm30,000 setiap pemiutang. Tuan Z adalah seorang peguam yang berjaya. Masih lagi bujang dan hanya mempunyai seorang tanggungan iaitu nenek. Pada usia 30 tahun dia telah pun memiliki satu kereta sport, satu kereta mewah dan dua kondominium hasil dari titik peluhnya.
Dia mempunyai mentaliti sanggup berusaha menghadapi rintangan dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini beliau.Dia juga percaya kepada falsafah wang boleh membeli apa saja.Tuan Z memang gemar dengan perhatian yang diberikan orang ramai apabila melangkah bergaya dengan pakaian lelaki lengkap ditempah khas. Gaya hidup mewah kesukaan terhadap barangan berharga dan berjenama sebegini turut menjadi ikutan ramai golongan professional.

Kalau Tuan Z sempat belajar sedikit ilmu kewangan pasti dia akan tahu bahawa banyak harta tidak bermaksud banyak tunai. Istilah empat paksi kewangan ialah asset, liability, wang masuk dan wang keluar langsung tidak dihayati.
Dia banyak bergantung kepada kad kredit dan hampir kesemua perbelanjaannya dibiayai kad kredit. Tuan Z taksub dengan bilangan digit pendapatannya, tidak sedikit pun bimbang dengan tsunami yang bakal mendatang.

Salah guna kemudahan
Kemudahan mendapat pinjaman wang satu penghargaan dari segi kewangan, telah disalahgunakan oleh Tuan Z. Apa yang dia tahu adalah berbelanja dan mendapatkan apa yang dingini. Tanpa disedari  dia terjerat di dalam pasir jerlus hutang kombinasi 3-C  (condo,car,credit card). Jumlah pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dank ad kredit ahkirnya mencecah RM380,000.
Pada mulanya Tuan Z tidak percaya bebanan hutang yang ada dihadapan matanya. Dia tidak faham kenapa seseorang yang mempunyai pendapatan sihat boleh terjebak dengan bebanan hutang yang banyak. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengendahkan hutangnya tetapi semakin dielak semakin ngeri igauan yang ditanggungnya. Akhirnya Tuan Z mengaku tewas lalu mendapatkan perkhidmatan  dari AKPK.

Jalan penyelesaian
Jual salah satu hartanah kepunyaannya demi meringankan beban hutang  bulanan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal  dan dia bersetuju serta strategi di atur untuk menyelamatkannya dari terus dibebani hutang di masa depan.

Dari segi liabiliti AKPK telah  berjaya menyelamatkan sejumlah 45% daripada bayaran bulanan hutangnya. Berbekalkan pendapatan bulanan yang mantap dengan keinsafan baru, Tuan Z kini melalui kehidupan dengan sejahtera  meskipun masih belum lepas sepenuhnya dari mulut harimau.

Jika kita kaji corak penyata aliran tunai semua penduduk didunia ini lahirlah hukum berikut “jika kita boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak lima peratus seminggu kita boleh jimat 20% menjelang akhir bulan”
Itulah kisah yang boleh dijadikan sebagai pedoman untuk kita semua. Berbelanja memang enjoy tapi time nak bayar hutang kad kredit memang liat. Jadi fikirkan dahulu jika anda mampu sekalipun tapi ilmu pengurusan kewangan anda lemah baik lupakanlah niat untuk menggunakan kad kredit. Semoga kita terselamat dari perkara-perkara yang boleh membahanakan diri.

Sumber- Sunthasa segar, dan dipetik dari http://khairulizuan.com/

0 comments: