Lelaki Semuanya Sama Jer !!!! Betol ker??

12:13 PM adam 0 Comments

Salam sejahtera...


Hari ni Adam nak sentuh sket berkaitan tajuk post ni.. Tapi awal-awal lagi Adam nak ingatkan bahawa apa yang Adam tulis ni sekadar pandangan peribadi Adam jer.. Don't try this at home.. hahaa


Selalunya kita akan dengar istilah yang macam Adam letakkan pada tajuk post 2.. Biasanya daripada wanita-atau gadis-gadis yang ditinggalkan. Alasannyer sume laki same. suka main kayu tiga, kayu empat or ape-ape laa...

Sesetengah perempuan.. Apabila sedang hangat bercinta, seluruh alam nama pakwenya dijaja.
Dalam facebook dan sidebar blog penuh dengan gambar pakwe dia. Bila dah terlampau sayang, kentut pakwe dia pun wangi. Justin Biebier mengorat pun buat bodoh je. Setia la katakan.

Tapi, kalau putus? Seluruh kaum Adam dipersalahkan. Dicaci makinya. Statement wajib yang akan keluar ialah, "LELAKI SEMUA SAMA! AKU BENCI LELAKI!". Elok ker?? Kenapa perlu salahkan semua lelaki kat dunia ni? Statement tersebut terlalu umum.Adam agak sensitif dengan statement tu. Seolah-olah bapa, atuk, abang or adik lelaki dia tu bukan lelaki. Para nabi, rasul bukan lelaki? Bila ditegur, kebanyakkan mintak Adam fikir secara matang mengikut keadaan. Matang? Statement macam tu matangkah?

Nasihat Adam bercakap jangan main lepas dan terlalu mengikut perasaan. Takkan kerana jantan setitik, habis rosak lelaki sebelanga? Tidak semua lelaki berperangai buruk macam lelaki yang anda kenal tu. Adam tahu anda terlalu emosi masa tu. Tapi, gunalah akal dengan waras.
Sekurang-kurangnya, cakap anda benci bekas-bekas pakwe anda dahla!. Sebab kalau anda cakap sume lelaki same bermakna, pak imam, pak bilal, ustaz-ustaz pun sume same laa.... Renungkan balik yer..

Macam mana sekiranya Adam buat statement, "POMPUAN SEMUA SAMA SAJA!
AKU BENCI POMPUAN!". Ape yang anda rasa? Rasa nak maki tak? Tapi tak mungkin Adam cakap macam  sebab mak Adam pompuan jugak. Syurga di bawah tapak kaki ibu..! Adam pun pernah jugak dikecewakan, frust menonggeng. Tapi takdela nak persalahkan semua kaum pompuan. Lelaki pun sama! Kalau rasa tak mampu nak berikan sepenuh kasih sayang, janganlah bagi harapan dan lukakan hati seseorang perempuan tu. Perempuan kan sensitif. Kalau nak bercinta, salinglah memahami. Jangan habis madu, sepah dibuang.

Dan jangan terlalu obses dengan kaum masing-masing sehingga nak dijadikan perdebatan siapa paling hebat. Wanita selalu cakap, kalau diorang takde, kita semua tak dapat dilahirkan. Tapi tanpa kaum lelaki wanita tak boleh mengandung jugak. Perlu anda ingat , kita ni manusia biasa, tak kira lelaki mahupun perempuan pasti akan membuat kesilapan. Dan jangan menghukum semua pihak kerana kesilapan segelintir sahaja. Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Pendek kata, kita saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain.

Ampun maaf dipinta. Salah silap harap dimaafi. Sebarang teguran amatlah dialu-alukan. Sekian..
AN : Wanita bukan dijadikan dari tulang kepala untuk dijunjung. Tapi, wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki yang dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dicintai.

0 comments: