Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Adalah Seorang Usahawan
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah adalah seorang Usahawan, Pakar Motivasi, dan Pakar Rujuk…Beliau pernah membicarakan tentang bagaimana untuk menjadi Usahawan Yang Terbilang.
Berikut adalah beberapa rumusan berkenaan perkara tersebut:
1. MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS.
Terutama kepada mereka yang baru/ingin/sedang menjalankan perniagaan, matlamat yang jelas adalah amat perlu. Ramai juga yang menceburi perniagaan kerana pengaruh orang lain semata-mata. Mereka sendiri tidak jelas mengapa, apa, dan bagaimana menjalankan perniagaan. Untuk matlamat yang jelas pastikan:
a) Matlamat anda spesifik contoh “Ingin menjana pendapatan sampingan sebanyak RM 300 setiap bulan dalam masa 1 tahun.” Spesifik bukan?
b) Matlamat anda boleh diukur seperti contoh kenyataan di atas…RM 300, tiap bulan, satu tahun, dan sebagainya.
c) Matlamat anda memang munasabah bukan mimpi…RM 300 tiap bulan…MUNASABAH!
d) Matlamat anda dikawal oleh diri anda sendiri bukan dikawal atau ditentukan pihak lain contohnya kawan-kawan, rakan niaga, isteri, mak saudara…tapi untuk mencapai matlamat berganda(dalam kumpulan) perlu ada matlamat yg satu.
e) Matlamat anda mempunyai faktor masa dan bukan sesuatu yang ingin anda capai ‘DI SUATU HARI NANTI'…
2. BUAT PENGORBANAN
Bukan! Bukan korban ketika Aidiladha, korban lembu atau kambing tapi anda perlu korban masa untuk belajar dan bergiat dalam usaha niaga anda, anda perlu korban tenaga ke arah menjayakan usaha anda, dan anda perlu korban wang ringgit sebagai pelaburan dalam bisnes anda. Sanggup? Kalau mahu berjaya…
3. RANCANG USAHA ANDA PERINGKAT DEMI PERINGKAT
Cuba melakukan usaha niaga sekaligus adalah seperti Pak Pandir dan Lebai Malang yang mahu ke kenduri di muara sungai dengan mengayuh perahu ketika air pasang…badan saja letih, lenguh segala anggota, kenduri terlepas! Buat perancangan teliti peringkat demi peringkat. Pecahkan perkara-perkara besar kepada langkah-langkah lebih kecil yang senang diurus.
Contohnya anda ingin belajar copywriting. Harini belajar tulis ‘headline’, lusa belajar tulis kandungan, tulat belajar buat penutup. Lepas tu belajar bagaimana nak letakkan iklan di laman web…langkah demi langkah.
4. KAWAL PERASAAN
Di awal penglibatan dalam sesuatu usaha niaga, jika pulangan dari hasil usaha tak seberapa, perasaan ‘baik undur diri’ mula menguasai. Berhenti! Jangan biarkan perasaan NEGATIF itu menguasai diri.
5. JADI SEORANG YANG FLEXIBLE
Jika anda melakukan sesuatu dan apa yang anda dapat daripada tindakan tersebut tidak menepati jangkaan anda, dengan mengulangi tindakan serupa..keputusannya pasti TIDAK akan berbeza. Faham? Kalau mahu hasil berbeza, buat tindakan lain…gunakan cara berbeza. Cara berbeza, hasilnya pun berbeza.
6. BELAJAR DARI KESILAPAN
Jangan mengeluh atau menyalahkan diri sendiri dan org lain jika kita gagal dalam cubaan-cubaan untuk kita berjaya. Kaji mengapa kita gagal dan perbaiki. Kemudian teruskan dengan cubaan lain dengan cara yg berbeza dan semangat yg sangat positif.
7. PUBLISITI
Bergaul dengan orang-orang yang positif dan yang akan membantu anda. Berkenalan dengan seramai mungkin supaya semua orang kenal kita walaupun kita masih belum berjaya.Sertai forum. seminar, latihan, atau apa sahaja yang boleh mengeratkan silaturrahim dan dalam masa yg sama kita semakin dikenali.Jangan malu-malu…
8. TIRU RUTIN DAN BERGAUL DENGAN ORANG YANG BERJAYA
Langkah ini amat penting. Anda takkan tahu dan mahir semua perkara tentang perniagaan. Mungkin anda tahu bidang-bidang lain. Jadi, kemahiran anda dicampurkan dengan kemahiran orang lain yg berjaya, pasti membuahkan sesuatu yang diluar jangkaan anda kelak. Itu pilihan dan langkah yang lebih bijak.
9. DORONG DIRI ANDA SECARA BERTERUSAN
Pada saya, cara terbaik dorong orang lain adalah dengan mendorong diri sendiri. Ia juga sebagai salah satu cara dorongan berterusan.
10. KELILINGI DIRI ANDA DENGAN KOMUNITI USAHAWAN BERJAYA
Dalam artikel saya yang terdahulu, saya ada menggariskan empat kata kunci kejayaan (Siapa Lagi Yang Mahu Berjaya Dengan 4 Kata Kunci) dan salah satu dari kata kunci tersebut ialah Rakan.
Rakan yang berjaya akan mendorong rakan yang lain untuk berjaya juga dan mereka inilah sumber ilmu, sumber rujukan, dan ‘pakar motivasi’ terbaik yang anda perlu ada. Lagi ramai, lagi baik.
10 rumusan ini adalah interpretasiku sendiri tentang rakaman ‘50 Langkah Bijak Usahawan Terbilang’ oleh Pakar Motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
Jika sesiapa yg sedang dan akan berniaga, cuba lakukan 10 rumusan ini dan lihat hasil serta perbezaannya. :)
1 comments:
Amat menarik..mohon kebenaran share
Post a Comment