Perempuan Cakap Berbelit

8:01 AM Adam Narzuan 6 Comments


Perempuan , kebiasannya sukar melontarkan kata-kata ataupun membuat keputusan secara jelas. Tambahan pula kalau dengan orang yang tersayang. Mereka lebih suka berkias untuk menyatakan sesuatu.. Tak percaya ker?? Jom tengok contoh kat bawah..

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 
So cmne?? Betul tak apa yang Adam cakap tu.. Komen la sket2 yer.. hehehe.. Jangan marah tau. Nanti kena jual...

6 comments:

mizzkechique said...

ni bukan berbelit, tp lbh kpd kiasan.. hehehe

AyueJean said...

hahhahahah.... ade btlnye kot.....
Tp tang last tu, klu bg kt ayue x de berkias dh...
mmg trus keluar pedang samurai...
Bleh????? hhehehe...

bukan belit double meaning kot

Edy Zaidi said...

Please vote for Www.danielzaidi.com in MITBCA2012 : Malaysia International Tourism Photography/Art Blog

Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year

Thanks guys for your helps...really appreciate it! LOVE U lah..:p

banyak yang tak sesuai ngan mas. just no 1 ,4 & 5 je kut. yang lain xla.

adam!!hidden tak..k bai..:)