10 Perkara Hadapi Pasangan Datang Bulan
Datang Bulan atau pun haid pastinya akan di alami oleh wanita akil baligh. Dan kebanyakkan wanita mengalami masalah senggugut ataupun "period pain". Pada masa inilah setiap masalah kecir boleh meletus menjadi besar kerana pada masa ini keadaan hormon wanita dalam keadaan tidah stabil.. Chewahh.. Macam Dr sakit puan kan.. hehehehe.. "Dalam sebulan, 2,3 hari, angin depa mesti naikkk!!".. Teringat lagi dialog tu.. So kepada sang jejaka, waktu ini bukan masa untuk anda bersikap dingin ok.. Hargai mereka.. Hehehe.. Jom cuba aktiviti kat bawah.. Anda memang lelaki kacak kalau berjaya buat ni.. hehehe..
1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu
2. Nyatanya kehadiran Haid bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu..
3. Lelaki sering terkena leteran tentu merasakan kedatangan period pasangan bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih. Kata sayang kan?? sabor je laa.. hehehe
4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengatakan bahawa badannya sudah seperti guni beras.. Berterabur laa beras kat rumah tu..
6. sebaik-baiknya bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.
7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara
8. Adakah lebih baik kamu pelajari kitaran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.
9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia baka meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat..Hahahahahaha.. Takpun guna Availl.. Tapi bukan lampin dewasa ok.. hahaha..
1 comments:
prihatin2....
hehheheheh...
tp x semua sabar lyn karenah ppuan period nih...
Nak2 yg moody tahap extreme nye.... =D
Post a Comment