Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat

10:55 AM adam 0 Comments

Salam Sejahtera

Cerita saya  kali ini adalah mengenai seorang kawan lama yang baru saya jumpa semula di sebuah kedai mamak. Dia nampak bergaya sekali. Dia masih ingat lagi kat saya . Kami bersembang panjang dan saya bertanya tentang pekerjaannya, dia menyatakan yang dia adalah seorang ahli perniagaan yang agak berjaya. Dia telah mempunyai sebuah syarikat yang mengimport barangan dari luar negara untuk dipasarkan disini.

Saya tahu yang dia ni memang minat berniaga sejak dari sekolah lagi. Dia pernah berkata pada saya yang dia akan menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya suatu hari nanti, masa tu dia hanya bekerja di kilang yang berdekatan dengan kampung kami. Ramai kawan-kawan saya ketawakan dia bila dia berkata begitu. Tapi saya tahu yang dia pasti akan capai apa yang dia impikan sebab dia nampak begitu bersungguh-sungguh dalam hal ini. Sayalah orang yang mendorongnya untuk mencapai cita-citanya. Banyak nasihat saya berikan padanya sebab tu dia masih lagi ingat akan saya.

Sejak dari dulu lagi saya lihat dia adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang besar dan sungguh bersemangat untuk mengejar cita-citanya.

Jadi, apa yang saya  nak katakan disini ialah untuk berjaya kita perlu ada matlamat dan usaha untuk mencapainya. Kalau kita buat sesuatu tanpa ada matlamat ibarat mendayung sampan di tengah lautan tak tahu ke mana arah yang nak dituju. Kita kena ada matlamat sebab kalau tak ada matlamat, kita tak tahu tujuan kita.

Jika kita ingin melakukan sesuatu, kita perlu tahu untuk apa kita lakukannya baru kita dapat mencapai apa yang kita inginkan. Untuk mencapai matlamat, biarlah ianya spesifik dan boleh dicapai. Jangan pula kita merancang matlamat yang tidak boleh dicapai. Ini akan menyusahkan diri kita kelak.

Kita semua boleh berjaya kalau kita bijak merancang matlamat kita. Biarlah orang kata kita ni angan-angan Mat Jenin. Tapi kita bertindak untuk mencapai apa yang kita angankan. Perkara yang paling penting untuk mencapai matlamat ialah tindakkan. Bertindaklah sekarang agar matlamat anda tercapai.

0 comments: