Punca Gagal Dalam Bisnes Networking dan Bagaimana Mengatasi Kegagalan
Semakin ramai rakyat Malaysia yang meminati perniagaan bersifat networking tetapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya. Ini satu fenomena yang menakutkan tetapi sebenarnya ia tidaklah sampai boleh membunuh industri networking di negera ini. Adakah anda berasa hairan? Orang yang baru menceburi bidang ini tentu beranggapan sedemikian.
Sebenarnya dalam apa juga bidang perniagaan, lebih ramai yang gagal daripada mereka yang berjaya. Ini kenyataan dan juga fakta. Kita perlu sedar bahawa 95% daripada manusia di atas muka bumi ini adalah tergolong dalam orang-orang yang GAGAL dalam kehidupan dan hanya 5% sahaja yang BERJAYA. Jadi kita tidak perlu berasa hairan! Cuma, kita yang perlu letakkan diri kita dimana: 95% atau 5% ?
Sebagai manusia yang diberikan akal dan fikiran maka kita perlulah fikiran untuk berfikir maka kita perlulah berfikir dalam setiap tindakan yang kita ambil. Mengetahui punca-punca kegagalan adalah pokok utama di dalam kita memperbetulkan diri kita. Begitu juga dengan bidang perniagaan yang kita ceburi. Dalam kontek ini, mari kita bicarakan dari sudut perniagaan networking yang bersistem.
Networking adalah suatu bentuk perniagaan yang mempunyai potensi besar untuk pergi jauh. Ada pemimpin negara kita berpendapat dan berpandangan bahawa industri networking akan menguasai dunia dan amat malang sekali jika ada yang berpendapat industri ini tidak akan sampai ke mana, senang cakap tak boleh pergi jauh.
Dimana mana-manapun orang akan bercakap tentang networking, tetapi sejauh mana mereka mengenali dan benar-benar faham akan industri ini? Satu persoalan yang patut kita tanyakan kepada mereka. Bercakap dengan memahami adalah berbeza dengan pandai bercakap tetapi tidak memahami. Berikut adalah beberapa factor yang mengundang kegagalan.
1. Sikap Individu Sendiri.
Sikap individu yang menyertai perniagaan networking itu sendiri yang menjadi punca utama kepada kegagalan. Kebanyakkan mereka tidak memahami akan indutri yang mereka ceburi. Mereka kebanyakannya hanya mengikut kawan dan mungkin kerana belas kasihan kepada kawan. Ada sesetengahnya cuma hendak cari untung cepat tanpa memikirkan sama ada ianya berpanjangan ataupun tidak.
Ada juga yang bukan didorong oleh kawan tetapi mereka masih juga gagal kerana ada satu pentakit di dalam diri mereka iaitu MALAS! Malas hadir perjumpaan ilmuan, malas menimba ilmu, malas nak kongsi perniagaan dengan orang lain, malas untuk menjadi kreatif dan paling malang lagi adalah malas untuk mengubah disiplin diri.
Mereka yang malas ini tidak mungkin boleh berjaya dalam kehidupan. Sebab, kalaupun tahu gaji yang di perolehi setiap bulan hanya sekadar cukup makan sedangkan diluar sana terlalu banyak peluang-peluang yang boleh mengubah kehidupannya sekeluarga, tetapi oleh kerana sikap malas telah menguasai diri, dia akan menjadi manusia yang rugi seumur hidup.
Cara Atasi
Pertama sekali, individu tersebut perlu mengubah persepsi mereka terhadap potensi industri networking, mereka perlu melihat bahawa industri networking adalah satu perniagaan yang berdaya maju dan mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai salah satu punca kewangan.
Kedua, individu tersebut perlu mendisiplinkan diri mereka untuk menukar sikap malas kepada sikap rajin. Rajin hadiri majlis ilmu, rajin mengikuti kursus dan latihan yang disediakan oleh pihak syarikat, rajin mencari rakan perniagaan baru dan sebagainya. Fahami sistem perniagaan networking, kerja mengikut sistem dan semua ini anda boleh dapat dengan mengikuti latihan yang berterusan.
Seperkara lagi, kenal pasti prospek anda. Lihat kepada kemahuannya, bukan kemahuan anda. Jika mereka memilih duit, terus kepada bagaimana membuat duit tetapi kalau mereka lebih kepada produk, maka terangkanlah produk. “Look at Peoples Needs”.
Jika individu tersebut benar-benar merubah sikap yang negatif kepada yang positif maka tidak mustahil mereka beroleh kejayaan kerana untuk berjaya setiap individu tersebut perlu sentiasa menjadikan diri mereka orang yang positif.
2. Memilih Pemimpin
Ini juga merupakan salah satu punca utama seseorang itu boleh gagal dalam perniagaan networking. Kebanyakkan daripada kita memasuki sesebuah syarikat networking adalah disebabkan diperkenalkan oleh seseorang kepada kita.
Cara persembahan yang meyakinkan membuatkan kita terpegun dan tanpa banyak berfikir terus bersetuju untuk menyertai sebagai ahli. Ingat, pemimpin dalam industri networking ini ada 3 jenis:-
- Pemimpin High Class- Pemimpin jenis ini memang benar-benar ikhlas untuk membantu kita berjaya sebagai usahawan networking. Mereka sanggup bersusah-payah untuk membimbing, melatih serta memberikan tunjuk ajar kepada kita sehingga kita mampu berdikari dan seterusnya berjaya.
- Pemimpin Medium Class- Pemimpin jenis ini kurang ilmu untuk dicurahkan kepada kita. Masih bergantung kepada orang lain terutama pihak syarikat untuk membantu kita dan hanya akan memberikan fokus kepada ahli yang aktif sahaja. Senang kata, pemimpin jenis ini mengambil jalan mudah tidak suka untuk membantu membina kumpulan atau ahli yang lemah.
- Pemimpin Low Class- Pemimpin yang langsung tidak boleh diharap. Pemimpin jenis ini selepas berjaya melakukan penajaan mereka akan membiarkan kita terkapai-kapai. Yang bahayanya mereka sentiasa melompat dari satu syarikat kepada syarikat yang lain. Kemudian dia pindah kepada syarikat yang lain. Kemudian dia pindah lagi kepada syarikat yang lain. Tiada fokus!
Oleh yang demikian, memilih pemimpin juga amat penting kerana jika tersalah pilih kita juga yang menerima padah kegagalan. Biarpun kawan baik tetapi jika dia pemimpin Low Class lupakan percakapan tentang networking.
3. Syarikat Yang Disertai.
Syarikat juga adalah merupakan punca kepada kegagalan anda semasa menjalankan perniagaan networking. Ada di kalanngan pemilik syarikat yang tidak ikhlas dengan perniagaan mereka. Mereka tahu bahawa industri netwoking boleh menjadikan mereka jutawan segera lalu mereka membuat satu sasaran dan apabila sasaran berjaya dicapai., mereka menutup operasi syarikat dan yang menjadi mangsa adalah ahli.
Ada juga syarikat yang menganiaya ahli terutama ahli yang berpendapatan besar. Syarikat akan mencari kesalahan ahli tersebut sehingga membawa kepada pembatalan keahlian. Apabila ini berlaku, maka ahli akan mengalami kerugian dan syarikat memperolehi keuntungan. Kes- kes seperti ini sudah banyak berlaku.
Cara Atasi
Cari syarikat yang ada potensi untuk pergi jauh, berwawasan seta mempunyai perancangan yang teratur. Sebelum membuat keputusan, jumpa pegawai tertinggi syarikat dan bertanyakan beberapa soalan seperti lesen AJL, latar belakang Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai-pegawai syarikat dari segi pengalaman dalam industri networking.
Maklumat-maklumat sedemikian amat penting kerana tanpanya, bagaimana kita tahu benar atau tidak sesebuah syarikat itu untuk menjalankan perniagaan.
Pastikan syarikat menggunakan satu sistem yang dapat membantu kita menjalankan perniagaan dengan cepat dan menyenangkan. Jika boleh cari syarikat yang memiliki fasiliti yang canggih termasuk e-dagang.
0 comments:
Post a Comment