Nilai sebuah kegagalan

10:27 AM adam 0 Comments

Salam ceria dan salam perkongsian untuk semua, semoga hari ini lebih bermakna dan mengundang seribu memori buat kita semua.

KEGAGALAN ! Saya pasti ramai di antara kita yang fobia dengan perkataan tersebut. Rasa saya tiada siapa pun di antara kita yang menginginkannya. Maka tidak hairanlah bila ramai di antara kita yang berfikir bahawa kekagagalan itu adalah suatu yang buruk atau lebih dahsyat lagi kegagalan adalah suatu malapetaka, betulkah begitu ?

Sepintas lalu mungkin betul tapi bila difikir dari pelbagai sudut, kegagalan bukan bermakna dan selamanya menjadi malapetaka.

Kita mungkin pernah mendengar orang berkata, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan cerita disebaliknya. Mungkin kerana sebuah kegagalan ALLAH ingin mengingatkan kita sesungguhnya kapasiti kita belum cukup untuk menerima sebuah kejayaan. Mungkin juga ALLAH ingin kita tahu dan menunjukkan kepada kita sesungguhnya banyak perkara yang harus dan perlu dipelajari untuk menggelakkan kita terjatuh lebih dalam lagi.

Perlu selalu kita ingat, sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji kita diluar batas kemampuan para hambaNYA, oleh yang demikian kesuksesan atau kejayaan yang kita terima akan selalu sesuai dengan kapasiti diri kita. Jika kita menerima kesuksesan di luar kapasiti diri, dikhuatiri mungkin kita akan jatuh lebih dalam dan gagal lebih parah.

Untuk itu kita tidak perlu memandang serong yang amat sangat pada sebuah kegagalan, apa yang perlu kita fikir dan fokuskan adalah bagaimana caranya agar kita boleh berkembang secara peribadi untuk layak menjadi orang yang betul-betul suksess sehingga kejayaan kita mampu bertahan lama dan semakin berkembang dari masa ke semasa.

Akhir kata dari saya, Kecurangan adalah seperti asap, terbang berkepul dan mampu dilihat dengan jelas namun sayang ianya cuma sekejap lalu menghilang. Sementara kebenaran sekalipun terkadang lambat, namun ia terus bergerak naik, semakin terang bagaikan siang dan terlihat.

0 comments: