Kisah renungan : Rupa paras,pangkat dan harta bukan ukuran bagi kebahagian

3:30 PM Adam Narzuan 2 Comments

Jejaka pilihannya adalah seorang yg terlalu sederhana. Lahir dlm keluarga sederhana, taraf pendidikan yg tidak setinggi mana, kerja juga begitu. Dari segi paras rupa juga adalah kurang. Jika dibandingkan si gadis dan si jejaka ni, ibarat ‘beauty and the beast’…

Keluarga si gadis menentang perhubungan si gadis dan jejaka ini. Bagi mereka, anak gadisnya lebih layak utk lelaki yang setaraf dengan si gadis. Namun si gadis tetap berdegil utk memilih jejaka tadi sebagai suaminya. Bila ditanya mengapa si gadis memilih jejaka itu, jawapannya ” saya rasa selamat bersamanya “.

Akhirnya si gadis tetap berkahwin dgn jejaka tersebut walaupun keluarga si gadis seperti tidak merestui hubungan mereka. Selama 15 tahun mereka hidup sebagai suami isteri, di kurnia 3 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama. Namun selama 15 tahun itu jugalah keluarga si gadis masih kurang meyakini pilihan anak perempuan mereka itu. Walaubagaimana sekalipun usaha jejaka untuk memikat, mngambil hati keluarga mentuanya, tetap sia-sia. Bagi mertuanya, segala apa yang jejaka tadi usahakan semuanya adalah dari anak perempuan mereka sendiri.

love1 Kisah renungan : Rupa paras,pangkat dan harta bukan ukuran bagi kebahagian
Kasih sayang tidak dapat dibeli dengan harta benda

Di takdirkan selepas 15 tahun bersama, anak perempuan mereka sekali lagi disahkan mengandung. Namun ketika dalam tempoh mengandung, dia mengalami tumpah darah serta koma selama 3 bulan. Doktor yang merawatnya telah mngesahkan bahawa anak perempuan mereka koma. Pelbagai usaha dilakukan supaya si gadis kembali normal spt biasa, namun hasilnya tetap negatif.

Akhirnya doktor memutuskan kepada keluarga si gadis agar mengambil keputusan utk ‘menamatkan’ sahaja nyawa si gadis agar tidak lagi menangung derita sepanjang dalam keadaan koma. Namun suami si gadis tetap berdegil..Dia tetap usaha. Tetap menjaga isterinya siang dan malam tanpa mengenal penat dan letih…
Namun begitu, si gadis masih dalam keadaan koma. Doktor akhirnya menetapkan tarikh dan tempoh tertentu. Sekiranya tidak ada tindak balas positif dr si gadis, segala bantuan pernafasan, bantuan riwayatnya selama ni akan diberhentikan. Tandanya si gadis ‘ di matikan ‘. Suaminya berdoa semoga Allah panjangkan usianya.

Dan pada petang itu, di mana tempoh yg diberikan dktor kepada si gadis utk hidup lebih lama dgn bantuan rawatan itu, si gadis mula bertindak balas dgn mngerakkan hujung jarinya. Seisi keluarga merasa gembira dgn tindakan positif si gadis. Beberapa hari selepas itu, akhirnya si gadis sedar dari komanya. Namun, sekali lagi dugaan mendatang. Doktor mengesahkan si gadis lumpuh seumur hidup.

Walaupun si gadis lumpuh, cacat, dan tak berupaya, si suami tetap setia menjaga dan menemaninya sehinggala kini. Usia sudah mnjangkau ‘senja’, namun kasih si suami masih segar seperti dulu. Kini barulah keluarga si gadis mengetahui jawapan sebenarnya mengapa si gadis memilih jejaka tadi sebagai suaminya.
Dan si gadis juga telah yakin dan pasti ini la jawapan bagi pertanyaan2 kluarganya satu masa dahulu tentang pilihannya dulu… Jejaka itu, yg kini adalah suaminya, walaupun orangnya serba serbi sederhana, namun kasih sayang, perhatian yang diberikan membuatkan si gadis rasa selamat dan bahagia bersamanya..semoga kasih mereka kekal bersama hingga ke hujung nyawa.
Seorang gadis yang lahir dari golongan yang agak berada, taraf pendidikan yang tinggi, jawatan yang disandang juga sudah tentu tinggi.. Orangnya cantik, jelita, pintar. Pendek kata serba serbi lengkap tentang gadis ini. Suatu hari, si gadis melahirkan hasrat hati untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya.

2 comments:

shaziana said...

ermm semua org bole ke wat mcm husband dia tu

Adam Narzuan said...

1 dalam seribu kot.. Umpama sebutir permata disebalik taburan kaca...