Hidup melarat selepas bersara

2:44 PM adam 0 Comments

EKSKLUSIF: Hidup melarat selepas bersara
Oleh Diyanah Anuar dan Nadia Hamid / Berita Harian

2011/05/01

KUALA LUMPUR: Selepas bersara satu hingga 10 tahun, hampir 100 peratus pencarum yang mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun tidak lagi mempunyai wang simpanan hingga ada antara mereka hidup merempat atau menjadi penghuni rumah orang tua.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Johari Abdul Muid, berkata akibat salah guna wang caruman itu, kira-kira 70 peratus pesara menghabiskan wang simpanan hari tua mereka antara tahun pertama hingga ke-10 selepas meninggalkan pekerjaan, manakala 30 peratus lagi hilang sumber kewangan selepas tiga tahun bersara kerana bergantung sepenuhnya kepada caruman.


Bagaimana kita?

Mungkin kita boleh kongsi untuk kebaikan masa hadapan bersama...

0 comments: