Sistem Francais - Sumbangan Dan Perkembangannya Di Malaysia


1.0       PENGENALAN

Industri perniagaan berkonsepkan francais merupakan suatu konsep perniagaan yang agak baru dan masih lagi berkembang dalam skop yang tidak meluas. Namun begitu, kajian pasaran menunjukkan bahawa sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global. Berdasarkan hal ini, kerajaan telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1993, di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara melalui pelbagai dasar ekonomi turut menyemarakkan lagikerancakan bidang perniagaan di Malaysia. Ini menyebabkan negara kita dilihat amat berpotensi untuk membangunkan sistem perniagaan francais. Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai suatu badan di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan untuk mengatur pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif.

Bahagian Francais dan Vendor telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais) merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah dari Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri (MITI).Perpindahan kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Pada 09 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) telah dibubarkan dan fungsi Bahagian Pembanguan Francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya ditukar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tujuh strategi utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan. Latihan ilmiah ini secara khusus akan membincangkan perkembangan sistem francais di Malaysia. Ini termasuklah dari aspek sejarah, kemajuan, hala tuju serta masa depan sistem perniagaan ini pada masa depan. Perbincangan juga turut menyentuh aspek cabaran dan halangan serta program-program penambahbaikan untuk memajukannya.

2.0       SEJARAH PERNIAGAAN FRANCAIS PERINGKAT GLOBAL DAN  MALAYSIA

Menurut  Awalan Abdul Aziz,Setiusaha Agung Persatuan Francais Malaysia, Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, franco yang bermaksud kebebasan.Pada ketika itu, seseorang francaisi adalah merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai.

Konsep dan pendekatan ini akhirnya digunakan di dalam sektor swasta dan komersial. Sistem francais kemudiannya menjadi popular dan dianggap sebagai satu konsep perniagaan baru yang mampu melangkaui individu dan sempadan negara.

2.1       Francais Moden

McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an.Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais di awal 1900-an.

Senario ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika telah mengunjungi Restoran McDonalds sekurang-kurangnya sekali dan sekurang-kurangnya 8% daripada mereka sedang atau telah menikmati hidangan McDonalds untuk hari ini.

Melalui operasinya yang telah mencecah 100 buah negara di seluruh dunia, McDonalds telah menghasilkan nilai jualan tahunan AS$30 bilion dengan pendapatan bersih melebihi AS$1.4 bilion.Syarikat berkenaan hanya menguruskan sendiri 15% daripada lebih 20,000 restorannya di seluruh dunia, dengan 85% selebihnya diuruskan oleh 4,500 francaisi dan rakan kongsi.

Pada masa yang hampir sama juga, Kolonel Harlan Sanders mempelopori Kentucky Fried Chicken, diikuti oleh rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti Burger King, A&W, Pizza Hut dan lain-lain.

Meskipun, perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera

Hari ini, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pusat Sumber Sedunia Pembangunan Global, Persatuan Francais Antarabangsa, terdapat lebih daripada 15,000 sistem francais di seluruh dunia dengan lebih 1 juta francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira AS$1.4 trilion.

2.2       Francais di Amerika Syarikat

Perkembangan pesat sistem francais di Amerika Syarikat bermula selepas Perang Dunia Ke-2, lantaran terdapat peningkatan semangat keusahawanan dan permintaan yang semakin popular terhadap barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 1994 sahaja, didapati 35% daripada nilai jualan runcit di Amerika Syarikat adalah merupakan jualan yang dihasilkan menerusi rangkaian perniagaan francais.
Dengan kata lain, bagi setiap 3 dolar yang dibelanja oleh rakyat Amerika, sekurang-kurangnya 1 dolar digunakan untuk membeli barangan dan membayar perkhidmatan yang ditawarkan oleh rangkaian perniagaan francais.

Menerusi kajian tersebut juga didapati nilai jualan tahunan berjumlah AS$800 bilion telah terhasil daripada 2,200 syarikat francaisor dengan lebih 550,000 unit outlet di seluruh negara berkenaan. Outlet-outlet ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 8 juta penduduk di negara tersebut.

2.3       Francais di negara-negara lain

Berdasarkan kajian Persekutuan Francais Eropah pada tahun 1998, terdapat 3,888 sistem francais di 13 negara Eropah yang menjadi ahli persekutuan tersebut, dengan bilangan outlet menjangkau 167,432 unit dan menyumbangkan nilai jualan tahunan sebanyak kira-kira RM400 bilion.

Di Jepun, terdapat 890 sistem francais dengan lebih 190,000 francaisi dengan nilai jualan kira-kira RM375 bilion setahun.

Sementara Australia mempunyai 747 sistem francais dengan 46,100 francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira RM153 bilion. Di New Zealand yang mempunyai hanya kira-kira 4 juta penduduk, terdapat 250 sistem francais dengan bilangan francaisi di sekitar 5,000 dan menyumbangkan nilai jualan sebanyak RM13 bilion setahun.

Singapura mempunyai bilangan sistem francais yang hampir sama dengan New Zealand dan kerajaan negara berkenaan menerusi Lembaga Produktiviti dan Piawaian telah membantu membangun dan melancarkan 56 produk francais tempatan baru yang mewakili 460 outlet francais di seluruh negara tersebut.

Sementara Lembaga Pembangunan Perdagangan Singapura pula aktif di dalam membawa syarikat francais tempatan ke pasaran antarabangsa.

2.4       Francais di Malaysia

Umumnya, perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan.Namun pertumbuhan pesat perniagaan ini lebih ketara apabila restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini di sekitar tahun 70-an dan awal 80-an.

Senario ini berterusan dengan pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain.

3.0  KEPENTINGAN PERNIAGAAN SISTEM FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI

Apabila melibatkan perniagaan, perkara yang paling utama akan dihadapi oleh usahawan adalah berkaitan risiko. Melalui sistem francais risiko bisnes dapat diminimakan dan diuruskan dengan lebih berkesan terutama bagi usahawan yang baru menceburi dunia bisnes. Pengurusan risiko ini melibatkan perkara-perkara yang terdedah kepada risiko seperti lambakan produk, stok lapuk, pusingan kakitangan, penjenamaan yang lemah, produk dan kualiti yang tidak berkualiti, kecairan tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada francaisor, stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih cekap serta dioptimakan. Berbanding jika membuka rangkaian (outlet) sendiri, francaisor juga tidak perlu membuat pelaburan yang tinggi untuk membuka rangkaian (outlet) di merata lokasi.Bagi bisnes yang baru bermula atau tiada kekuatan jenama, rangkaian francais memberi kelebihan untuk usahawan memasuki pasaran baru kerana di lokasi-lokasi tertentu tuan punya lot kedai atau pihak pengurusan bangunan lebih berminat dan yakin untuk menyewa lokasi atau lot kedai kepada bisnes berangkaian (chain business) ( Gary Amstrong, 2011).

Kepada francaisor, rangkaian francaisi memberikan peluang kepada jenama francaisor berada di lokasi-lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat dimasuki kerana dalam keadaan-keadaan tertentu, francaisi mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pemilik dan pengurusan lokasi strategik atau lebih mengenali lokasi yang ingin diterokai.Diperingkat permulaan terdapat francaisi yang tiada keupayaan untuk mengajikan kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan untuk membantu dalam operasi harian bisnes. Tetapi melalui konsep francais, francaisor dapat memberi panduan dan khidmat nasihat operasi bisnes secara berterusan kepada francaisi.  Pada masa yang sama, francaisor dapat memberi sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan perakaunan) secara berkala (berjadual) kepada francaisi pada kadar yang sangat minima ( Min Chen, 2004 ).

Suasana ekonomi yang semakin mencabar telah menyebabkan kos bahan mentah, utiliti dan kadar upah semakin meningkat. Ini memberi kesan kepada margin keuntungan bisnes dalam semua industri. Untuk meningkatkan harga jualan produk dan perkhidmatan dalam suasana ekonomi pada hari ini adalah sesuatu yang sangat sensitif malahan dikhuatiri memberi persepsi negatif pelanggan terhadap imej bisnes.  Melalui sistem francais, kecekapan bisnes dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kos dapat diurus seterusnya diminimakan. Dengan adanya rangkaian francaisi yang aktif,  francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah, membeli secara pukal, berkongsi kos untuk aktiviti-aktiviti pemasaran, merancang kakitangan mengikut keperluan, membina jenama dalam pasaran untuk menarik perhatian pelanggan dan seterusnya memindahkan kesemua penjimatan kos ini kepada rangkaian francaisi.

4.0       TAHAP PEMBANGUNAN SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA

Sejak pertengahan tahun 1993, kerajaan telah menerima pakai pendekatan pembangunan francais sebagai salah satu cara untuk meningkatkan bilangan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang merupakan antara agenda terpenting di dalam Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru.Rentetan daripada itu, satu bahagian khusus yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Francais telah ditubuhkan di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, Program Pembangunan Francais (PPF) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994.Oleh yang demikian, dari segi sejarah, penubuhan Bahagian Pembangunan Francais dan pelancaran PPF dibuat sebelum diwujudkan Kementerian Pembangunan Usahawan, yang kemudiannya menjadi penaung kepada kedua-duanya mulai 8 Mei 1995.

Perniagaan francais diasaskan kepada hubungan menang-menang di antara dua entiti usahawan, iaitu francaisor dan francaisi. Hubungan ini secara amnya menghasilkan satu bentuk perkongsian pintar di mana kedua-dua pihak memperoleh manfaat dan kelebihan masing-masing.Bagi francaisor, di antara kelebihan sistem francais kepada mereka aialah menerusi rangkaian sistem francais, francaisor dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan operasi dan menikmati skala ekonomi melalui pembelian secara pukal serta perkongsian kos pengiklanan dan promosi secara berpusat. Ini memungkinkan rangkaian berkenaan menawarkan harga barangan yang lebih kompetitif serta melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi dengan lebih agresif;

Francais juga memungkinkan francaisor menembusi pasaran yang luas dengan lebih cepat dan efektif (termasuk pasaran luar negara) tanpa melibatkan modal yang besar, kerana sebahagian besar pelaburan ditanggung oleh francaisi. Menerusi francais juga, francaisor dapat menikmati rangkaian pemasaran produk dan perkhidmatannya yang lebih besar serta memungkinkan peningkatan pengeluaran dan pengedaran yang lebih pesat. Melalui sistem francais, francaisor juga dapat mengelak daripada mengadakan struktur kakitangan yang besar, termasuk membayar gaji pengurus dan kakitangan cawangan yang ramai. Tempat mereka diganti dengan francaisi-francaisi yang merupakan pemilik dan pengusaha perniagaan mereka sendiri yang pastinya mempunyai motivasi dan semangat juang yang lebih tinggi. Hal ini bermakna francaisor dapat memindahkan sebahagian tanggungjawab menjalankan kajian berdaya maju, pemilihan lokasi, latihan kakitangan, pengiklanan tempatan dan lain-lain kerenah pentadbiran kepada pemilik dan pengusaha tempatan, iaitu francaisi.

5.0       SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS

Walaupun perniagaan francais kelihatan mudah namun hakikatnya jika tiada perancangan yang teliti, usahawan yang terlibat juga boleh kecundang. Namun, bagi memastikan pertumbuhan pesat industri francais Malaysia untuk menyumbang kepada pencapaian Wawasan 2020, Model Baru Ekonomi dan kejayaan Program Transformasi Ekonomi, satu Pelan Induk Pembangunan Farancais Nasional telah diwujudkan.

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi membangunkan sektor industri francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya saing, efisien dan mampu memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais negara. Pelaksanaan strategi ini mengambil kira faktor jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang serta garis masa bagi mempercepat dan menyusun rancangan pelaksanaan yang berkesan dan memasukkan sasaran sementara indikatif untuk memudahkan dan menilai proses perancangan. Dalam hal ini, objektif-objektif pelan ini adalah seperti berikut :

  1. menilai pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk utama seperti penyertaan francaisor dan francaisi bagi perkembangan industri francais tempatan dan sumbangan industri francais kepada ekonomi negara;
  2. mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa; dan
  3. menentukan hala tuju industri francais negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang 2020.

Pelan Induk ini mempunyai matlamat untuk meluaskan tumpuan dalam pembangunan francais daripada sektor campuran yang lebih pelbagai disasarkan, termasuk beberapa sektor niche yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya secara sistem francais, seperti pelancongan perubatan, eco-tourism, perkhidmatan dan produk pematuhan syariah serta produk dan perkhidmatan hijau. Sasaran ini bertepatan dengan agenda pembangunan negara seperti yang telah digariskan melalui Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Wawasan 2020.

5.1       Sokongan Dari Aspek Kewangan

Selain berbekalkan  modal permulaan dengan menggunakan wang daripada simpanan bakal usahawan, terdapat juga sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). KPDNKK telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.Pada tahun 2009, peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

Di bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta.Dalam pada itu, terdapat banyak agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman secara tidak langsung untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).Panduan kepada usahawan untuk memilih perniagaan francais adalah sebelum mengambil keputusan untuk memilih sesuatu perniagaan francais, beberapa perkara perlu diambil kira dan dipertimbangkan supaya pemilihan yang dilakukan adalah tepat dan seterusnya boleh menguntungkan francaisi dalam jangka panjang. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti bakal francaisi perlu menentukan apakah jenis perniagaan yang ingin diceburi dan pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan minat dan kemahiran yang ada ( Ismail Mohamad, 2013 ).

Kejayaan Perniagaan Francais sebenarnya banyak bergantung kepada hubungan yang baik antara francaisor dengan francaisi.Hal ini sangat penting kerana perniagaan francais yang telah terbukti mempunyai peratusan kadar kejayaan yang tinggi akan memberi peluang terbaik untuk francaisi turut berjaya dalam perniagaannya.Ini termasuk juga kadar pertumbuhan perniagaan, iaitu kadar pertumbuhan perniagaan yang boleh diukur dengan bilangan ‘outlet’ yang telah dibuka oleh francaisor tersebut. Ia merupakan petunjuk yang baik untuk menilai keuntungan dan potensi peluang francais yang disediakan oleh francaisor.Keuntungan syarikat juga merupakan sistem sokongan yang mampu memajukan lagi sistem francais. Kedudukan kewangan syarikat francais boleh dilihat dari laporan tahunan yang dikeluarkan dan syarikat yang menunjukkan keuntungan yang tinggi dan berterusan memberi jaminan bahawa francaisi akan mendapat sokongan berterusan.

Selain itu, pengalaman perniagaan juga berfungsi sebagai sistem sokongan penting kepada perniagaan francais. Perkara ini sangat penting kerana pengalaman perniagaan adalah elemen utama untuk meminimakan risiko pelaburan. Ini bermakna perniagaan francais yang hendak dipilih perlu mempunyai rekod kejayaan dan pertumbuhan yang baik untuk beberapa tahun.


6.0       CABARAN DAN HALANGAN SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA

6.1       Modal keseluruhan.

Pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi bidang ini. Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan khidmat bantuan dari francaisor juga adalah tinggi. Diantara kos tetap yang perlu ditanggung oleh francaisi adalah;
i.       Yuran Francais dan modal permulaan.
ii.       Royalti Bulanan.      
iii.     Yuran Iklan.

6.2       Tidak memberi kebebasan kepada francaisi.

Penglibatan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Untuk menjaga keseragaman, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi dan francaisi juga terikat kepada perjanjian francais dan perlu mematuhi sistem operasi yang telah ditetapkan. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya. Selain itu, tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais;
i.                     Pemilihan Lokasi.            
ii.                   Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan.
iii.                  Penjualan Produk dan Perkhidmatan.              
iv.                 Operasi Perniagaan.             
v.                   Hak Wilayah (Territorial Rights).

6.3.      Pemilihan Francaisor perlu dilakukan dengan teliti.

Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.

6.4.     Perlu komitmen yang tinggi daripada francaisi.

Francaisi bukan sahaja sekadar perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi. Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa menjalankan penyelidikan. Francaisi juga diminta agar berusaha membangunkan sendiri pasaran perniagaannya, meningkatkan penguasaan pasaran, memaksimakan keuntungan serta bersaing dengan pesaing terdekat dalam pasaran.

6.5.     Penamatan dan pembaharuan kontrak

Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui dan tiada jaminan atas pembaharuan kontrak.

7.0       MASA DEPAN SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA

Sistem perniagaan secara francais mempunyai masa depan yang amat cerah di Negara kita. Perkembangan pesat dalam sistem ejonomi negara turut memajukan lagi perniagaan secara francaisi. Namun begitu, sistem perniagaan yang berkembang pesat dan melibatkan pihak berkepentingan pasti akan menimbulkan pelbagai masalah dan satu daripada penyelesaian terbaik adalah dengan mewujudkan akta atau garis panduan khas sebagai panduan. Seperti sistem perniagaan lain, sistem francais di Malaysia turut dilindungi oleh undang-undang iaitu Akta Francais 1998 bagi memastikan industri berkenaan ditadbir dengan berkesan dan beretika. Akta yang bertujuan untuk menyediakan proses lengkap bagi pendaftaran dan peraturan berhubung industri francais bagi memastikan berkembang secara sistematik untuk jangka masa panjang. Pengenalan peraturan ini adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam industri francais. Dalam masa yang sama dapat memperolehi maklum balas industri. Selain itu, akta berkenaan turut mengandungi dasar melindungi usahawan tempatan kerana untuk mereka bersaing dengan jenama luar negara dalam tempoh yang singkat adalah amat mustahil dan memastikan golongan berkenaan tidak tertipu dengan mana-mana skim francais yang ditawarkan di pasaran.

Secara umumnya, akta berkenaan merangkumi keseluruhan elemen dalam sistem francais bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat secara adil dan untuk jangka masa panjang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pihak yang terlibat dengan sistem ini perlu peka dan memahami setiap aspek sistem francais, antaranya tiga elemen paling penting iaitu Hak Harta Intelek, sistem operasi dan sistem sokongan berterusan. Hak Harta Intelek adalah jenama yang akan digunakan dalam sesebuah perniagaan francais yang akan menjadi aset penting dan mampu mewujudkan pelanggan setia. Semakin terkenal jenama berkenaan semakin besar potensi pernigaan. Contohnya seperti McDonald's, KFC, NIKE, ADIDAS,Smart Readers dan lain-lain. Elemen seperti sistem operasi dan sistem sokongan berterusan adalah perlu kerana akan membuktikan keberkesanan model perniagaan dan kelangsungan pertumbuhan pada masa depan. Peraturan dalam Akta Francais dilihat mampu memberi impak positif kepada francaisor dan francaisi.

Kesemua perjanjian antara kedua-dua pihak tersebut akan didokumenkan dan dibawah Akta Francais terdapat beberapa elemen yang perlu dijelaskan dalam perjanjian berkenaan antaranya pendaftaran, hak, sistem operasi, tempoh masa, penamatan perjanjian dan pelbagai lagi. Secara keseluruhannya, undang-undang dalam sistem francais bukan hanya diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, cuma berbeza mengikut keperluan sesebuah negara.

8.0       PENUTUP

Jika dilihat secara keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang maju di Malaysia. Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais telah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan francais juga mampu menyediakan peluang pekerjaan, kerana umumnya perniagaan kecil dan sederhana lebih mudah dan cepat dari segi pengambilan tenaga kerja.


Sistem perniagaan Francais juga dapat melahirkan usahawan yang mahir dengan aspek-aspek pengurusan, iventori dan sebagainya  Ianya juga dapat membuka pelbagai ruang pekerjaan kepada masyarat setempat seterusnya menjana ekonomi kepada masyarakat.


Muslim Niaga – Platform Dropship Bersama Muslim Niaga

Muslim Niaga – Mulakan Perniagaan Online Bersama Muslim Niaga . Muslim Niaga merupakan suatu platform perniagaan online yang dibangunkan oleh anak tempatan.Tujuan utama kewujudan Muslim Niaga adalah untuk memberi ruang kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online untuk menjana pendapatan.

platform Muslim Niaga

Konsep yang diterapkan oleh platform Muslim Niaga adalah konsep dropship.Ok , untuk memudahkan pemahaman anda, Adam senaraikan antara kelebihan platform Muslim Niaga.

• Menyediakan Website Kedai
Setiap RANIA (Rakan Niaga) dilengkapkan dengan satu website kedai online mereka sendiri. Ianya sudah dilengkapi dengan 300+ produk serta borang tempahan, sistem bayaran dan juga blog.

• Sistem Invoice & Tempahan
Memudahkan pengedar dan pembekal menguruskan tempahan terkini. Email notifikasi dihantar kepada pembeli, pengedar dan pembekal untuk memberitahu status invoice. Pembekal juga dapat mengemaskini tracking no. dan maklumat ini akan dihantar terus ke e-mail pembeli dan pengedar.

• Data Pengguna & Rekod Tempahan
Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting. Di sini usahawan dibenarkan untuk akses ke maklumat pelanggan supaya usahawan dapat hubungi mereka. Mudah untuk usahawan buat 'follow-up' di masa hadapan.

• Tidak Perlu Simpan Stok
Kaedah dropship membolehkan anda untuk tidak perlu menyimpan stok tetapi masih boleh beli pada harga borong. Di sinilah anda akan menjana keuntungan. Maklumat keuntungan setiap produk (Harga ajen & Harga jual) akan dipaparkan di dalam sistem kedai online anda.

• Domain & Hosting
Usahawan tidak perlu fikir tentang keselamatan website. Tidak perlu pening kepala tentang bagaimana nak 'maintain' server hosting & domain kerana ianya semua dikendalikan oleh pakar-pakar kami.

• Bantuan dan Sokongan
Kami tidak akan biarkan anda berniaga keseorangan. Kami sediakan group support di Facebook khas untuk anda berinteraksi dengan kami dan ajen-ajen kami yang sudah berjaya membuat jualan secara online dan offline menggunakan sistem kami.

Nota: Detail tentang kelebihan Muslim Niaga ni Adam ambil dari laman web mereka. Anda boleh jenguk sendiri di sini.

Segalanya dah tersedia. Anda dah bersedia? Keuntungan 100% milik anda. Cukup Mudah.  Anda hanya perlu mendaftarkan diri anda sebagai agen dropship produk mereka, pilih nama domain yang anda suka dan mula gunakan kreativiti anda untuk pasarkan produk pilihan anda.

Laman Web Rasmi : Muslim Niaga
No. telefon           : 011-14260161
Facebook Fanpage : FacebookMuslim Niaga
Akaun Twitter       : @mndropship


Bukan itu sahaja, Muslim Niaga juga menyediakan pelbagai lagi servis yang menarik seperti Kedai Online, Design, Training Online, Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Train usahawan dan Trading. 

Saksikan Temubual Astro Awani bersama Muslim Niaga



Alamat Pejabat Muslim Niaga
 
No.32-3B
Sunwaymas Commercial Center
Jln PJU 1/3B
47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia 




Contest SEO Muslim Niaga ini di anjurkan oleh Farid Laham dan ditaja oleh Muslim Niaga Sumai Hotel Apartment Projek Iqra Farisya Anastasyia Akma Omar Nannie Isa Azhafizah Md Nor Nadia Shaira Nabila Biela

Review Seminar Copywriting


Awas!! Ini bukanlah iklan berbayar. Tetapi testimoni sendiri setelah ke seminar ini.

Aspek penulisan ataupun istilah "copywriting' adalah suatu perkara yang perlu di titik beratkan kepada sesiapa sahaja yang membuat jualan.

Mengapa Copywriting Penting?

Copywriting adalah satu elemen yang digunakan sebagai medium untuk membina kesedaran, populariti dan objektifnya pada kebiasaan adalah untuk menjual. Ianya boleh terdiri daripada terma pengiklanan, surat jualan, brosur, salinan jualan, emel pemasaran, jenama dan banyak lagi dalam bentuk media ataupun medium pengiklanan.
Kerana itulah sebagai seorang pemasar atau penjual kita perlu menguasai aspek copywriting. Dengan ilmu ini kita dapat menceritakan dengan baik berkaitan produk yang kita pasarkan. Namun seringkali kita gagal memberikan gambaran terbaik mengenai produk yang kita tawarkan walaupun kita sebagai ‘product owner’. Lebih buruk lagi apabila kita juga kabur dan keliru mengenai keupayaan dan kehebatan sebenar produk kita untuk diterjemahkan ke dalam bentuk ayat dan perkataan (copywriting).

Pengalaman di SeminarCopywriting

Alhamdulillah syukur kerana baru-baru ini saya berkesempatan untuk melihat sendiri teknik-teknik di dalam ilmu copywriting. Penerangan ini disampaikan oleh Tuan Zahrul Azua. Penyampaian yang bersahaja dengan input-input yang lengkap membuatkan seminar ini tidak membosankan.

Selain itu, kita juga akan didedahkan secara mendalam mengenai asas-asas yang perlu untuk membuat "copywriting".. Oleh itu, kepada rakan-rakan yang nak mendalami ilmu "copywriting", saya sarankan kepada anda untuk mengikuti seminar ini kelak.. Melabur untuk ilmu adalah lebih baik daripada melabur untuk perkara yang tidak bermanfaat..

Putih-Putih Melati -ST12

Stress bekerja?? Bosan? Jom kita layan lagu Putih-Putih Melati daripada ST12.. Yang penting kerja dengan tenang yer.. Senyum sokmo deh..


Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati


Chorus

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Ulang Chorus 3X

Cara Pelik Membuat "RESUME"

Apabila memohon sesuatu pekerjaan, bakal majikan anda pastiinya akan meminta anda untuk sediakan Resume..

Jadi bagaimana anda nak sediakan "Resume"?.. Tengok contoh dibawah.. :)



Ok sekarang mulakan langkah untuk sediakan "resume " anda.. Hehehe

Kalau saya pecat BOS boleh x?

As salam,

Hari ni Adam diberikan sedikit kesempatan untuk meng"update" blog usang ni.. :) .. Jadi hari ni kita akan bersembang mengenai suasana di tempat kerja.

Persoalannya?
Bagaimana nak rasa best kat tempat kerja?
Bagaimana nak 'ngam' dengan rakan sekerja?
Bagaimana nak lepaskan diri dari menjadi mangsa 'kaki bodek' bos ?

Haaa.. Kat atas ni baru 3 persoalan yang mungkin ada 1001 jawapan.. Mengapa? Kerana kita berkerja dengan manusia. Seperti kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Inilah yang menyebabkan kadang-kadang berlakunya perselisihan faham, amalan bergosip dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan ofis yang majoritinya wanita? Lelaki ada sorang dua jer. 
Ini pastinya akan mewujudkan seolah-olah perbezaan gender kerana sang wanita pasti akan mengarahkan sang lelaki untuk membuat itu dan ini terutama berkaitan fizikal. Sedangkan sang lelaki ada kerjanya yang tersendiri. 

Namun tidak semua tempat begitu.Ada juga yang mampu berkomunikasi dengan baik. Yang paling penting adalah bagaimana kita mengawal diri di tempat kerja..

Mood Adam:
Adam menunggu masa untuk "reshuffle" perjawatan.. Tak pasti lagi lepas ni dengan bos mana. Katanya prestasi Adam tidak memuaskan. Kalau itu kata diorang Adam akui.. Lagipun kat sini adam je staf lelaki. So Adam tak pandai nak membodek bos- bos wanita.. Adam tak pandai nak teman diorang shopping dan adam tak pandai nak share cara make up..Tambahan pula skop keje banyak kat luar pejabat. kenapa laa diorang tak nak ikut adam buat keje luar?. Jadi boleh tau cara kerja, rasa kena panas, rasa kena hujan , rasa kena debu dan rasa jalan jem.. Nasib baik laa sorang pegawai ni memahami.. So sekarang ni tunggu je laa..

Bagi surat tukar atau surat berhenti ek? Ke pecat Bos jer? hahaha

Insiden Maharaja Lawak Mega 2012 di Terengganu

Pada minggu ini Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.


Ini bagaikan suatu hadiah kepada rakyat Terengganu kerana peserta Maharaja Lawak Mega 2012, Zizan merupakan anak kelahiran Terengganu.

Namun, apa yang menjadi masalah adalah insiden yang berlaku di Stadium Tertutup Gong Badak sewaktu pengagihan tiket dilakukan. Lihat gambar-gambar ini :




Inilah antara gambar-gambar insiden tersebut. Namun secara peribadi Adam rumuskan kemungkinan punca insiden ini :

1- Kawalan keselamatan kurang.
2- Tiada Pengalaman berhadapan dengan peminat yang sebegini.
3-Sistem pembahagian tiket yang tidak sistematik.
4- Sruktur bangunan. (Stadium utama dah runtuh)
5- Peminat yang terlampau fanatik.

Ini adalah pandangan peribadi adam sahaja. Apa pun, kepada yang mendapat tiket, Selamat Menonton Maharaja Lawak Mega 2012 secara LIVE.. Adam tengok LIVE jugak.. tapi kat umah.. hehehe.. Peace yoooo...

Individu Menghina Islam


As salam semua.. Selamat hari jumaat.. Post kali ini memang agak panas kerana ada seorang mahkluk yang telah secara terang-terangan menghina agama Islam di Facebook beliau..

Adam tidak dapat pastikan samada akaun fb ini adalah milik penama tersebut ataupun individu lain yang membuat akaun palsu.

Namun Adam harapkan, pihak berkuasa, PDRM, SKMM, Jabatan Agama serta agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil serius perkara ini. Ini kerana isu MENGHINA AGAMA bukanlah suatu perkara main-main.. 

Pada Pak-pak menteri, ahli-ahli parlimen, yb-yb, gunakan kelebihan kepada anda untuk menyelesaikan perkara ini. Jangan biarkan kerana jika dibiarkan makin ramai golongan ini akan muncul.


Sila lihat di bawah post-post wall di facebook!

Jom kita report ramai-ramai. --> https://www.facebook.com/adlinbinti.abdjalil
Artikel asal daripada sini.

Dugaan Hari Isnin

Alhamdulillah hari ni Adam berpeluang untuk update entry walupun sekarang ni agak sukar untuk update entry.. Semoga rakan-rakan blogger terus menyokong Adam.. Hehehe..

Kata orang bila masuk je hari Isnin pasti akan ada istilah Bad Monday.. Tapi bagi Adam apa yang berlaku hari ini adalah dugaan daripada Yang Esa untuk menguji hambaNya.

Kisah ni bermula apabila Adam nak ke tempat kerja pagi ni.. Arini pun bangun awal jugak walaupun sampai umah jam 4.30 pagi.. jadi bila Adam turun jam 7.20 pagi, Adam tengok apa yang ada hanyalah sebahagian tali pengikat topi keledar yang telah di potong.. Helmet dah tak nampak bayang.. Dalam sebulan 2 helmet melayang.. Kat sini memang kecuaian Adam sebab hanya kuncikan helmet pada motor jer.. Adam anggap ni sebagai satu pengajaran.. Tapi sedih laa jugak.. Lepas ni nak beli helmet cap ayam jer..

Bila sampai di opis, Adam pun buat laa keje macam biase.. Kemudia terasa laa nak setup laman web yang masih dalam proses.. Semangat memang berkobar-kobar nak siapkan web tu sebab web tu adalah antara platform yang akan Adam gunakan sebagai sumber pendapatan pada tahun depan..

Tup..tup.. Ini yang jadi..


Terus Adam rasa down kejap.. Bila fikir balik, ni adalah ujian untuk Adam.. Kata orang kejayaan yang diraih daripada kesakitan pasti akan lebih manis rasanya..

So, start balik.. Kawan-kawan yang lain, pastikan tahap keselamatan web anda adalah pada tahap yang terbaik yer.. Peace Yo!!

Lelaki Dan Cinta..

♥ Memahami Lelaki & Cinta ♥

Bagi ramai wanita, ia kelihatan seperti lelaki tidak menginginkan perkara-perkara yg sama dlm melahirkan hubungan yg mesra dan intim sepertimana yg mereka inginkan. Sebenarnya, semua manusia, tidak kira apa jantinanya menginginkan cinta dan dicintai. Bagaimana pun, perwatakan dan aspek fizikal yg secara umum, melahirkan emosi yg ketara antara lelaki dan wanita. Yg mana dapat dinyatakan akan cara yg berbeza di mana lelaki dan wanita menunjukkan kasih-sayang. Memahami dgn belajar bagaimana utk mendekati dan mendampingi perbezaan ini dapat memperkayakan selain membantu dlm hubungan anda.

♥ Pastikan diri anda terjaga dan kelihatan menarik. Ia mungkin agak memberatkan tetapi memang lelaki secara lahiriah lebih terdorong kepada wanita yg didapati menarik penampilannya. Ini tidak bermakna pula anda haruslah menjadi peragawati. Ambil berat akan penampilan anda... berpakaian lebih rapi, kemaskan rambut jika tidak bertudung dan sebagainya. Selain anda kelihatan menarik.. sikap dan perwatakan anda juga menawan hatinya.

♥ Berlaku jujur dan kongsi pendapat anda. Ramai wanita yg menganggap lelaki inginkan seorang wanita yg sempurna tanpa memberi sebarang kesukaran. Amat bertentangan sebenarnya. Kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada wanita yg punya cara pemikiran mereka sendiri. Pesan apa yg anda gemar bila di restoren, dan jika anda menyokong pasukan lawan dlm sesuatu sukan, beritahunya. Perwatakan seperti ini membuatkan anda lebih menarik dan mencabar. Malah akan membuat hubungan lebih berwarna-warni dgn adanya perbezaan dlm pendapat dan minat yg sihat dan bukanlah yg digunakan utk menimbulkan perselisihan.

♥ Komunikasilah. Wanita berfikir yg merekalah selalunya lebih banyak bercakap dlm hubungan dan lelaki tidak sedikitpun mendengar. Bagaimanapun, wanita sering menyindir atau berkias dan mudah pula tersinggung bila lelaki tidak dapat memahami apa yg mereka cuba sampaikan. Suarakan dgn cara yg mudah difahami dan jelas akan apa yg anda ingin sampaikan. Kebanyakan lelaki akan lebih teruja utk memenuhi kehendak anda apabila mereka tahu apa yg anda inginkan dan bukan sesuatu yg mereka harus meneka.

♥ Miliki ruang kehidupan anda sendiri. Memang pada mulanya, seorang lelaki ingin melibatkan dirinya dlm apa saja yg dilakukan oleh wanita yg diminatinya setiap kali dia punya masa terluang. Lama kelamaan, dia akan mula hilang minat jika wanita itu terlalu bergantung padanya wlupun dlm keadaan yg bercanggah dgn minat mereka. Dlm ertikata lainnya, lelaki merasa rimas bila wanita dlm hidupnya terlalu mengharapkan adanya dia dlm setiap urusan harian sedangkan adakalanya, urusan itu boleh dibuat sendiri oleh wanita itu.

♥ Beri kata-kata pujian (secara jujur tentunya dan bukanlah sekadar ingin mengambil hatinya). Bila lelaki rasa seronok tentang dirinya setiap kali dia bersama wanitanya, kasih-sayangnya akan berkembang. Perhatikan perkara-perkara positif yg dilakukannya, yg kecil mahupun yg ketara, katakan yg anda perasan kerana ini akan memberinya isyarat yg anda memang benar-benar mengambil berat tentang segala usaha dan pengorbanannya. Percaya ataupun tidak, lelaki juga punya rasa kurang yakin dan ambil berat akan penampilan dan pencapaian mereka seperti wanita.

♥ Selami Cara Pemikiran Lelaki ♥


Memiliki kebolehan utk memahami pemikiran seseorang memberi anda keutamaan utk mengetahui bagaimana seseorang itu. Lelaki adalah aneh, makhluk yg sukar utk dimengertikan bagaimana cara mereka berfikir tetapi dgn memahami secara umum akan membantu mengurangkan jurang salah faham. Gunakanlah kebolehan kita utk membaca pemikiran, demi memahami bagaimana lelaki berfikir.

♥ Luangkan sehari di tempat mereka. Meletakkan emosi di tempat yg berbeza sekali sekala akan memberi anda gambaran akan emosi lelaki dan cara pemikiran mereka. Anda akan dapati dgn berbuat sedemikian, dapat membantu anda menyelesaikan konflik sebelum ia mungkin timbul, itupun jika anda benar-benar jujur dgn diri anda dan keadaan sekeliling.

♥ Berbual dgn lelaki melalui pendekatan langsung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki sering menggunakan otak yg dibahagian kiri, iaitu bahagian yg bersifat objektif dan lebih kepada bertujuan. Kebanyakan lelaki akan memilih menyelesaikan konflik menggunakan pendekatan langsung kerana itulah cara pemikiran mereka berfungsi. Seringkali, lelaki ingin terus tuju ke punca masalah tetapi tidak ingin mengetahui selebihnya yg berikutan dari sesuatu situasi. Meletakkan perbualan dlm dialog 'mudah' membantu mereka mengaitkan dan terus tuju kepada apa yg ingin dilakukan atau dibuat dari membuang masa dgn berteka-teki.

♥ Memahami cara berkomunikasi bukanlah sesuatu yg selalunya berkesan dan mudah utk dimahiri. Lelaki selalunya sukar utk mengekspresi perasaan mereka kerana pemikiran mereka lebih tertumpu beroperasi di bahagian kiri otak. Wanita lebih mudah menerima data-data utk dialihkan dari bahagian kiri ke kanan otak mereka, menjadikan mereka lebih aktif berkomunikasi dlm pelbagai hal secara lebih luas. Biarpun lelaki memiliki 4 persen lebih sel-sel otak dari wanita, lelaki lebih terdorong utk menggunakan sebelah kiri utk memproses pertuturan yg seringkali tidak dikaitkan dgn emosi (bahagian kanan) bila berkomunikasi.

♥ Abaikan saja jika ingin memaksa lelaki utk komit. Sebahagian besar dari kita sendiri tidak suka bila ditekan atau dipaksa dlm apa-apa hal. Bagi lelaki, komitmen adalah satu langkah yg besar dan adakalanya kelihatan bertentangan dgn naluri mereka. Wanita pula sering melihat ini sebagai satu alasan utk memberi kata putus tetapi sebenarnya, lelaki hanya ingin melakukan sesuatu perkara dgn cara dan masa mereka sendiri, seperti kebanyakan dari kita. Ada juga kajian yg menunjukkan ada segelintir lelaki yg secara semulajadi, lebih atau kurang utk memberi kata putus dlm penglibatan mereka bagi kebanyakan situasi. Biarpun begitu, ini tidak bermakna lelaki tidak langsung memiliki sikap bertanggungjawab. Ia lebih kepada tidak ingin dikait rapat kepada sesuatu situasi secara langsung tetapi masih memberikan tumpuan serta mengambil berat. Hanya lelaki kurang memberi gambaran yg mereka sedemikian.

♥ Beri kata-kata pujian utk mengelakkan lelaki dari curang. Oleh kerana lelaki kurang bersifat meminta-minta akan apa yg mereka inginkan secara emosi, ini selalunya membina jurang dlm hubungan dan mengakibatkan kecurangan. Seperti wanita, lelaki juga perlu sokongan emosi utk merasa diri mereka diperlukan dan dihargai. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yg memiliki rumahtangga yg sihat dan bahagia, selalunya tidak perlu meminta isteri-isteri mereka utk menunjukkan penghargaan. Lelaki yg tidak mempunyai hubungan sulit dlm kajian tersebut mengatakan rupa ataupun keperluan utk sex adalah alasan paling sedikit digunakan utk berlaku curang malah lebih ditegaskan, kekurangan sokongan emosi adalah sebab yg ketara mereka berlaku curang. Selalunya lelaki berlaku curang dan mencari pasangan di tempat kerja ataupun yg bekerja sealiran adalah kerana wanita kedua itu sering memuji dan memberi interaksi yg positif kepadanya secara tetap.

♥ Memahami Lebih Mendalam Mengenai Lelaki ♥


Ramai wanita belajar apa yg mereka benar-benar inginkan utk masa depan dari pengalaman peribadi mereka. Bagi ramai lelaki pula, mereka belajar dari cara yg sukar iaitu dgn membuat kesilapan emosi dlm hubungan yg benar-benar bererti bagi mereka.

Setelah dua dekad membaca tingkah-laku dan perihal yg ada kaitannya dgn lelaki, adalah elok bagi wanita utk memahami selanjutnya mengenai jantina yg bertentangan ini secara lebih mendalam.

♥ Lelaki yg tidak begitu berhubung rapat dgn bahagian emosi mereka, lebih sukar utk mengakui perasaan mereka sendiri. Terutama bila mereka tertekan, lebih kerap kenyataan 'Saya sayangkan awak' atau komitment diperlukan oleh seorang pasangan wanitanya, lebih jauhlah larinya lelaki secara umum dari hubungan itu sendiri. Lelaki akan buat apa saja utk mengelakkan dirinya dari terus terjebak dari situasi yg memberi tekanan.

Wanita pula yg sememangnya lebih jauh dan beza secara emosi. Bila wanita rasa tertekan utk tindak balas yg melibatkan perasaan dari pasangan lelakinya, mereka lebih terdorong utk menerima cabaran itu dgn hati terbuka, meluahkan komitmen sepenuh hati dgn ikhlas dan jujur.

♥ Menunjukkan yg anda kurang memerlukan atau menjadi mangsa akan keputusan yg dibuat oleh seorang lelaki mengenai hidupnya (contohnya, bila dia mengangguhkan atau memilih utk tidak begitu terlibat pada keadaan yg ada), adalah digalakkan agar anda membenarkan pintu peluang utk hubungan itu berkembang di masa yg terdekat.

Ambil sikap yg tegas dgn memberitahunya yg anda menyokongnya utk membuat apa saja yg diperlukan utk meneruskan hidupnya agar dia dapat membuat keputusan yg terbaik. Pintu peluang yg ada itu akan membuat dia berfikir di kemudian masa yg telah tiba waktunya utk melangkah setapak lagi dlm hubungan yg terjalin.

♥ Bila anda cuba membuat segalanya dgn betul demi menghadapi hubungan yg sukar dan menerima sedikit reaksi emosi sebagai balasan, tentunya anda akan rasa terluka dan hampa.

Penyelesaiannya adalah utk anda bersikap biasa (buat bodoh). Jika dia secara semulajadi tidak mengambil berat mengenai diri dan kemahuan anda tanpa kesungguhan, gerak yg sepatutnya diambil ialah utk jgn ambil pusing akan apa yg mungkin dia pula inginkan tak kiralah akan perkara yg dinyatakan secara langsung mahupun berisyarat. Jika anda sering yg memanjakannya atau menjadi orang pertama yg ada bila dia perlukan teman, kali ini, diamkan saja. Beri dia ruang, membenarkan dia menyedari sendiri betapa dia amat merindui anda apabila anda tidak lagi bersamanya seperti selalunya.

♥ Apabila seorang lelaki kelihatan seperti dlm pemikiran yg dlm dan menunjukkan emosi yg agak menghampakan, selalunya bukanlah disebabkan oleh pasangan wanitanya yg menyebabkan dia rasa hampa dgn kehidupan dan cinta.

Dia hanya punya dirinya utk dipertangguhjawabkan kerana menafikan peluang utk merasa keindahan serta kebahagiaan yg dirainya dari keduanya iaitu kehiudapan dan cinta hanya kerana dia enggan mengambil resiko utk membenarkan dirinya bebas utk menikmati kebahagiaan itu sendiri.

Sehingga dia bersedia utk mengambil alih sepenuhnya akan perjalanan peribadinya utk kesedaran yg melibatkan emosi, kita tidak dapat membawanya jauh dari dirinya sendiri dlm hubungan.

♥ Benarkan lelaki yg telah berumahtangga masa dan ruang yg diperlukan utk dia selesaikan masalah keluarganya dan konflik emosi yg dia sdg berusaha utk tawan dlm dirinya sendiri.

Lelaki yg telah berumahtangga akan mencari permulaan yg baru perlukan masa dan ruang peribadi agar dia dapat berfikir secara sepenuhnya... minda, rohani dan jasmani... dari terus hampa kerana terpaksa menyenangkan emosi. Anda tentunya tidak ingin dia menyeret masalahnya sama bila berdepan dgn anda biarpun anda isterinya kerana dia tidak akan dapat membuat keputusan yg betul.

♥ Bila lelaki tiba-tiba seperti menjauhkan dirinya dlm hubungan, dia sebenarnya sdg berhati-hati. Dia mungkin bertindak sedemikian akan sesuatu yg anda katakan ataupun buat yg mungkin memberi dia isyarat yg anda tidak akan teragak-agak utk teruskan hubungan dgn seseorang yg pernah hadir dlm hidup anda yg mungkin ingin kembali.

Dari berdepan dgn kegagalan, dia hanya melindungi dirinya dari mempunyai apa-apa perasaan yg lebih mendalam terhadap diri anda. Ini adalah sesuatu yg bodoh kerana dlm hatinya, dia sedar wanita yg ada di depannya adalah yg mampu dan berkebolehan utk menyayanginya  dgn cara yg diinginkan dan diperlukan.

Lelaki seeperti ini memerlukan masa utk dirinya sendiri lebih dari dlm hubungan secara amnya. Cara yg terbaik utk meminpinnya ialah dgn menjadi seorang kawan dahulu.

Persahabatan adalah yg sering dilihat sebagai asas yg terbaik mungkin utk melahirkan hubungan yg berkekalan.

♥ Bila dikaji semula, lelaki mudah lari dari cinta kerana mereka merasa yg mereka menjadi tidak berguna atau kebingungan akibat dari kegagalan hubungan yg lepas atau merasa tidak dapat mengawal keadaan mahupun kehidupan masa depan apabila sdg di dlm proses bercinta.

Lelaki sedemikian perlu merasa yg mereka adalah lelaki sejati, yg masih dapat mengawal kehidupan mereka. Ramai yg masih belum mencapai tahap emosi yg sepatutnya utk memahami dgn membenarkan diri mereka utk memberi cinta, mereka juga akan lebih matang utk menerima cinta.

Dgn masa, mereka akan mencapai tahap yg diperlukan. Bila masanya tiba, mereka akan menyedari adalah sesuatu yg mereka sebenarnya inginkan dlm hidup dari menyendiri dan kekuatan utk menerima cinta itu sebagai balasan.

Anda tidak akan menemui lelaki yg lebih baik dari seseorang lelaki yg telah menjalani perjalanan yg mencabar dari segi pemikiran dan emosi dan yg telah menyedari bahawa cinta itulah kekuatan dan bukan kelemahan.

♥ Memahami Apa Yg Diinginkan Lelaki Dlm Hubungan ♥


Apa yg lelaki inginkan dlm satu-satu hubungan nampak mudah. Sex, makan dan sukan. Bukan masa utk bergurau, lelaki memerlukan lebih dari itu. Adakalanya ia bukan selalu apa yg diinginkan lelaki yg penting, tetapi lebih kepada apa yg mereka perlukan. Dlm banyak masa, seorang lelaki tidak meletakkan apa-apa syarat tertentu akan apa yg diperlukan jika anda benar-benar kenal lelaki. Jika tidak, bagi seorang wanita, ia akan menjadi satu cabaran yg lebih berat dari apa yg mereka fikirkan. Anda tidak boleh setakat memenuhi apa yg lelaki mahukan dlm satu-satu hubungan, utk membuat mereka benar-benar bahagia.

♥ Lelaki ingin berdikari. Anda akan mendapat banyak persamaan bila datang kepada apa yg diperlukan oleh lelaki mahupun wanita dlm hubungan. Ini adalah lebih besar ertinya bagi lelaki kerana tak ada lelaki yg inginkan kelakiannya dirampas. Jgn mengawal lelaki anda, mereka tidak suka. Biarpun mereka membenarkan anda berbuat sedemikian, lelaki lebih gemar berdikari.

♥ Jgn merimaskan lelaki. Lelaki gemar dimanjakan tetapi jgn keterlaluan kerana mereka perlukan ruang utk bernafas. Merimaskan mereka di antaranya ialah dgn terlalu kerap menghubungi mereka atau terlalu kerap timbul tanpa diberitahu terlebih dahulu. Mereka memang ingin meluangkan masa dgn anda tetapi bukan dgn cara yg merimaskan sehingga mereka tidak ada ruang utk diri mereka sendiri. Biarkan mereka merindui anda dan mengenang saat-saat yg pernah diluangkan bersama. Mereka perlukan sedikit ruang utk bersendiri dan adakalanya ruang utk meluangkan masa bersama teman-teman lelaki mereka. Wanita selalunya sukar utk memahami ini dan ini tidak pula bererti lelaki telah mula bosan dgn anda. Ia hanyalah sekadar bagaimana kebiasaan lelaki. Ada perkara-perkara yg dilakukan oleh lelaki dan ada pula yg dilakukan oleh wanita. Adakalanya, lelaki hanya memerlukan sedikit ruang utk adakan 'masa lelaki' mereka.

♥ Elakkan dari keterlaluan. Jika anda bertanya mana-mana lelaki, ini adalah perkara utama yg akan menjauhkan diri lelaki dari wanita. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari apa-apa yg keterlaluan sebaik mungkin. Jgn jadi seseorang yg sering menimbulkan masalah atau perselisihan dan jgn pula selalu mudah tersinggung atau sensitif. Bila lelaki anda melakukan sesuatu yg anda tidak suka, bincangkan dgn baik. Jgn terlalu keras dan mengharapkan terlalu banyak dari mereka. Jgn letakkan pula harapan yg terlalu besar keatas mereka, kerana lelaki benci begitu. Adakan sikap yg santai dan mudah utk dibawa bincang bila dgn mereka. Lelaki gemar keadaan yg tenang dan bukanlah wanita yg selalu mengisi hidup mereka dgn tekanan.

♥ Beri perhatian kepada mereka dan buatlah mereka rasa yakin akan diri mereka. Lelaki juga boleh merasa hilang keyakinan diri, sesuatu yg wanita tidak menyedari. Wanita mungkin kelihatan lebih mudah utk tidak memiliki keyakinan diri tetapi bukanlah mereka sebegitu selalunya. Wanita lebih tidak berkeyakinan secara fizikal, sementara lelaki kurang keyakinan diri secara mental. Jadi, cuba fahami cara pemikiran lelaki dan cuba utk tidak menjatuhkan keyakinan diri mereka. Tingkatkan rasa keyakinan mereka dan buatlah mereka rasa yakin. Juga, jgn mudah membiarkan mereka begitu saja kerana lelaki juga memerlukan teman. Mereka juga perlukan sesorang yg mereka boleh meluahkan apa yg mungkin mereka pendamkan.

♥ Bersederhanalah. Kelihatan mudah utk lakukan tetapi inilah yg disukai oleh lelaki. Lelaki gemar wanita yg boleh berbual akan apa saja, tentang apa yg wanita itu suka, malah apa saja tetapi bukanlah hingga bertukar menjadi ibu mereka. Lelaki memang mempunyai ibu tetapi memadailah hanya seorang ibu. Jgn mudah tersinggung, terlalu emosi atau tegas dgn lelaki. Jgn pula melayan mereka seperti seorang bayi. Jgn pernah sesekali memandang mereka rendah, terutama bila berada di khalayak ramai. Jadilah seseorang yg gemar berjenaka  dan mudah utk bersama, jadilah diri anda sebenarnya. Santai bila bersama mereka dan anda mungkin akan lebih mudah menawan hati mereka dlm apa saja perkara.Ini tidak bererti anda tidak dapat meluahkan perasaan anda ataupun pendapat anda kepada mereka. Anda tidak perlu bersikap terlalu tegas. Lelaki tidak dapat mengawal keadaan bila teman wanitanya terlalu berlebihan hingga menimbulkan situasi yg tidak diingini. Kurangkan berdrama, anda akan mudah mendapatkan apa yg anda inginkan dari seorang lelaki.

♥ Jgn terus memberitahu apa yg lelaki ingin mendengar. Lelaki akan rasa tidak senang dan ini membuatkan mereka lebih mudah menebalkan ego. Jgn mudah memberitahu apa yg mereka ingin mendengar terutama bila mereka dlm keadaan yg gembira atau sedang membangga diri. Wanita perlu mengimbangi pemikiran lelaki. Bila lelaki kelihatan muram, anda perlulah berikan kata-kata perangsang sebagai semangat. Tidak ada yg lebih indah dari menerima pujian dari seorang wanita yg mereka sayangi dan jgn pula membuat mereka rasa yg mereka boleh mengambil kesempatan pula keatas diri anda. Anda tidak seharusnya membenarkan lelaki membuat sesuka hati mereka terhadap anda. Anda juga perlu menetapkan batasan biarpun dlm banyak perkara, anda lebih bersikap terbuka dan kelihatan seperti lebih memihakkan mereka.

♥ Memahami Apa Yg Sebenarnya Ingin Dikatakan Oleh Lelaki
 

Memahami apa yg cuba diperkatakan oleh lelaki bukan sesukar yg dirasakan. Bila anda mengambil masa utk memahami akan keinginan utama disebalik kata-kata seorang lelaki, segala yg dikatakannya akan mula masuk akal. Memahami lelaki adalah mudah bila kita benar-benar mendengar akan apa yg mereka katakan dan apa pula yg mereka tidak nyatakan.

♥ Memahami apa yg dikatakan oleh seorang lelaki ialah dgn mendengar apa yg dikatakannya secara nyata. Ambil setiap kata-kata yg dilafazkannya tanpa cuba utk mencari erti disebalik ayat yg diucapkannya. Bila lelaki anda mengatakan yg dia penat, dia sememangnya penat. Bila dia katakan yg dia sibuk, dia sememangnya sibuk. Cara terbaik utk memahami lelaki adalah mendengar apa yg dikatakannya.

♥ Ambil masa utk mengenal lelaki yg anda cuba memahami. Terokai apa yg mendorongnya dan apa pula yg membakar semangatnya. Kata-kata yg diucapnya selalunya menggambarkan keinginannya yg sebenar dan ia seringkali berkait rapat dgn apa yg mendorongnya. Ia mungkin kejayaan berupa kebendaan atau keinginan utk luangkan lebih masa bersama teman-teman atau memulakan kongsi niaga yg baru.

♥ Benarkan lelaki anda utk menjelaskan dirinya dlm caranya tersendiri jika anda sedang cuba memahaminya. Jika anda sering menyampuk atau memotong kata-katanya atau cuba menyelesaikan ayat-ayatnya, anda tidak akan pernah dapat memahami apa yg lelaki anda cuba katakan. Lelaki gemar mengulangi apa yg pernah dikatakannya, jadi adalah penting utk mendengarkan dgn perihatin pada kali pertama.

♥ Sedari seawal mungkin bahawa lelaki hanya inginkan kedamaian dan bukanlah ketegangan dlm hubungan. Sebahagian dari memahami apa yg lelaki cuba katakan adalah bermakna anda adakalanya perlu membiarkan dan meninggalkan situasi tertentu begitu saja buat sementara.

♥ Beranggapan yg baik apabila lelaki tidak mengatakan apa-apa. Jika dia secara sengaja tidak menjawab sesuatu soalan yg diajukan secara langsung, dia kemungkinan memang tidak punya jawapan atau dia sedar jawapan yg ada padanya adalah bukan yg anda ingin mendengar. Dlm usaha murninya utk mengekalkan kedamaian, dia memilih utk mengatakan tidak seayat. Sebahagian dari memahami apa yg cuba lelaki katakan adalah utk mengetahui apa yg dia tidak katakan adalah demi kebaikan hubungan antara anda dan dia.

♥ Mengenali secara selalunya lelaki sedang cuba meluahkan hanya segelintir keperluan atau keinginannya secara asas, atau dia sedang cuba menyelesaikan masalah. Jika anda menyedarkannya akan adanya masalah, dia tidak akan menunjukkan simpati tetapi sebaliknya akan cuba membantu anda menyelesaikannya. Bila anda memahami apa keinginan atau kemahuan lelaki adalah tidak gemar utk merungut secara lisan akan sesuatu keadaan, tetapi lebih kepada mencari huraian, anda sememangnya dlm perjalanan utk lebih memahami apa yg cuba lelaki katakan setiap kali dia berbicara.

LeLaki Soleh Pun CEmBuRu...........

■ Rasullullah s.a.w mencemburui Mariah al-Qibtiyyah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasullullah S.A.W, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya..

Suatu hari, Rasullullah S.A.W menemui Mariah dan melihat kelibatnya ada bersamanya. Rasullullah S.A.W berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Dijalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasullullah S.A.W pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan baginda. Rasullullah S.A.W lantas menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.

Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap keadaan kemaluannya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasullullah S.A.W. Rasullullah S.A.W berkata : " Jibrail telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku".

(Riwayat Al-Bazzar)

■Umar cemburukan isterinya ke masjid
Umar bin Al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. pernah isterinya keluar untuk solat berjemaah di masjid. daripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata " Jika kanda melarang, dinda takkan pergi". Umar diam sahaja kerana teringat pesanan Rasullullah S.A,W yang bermaksud "janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid"

(Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)

■Ibnu Umar cemburu mendengar bicara isterinya dengan lelaki kerabatnya
Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibnu Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpul pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan.

■cemburu Mu'az bin Jabal waktu Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut daripada Mu'az bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. lalu masuklah hambanya menemuinya. kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu'az berasa cemburu sehingga dia bertindak memukul isterinya..

Lelaki soleh pun cemburu kerana ia lumrah cinta dan kasih sayang.....
 
Asal: Sini